Terima Kasih Sahabat

05 September 2011

743 : memori hari raya....

Salam Syawal dan selamat memulakan kerja hari ni...rasa malas nak datang kerja memang dah ada sejak dari semalam...almaklumla dah seminggu bercuti sakan raya, kemalasan itu sudah ada hehehe...namun semangat nak menjalankan tugas, gagahkan juga diri ini walaupun tanpa rela....haha....

alhamdulilah sambutan raya kali ini di sambut dengan cara bersederhana seperti tahun-tahun dulu juga....ada baju raya, kuih raya bagi aku dah cukup lengkap raya aku bersama my hubby...yang pastinye dapat bersalaman dan bermaafan bersama hubby dan keluarga tersayang itu yang amat penting bagi aku....

tema aku tahun ini (ada tema la plak haha), bukan tema la tapi just baju sedondon dengan my hubby yang pastinya adalah warna hijau pucuk pisang....alhamdulilah sejak tahun pertama lagi aku dan my hubby akan pakai warna sedondon di pagi raya....bukan dirancang tapi sengaja je atau kekadang tu secara kebetulan....lagipun kami berdua je belum ada rezki untuk dapat anak huhu....

pagi raya pertama beraya di umah sendiri dahulu...dah siap sarapan, solat raya dan bermaafan baru la gi umah mak mertua yang jauhnya sekangkang kera je...dalam 7 tapak dari umah aku dah sampai dah umah mak mertua...hehe...tak payah nak naik keta bagai...haha....selepas makan dan bersalaman, kami bergerak balik kampung ke Segambut iaitu umah mak aku plak...itu dikira jauh gak la dan balik kampung gak coz nak kena naik keta....nak wat camne kan dah kedua-dua keluarga di Kuala Lumpur....kekadang tu rasa jeles gak orang yang ada kampung....aku nak sangat rasa pengalaman balik kampung sebelum raya namun tidak berkesempatan lagi...

petang raya nye plak aku dan my family pergi beraya ke rumah pak sulung di Gombak dan mak lang di Rawang....yang pastinye semua sedara mara aku ada di sekitar Kuala Lumpur dan Kuala Selangor saje...kalu ikutkan jalan sehari pun dah boleh habis.....mak sedara dan pak sedara tak ramai la katakan....huhu...

raya kedua aku, my hubby dan family mertua bertolak balik ke Taiping dan Semanggol untuk berhari raya di sana....perjalanan pergi dan balik yang pastinye tersekat juga la dalam kesesakan di Terowong Menora dan Changkat Jering....aku ingatkan balik raya kedua dah tak ramai orang balik kampung, rupanya tidak boleh buat ramalan sebegitu ye....

raya ketiga plak, gi beraya sekitar Taiping dan ke Bukit Mertajam, Penang untuk menghadiri kenduri kawin adik kakak ipar...konsep perkahwinan tu kirenya cam open house raya....makanan yang dihidangkan pun ala-ala raya....nasi beriani, laksa dan sate....memang sedap dan meriah...

dari Penang kami pulang ke Kuala Lumpur malam itu juga....bertolak dari Penang pukul 10.00 malam dan sampai di Kuala Lumpur pukul 5 pagi kerana kesesakan yang teramat sangat....aku dan my hubby wat pass baton pertukaran driver bila mengantuk....huhu...yang pastinye keletihan teramat sangat....

yang pastinya raya ini aku sempat gi umah mak sedara dan pak sedara belah family aku dan family mertua....alhamdulilah....dapat berziarah dan bermaafan antara satu sama lain....itu yang penting...

No comments: