Terima Kasih Sahabat

30 September 2011

755 : Selamat Hari Lahir Sayang...


33 tahun yang lalu seorang ibu telah selamat melahirkan sepasang kembar perempuan sulung pada jam 11.57 pagi di Hospital bersalin Kuala Lumpur dengan menggunakan kaedah vacuum....walaupun ibu tersebut pengsan tidak sedarkan diri selepas kelahiran tersebut, namun kelahiran tersebut disambut dengan air mata gembire kerana kelahiran anak yang dinantikan selama ini....

aku bersyukur pada Mu Ya Allah aku dan kembar ku, masih bernyawa sehingga ke tarikh keramat lahir hari ni...aku sujud syukur pada Mu kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan mengharungi kehidupan ini dengan penuh semangat, Insya'allah....

Selamat hari lahir untuk aku dan kembar aku iaitu Sarina...moga kita akan dipanjangkan usia, dimurahkan rezki dan ceria sepanjang hidup ini...moga kita akan dapat membalas segala jasa kedua ibu bapa kita yang telah banyak berkorban untuk membesarkan kita sehingga kini...dan moga segala apa yang kita idamkan dan inginkan akan dipenuhi oleh Allah insya'allah...

 Selamat Hari Lahir untuk diri ku ini sendiri...moga aku akan dapat memperolehi seorang cahaya mata yang amat aku dan suami aku inginkan selama ini...moga aku dapat mengembirakan suami aku yang telah banyak berkorban untuk diri ku ini...moga rumahtangga kami akan bahagia untuk selamanya...moga kasih sayang kami akan kekal hingga ke hujung nyawa insya'allah :)

No comments: