Terima Kasih Sahabat

26 September 2011

753 : akhirrnya...

 alhamdulilah akhirnya tarikh keramat yang dinantikan selama ini telah tiba....tanggal 24 september 2011, jam 5.05 petang aku telah selamat dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian (Sains Komputer)...



setelah hampir 2 tahun setengah usaha aku untuk mengenggam segulung ijazah telah berhasil....aku menitis air mata gembire semasa di dalam Istiadat Konvokesyen ke 39 UKM...aku tidak sangka pengorbanan yang telah banyak aku lakukan telah berjaya aku raih....rasa tidak percaya pun ada jugak....namun ianya telah menjadi kenyataan....alhamdulilah hanya pada Mu Ya Allah aku sujud syukur pada Mu...

aku berasa puas kerana ketika umur aku 33 tahun aku telah mendapat segulung ijazah yang menjadi impian aku selama ini...walaupun terlambat dari orang lain namun yang pastinya aku puas...kerana hasil usaha aku selama ini telah berjaya...segala onak duri, jerih perih aku telah melaluinye dengan hati yang tabah dan sabar serta semangat yang tinggi...



aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada suami tersayang yang telah banyak berkorban untuk aku selama ini...suami yang telah banyak beri aku semangat ketika aku stress dan down bila aku dapat keputusan periksa yang kurang memuaskan...suami aku yang banyak memahami saat aku bergelar seorang pelajar dan merangkap sebagai isteri serta pekerja....dia memahami ketika aku kepenatan dan keletihan kerana perlu menyiapkan segala assignment dan projek akhir aku...dia juga la yang akan menemankan aku study ketika aku menghadapi peperiksaan...dia yang telah banyak berkorban dan memahami aku selama ini...thanks abang kerana memberi sokongan padu dan berkorban segalanya untuk aku hingga aku mendapat segulung ijazah....



terima kasih juga aku ingin mengucapkan pada family aku terutama mak tersayang...menitis air mata aku ketika mak mengucapkan ucapan tahniah dan memeluk aku setelah habis konvo...doa dan restu mak yang tidak tidak terhingga kepada aku...doa mak sentiasa mengiringi aku sepanjang aku study...aku akan telefon mak setiap aku nak periksa agar mendoakan kejayaan aku....tima kasih mak....





terima kasih juga aku nak ucapkan kepada kekawan study aku terutamanya kak siti meriam, ejat, khairi dan pidut...mereka ini la kumpulan study aku dari semester 1 hingga semester akhir....segala assigment, projek kumpulan dan study masa exam kami akan melakukan bersama-sama....aku bersyukur kerana mendapat kawan-kawan yang satu kepala dan memahami antara satu sama lain...memasing tahu tanggungjawab yang perlu dilakukan jika ada tugas yang perlu dilakukan...tima kasih semua...akhirnya dapat juga kita konvo bersama-sama walaupun ada juga yang dah give up separuh jalan...namun semangat yang kuat kita berjaya akhirnya...

dan terima kasih juga kepada tenaga pengajar aku selama ini...tanpa mereka, aku tidak akan berjaya...tima kasih diucapkan kepada Dr. Yaz, Dr. Zalinda, Pn. Noor, Dr. Juzai, Dr. Mad Jan, En. Zamri, Mr. Hamza, Dr. Juana, Dr. Suhaila, Dr. Masri, Dr. Elan, Pn. Rozilah, Dr. Malek, Dr. Patel, Pn. Hanani, Pn. Syarifah, Dr. Zawiyah, Ustaz Hasnan, En. Nazri dan beberapa orang pensyarah yang dah aku lupa nama nye...tanpa kalian kejayaan aku ini tidak bermakna...

aku bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana telah mengatur langkah hidup ku ini...aku hanya merancang dan Kau yang menentukan segalanya berjalan dengan lancar....setelah berusaha dan berdoa akhirnya aku berjaya memiliki segulung ijazah yang menjadi citi-cita dan impian aku selama ini...alhamdulilah...

No comments: