Terima Kasih Sahabat

25 October 2011

763 : bangunan baru KPWKM..


bangunan KPWKM yang berbentuk corak songket...
signage yang telah dipasang...
 Insya'allah akhir tahun ini, Kementerian aku iaitu KPWKM akan berpindah ke bangunan baru di Putrajaya yang terletak di hujung dunia presint 4..berhampiran dengan PICC...


berjiran dgn KKLW, KPKT dan Kem. Penerangan...
semalam kami sepakat beramai-ramai telah gi melawat tapak bangunan dan pejabat baru di Putrajaya tu...yang pasti perasaan adalah excited...almaklumla bangunan KPWKM yang paling tinggi di Putrajaya itu iaitu 38 tingkat...opis untuk Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) terletak di aras 27 dan 28...mak ai tingginya...confirm gayat....yang aku terfikir camnela kalu ada latihan kebakaran nati...mencungap nak turun dari tingkat 28...huhu...kat Wisma Sime Darby baru tingkat 4 je...macam la dok lama kat sana...berangan lebih je aku ini....haha 

pemandangan dari aras 27
yang pasti pemandangan dari aras 27 memang cantik....menghadap PICC dan tasik gitu...kalu rasa dah tensen tu dipersilakan boleh je terjun...confirm hancur dan bersepai takde nyawa la....

bilik mesyuarat BPM...


cubicle yg bakal dihuni..
 bangunan KPWKM ni akan bersama dengan jabatan di bawah KPWKM sekali iaitu JKM, JPW dan YKN...tu yang banyak tingkat tu...tingkat tertinggi adalah bilik Menteri...mak ai tinggi sungguh la...kat sini macam-macam fasiliti yang ada seperti taska, cafe, gymnasium dan Dewan Perdana Nur iaitu dewan yang ala-ala bilik ballroom di hotel...memang besar sungguh la....semasa lawatan tak semua tempat yang boleh dilewati...almaklmumla baru 90% siap dan masih lum dapat CF lagi...aircond pun masih tiada...lawatan semalam memang dalam kepanasan la...huhu...tapi layan kan jela kan...


mereka yg terlibat dlm lawatan tapak...

14 October 2011

762 : ada aku kisah???

manusia macam-macam perangai, macam-macam ragam dan macam-macam karenah...lagi ramai orang/manusia yang kita kenal lagi banyak la karenah, ragam dan karenah serta sikap yang kita tahu....dan dari situ juga kita akan belajar dan mendapat pengalaman bagaimana nak berinteraksi dengan mereka....

kita akan dapat lihat dan tahu bila masa mereka ini hepi, ceria, suka, bad mood dan segalanya....dan secara automatik juga kita akan belajar macamne cara nak berkomunikasi dengan mereka yang dalam keadaan demikian....bila kita nampak mereka ini heppy memang confirm kita akan boleh buat lawak tapi kalu mereka ni moody janganlah sesekali nak buat lawak bodoh...nati menambahkan parah yang sedia ada....kang tak sia2 kena hempuk plak kang haha...


aku akui, aku banyak belajar sikap dan karenah manusia ini di sekeliling aku terutamanya di persekitaran kerja...ada 25 orang staff dan confirm akan ada 25 orang ragam manusia yang perlu kita tahu....untuk menjaga hati kekawan kita perlu belajar sikap individu masing-masing agar kita memahami bila masa dia suka, sedih, bad mood dan apa sahaja ragam yang ada...yang pasti sikap aku adalah, aku sukar untuk rapat dengan sesorang yang baru dikenali...aku sukar untuk didekati dan dirapati...tapi bila dah rapat dan aku dah kenal sikap, ragam dan karenah orang baru itu, insya'allah aku akan bersikap terlebih ramah dan bila dapat satu kepala dan ngam dengan aku lagi best la...huhu...kalau orang yang baru 1st time jumpa aku confirm orang tu akan kata aku ini sombong...memang aku akui memang cam gitu la sikap aku...

tapi aku paling benci tak suka perangai orang, yang tiba-tiba je tarik muka dengan aku tanpa sebab....takde angin, takde ribut tiba2 je bila aku tegur dia wat tak tau je...buat aku ini macam patung cendana atau batang kayu kat situ atau aku dimalukan depan orang ramai...seboleh-bolehnya aku akan cuba mencari punca masalah kenapa dia bersiap cam gitu...aku akan tegur dia juga tapi kalu dia masih buat bodoh je memang confirm aku akan boikot terus...dah orang takmo bercakap dengan kita buat apa kita terhegeh-hegeh kan...buat macam hidung tak mancung pipi tersorong2...aku akan buat bodoh juga dan secara automatiknya aku takmo pandang atau masuk campur pasal orang yang takmo bercakap dengan aku tu...

yang pastinya lagi ramai orang yang kita kenal lagi banyak pengalaman yang kita dapat...dan kita akan tahu bila masa orang tu suka dengan kita dan menyampah dengan kita...macam-macam ada kan...huhu...tapi yang pastinya ada aku kisah bila kau takmo bercakap dengan aku pun...tak luak mana pun....dan aku tak rugi apa-apa pun kalau kau tak bercakap dengan aku kan....

10 October 2011

761 : Filem Al Hijab...

malam Sabtu lepas, aku dan my hubby gi menonton filem Al Hijab di Wangsa Walk Mall....ramai sungguh yang menonton filem tersebut....hampir penuh panggung wayang tersebut...nasib baik la my hubby dah gi beli tiket siap2 dapatla dok seat kat belakang sikit...kalu tak mau sakit leher menontonnya...dan aku takmo tengok ceta seram depan2...rase cam hantu tu muncul betul2 kat depan mata haha...


kat bawah ini ada copy paste je sinopsis jalan ceta filem ini...kredit pada sumber blog ammar...tiba2 aku tak pandai nak review filem plak huhu...

yang pastinya filem ini bagi aku agak seram...coz aku tak suka hantu yang datang merangkak huhu..nasib baiklah aku sempat tutup mata masa tu haha...dan lagi satu kita tak jangka bila masa hantu tu akan muncul...bila kita rasa hantu tu muncul, hantu tak muncul tapi bila kita rasa takde hantu, tiba-tiba je hantu tu muncul...masa tu la bergema satu panggung dengan jeritan majoritinya perempuan huhu....memang patutla ada amaran untuk pesakit jantung...memang tak sesuai untuk mereka yang ada sakit jantung...maunya pengsan masa tu huhu....

SINOPSIS FILEM AL-HIJAB

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

oleh itu, sesapa yang meminati filem seram, sila la ke panggung untuk menonton ye...yang pasti anda akan dapat membuat kesimpulan jalan filem mana yang best antara Khurafat dan Al Hijab...aku dah buat analisis aku sendiri tapi biarlah aku simpan dulu analisis ini...nati tak gempak plak kan hehe....selamat menonton ye...

09 October 2011

760 : 9 10 11...

Tarikh yang menarik untuk hari ni...aku rasa ramai yg bernikah dan bersanding hari ni memandangkan tarikh yang cantik sebagai kenangan...

Tambahan plak cuaca hari ni juga cerah dan cantik setelah hampir seminggu bermendung bila menjelang waktu tengahari hingga ke petang...ramai yg amik kesempatan pergi membuat aktiviti spt berkelah dengan keluarga tersayang...

Aku juga buat aktiviti untuk membelai tubuh badan aku dengan pergi spa...memang best la apabila tubuh badan kita dibuat facial, sauna, scrub dan body message...rase relax je masa buat tu walaupun baru 1st time membuatnye...

Rasa teruja dan berdebar2 masa nak buat segalanye...coz tak penah wat benda2 tu semua...
Yang pastinye lepas wat segalanya badan rasa ringan, sedap dan selesa...rasa nak buat lagi je huhuhu..

07 October 2011

759 : karamel yg marveles...

sepatutnya n3 ni sepatutnya ditulis last week tapi disebabkan kesibukan melampau terpaksalah ceta ni diperap dahulu selama seminggu....dah basi pun takpe asalkan aku menulis sebagai kenangan bagi aku...

last week Khamis, balik daripada keja aku begitu bersemangat dan teruja nak memasak karamel...aku pun tak tahu kenapa..yang pasti hati aku membuak-buak nak membuatnye...teringin nak makan satu dan kedua aku nak jamu kekawan opis untuk besday aku...nak beli kek macam mahal sangat hehe...bukan kedekut tapi better jamu kekawan masakan yang kita masak....lagi puas hati...hehe..alasan tak boleh bla kan haha....

yang kelakar tu sebelum aku balik dari keja, aku ada tweet yang mengatakan aku ada baik punye projek malam ni...apa lagi ramai la yang membalasnya coz diorang kata projek malam Jumaat katanya...sabar ajelah huhu...


alhamdulilah berjaya juga aku membuat karamel setelah hampir setahun tak membuatnya...yang kelakar tu siap BBM member tanya resipi untuk confirmation..haha..nampak sangat selalu masak kan sampai kena BBM member...thanks oja atas resipi yang marveles tu...berjaya gak membuatnya..

last week juga masa hari Jumaat tu adik perempuan aku accident dengan bas metro di jalan ipoh...lagi buat aku kelam kabut...nak potong karamel tu masa tengahri semuanya lari plan...coz aku pergi tengok adik aku yang dah melalak kat tepi jalan coz trauma dengan eksiden tu...bila dah settle masalah eksiden adik aku tu, petang baru la plan memotong karamel itu berjaya...masa tu makan pun kelam kabut coz sedang siapkan dokumen untuk mesyuarat hari Isnin....makan sambil berdiri gitu...alhamdulilah hajat di hati untuk jamu kekawan berjaya..bukan setakat kekawan sekali dengan big boss aku offer...nasib baiklah dapat respond kata sedap dari semua...kalu tak sedap memang confirm rasa malas nak buat sudah ada haha...

05 October 2011

758 : yahoo!! 5K sudah...

macam tak percaya je...aku dah tweet 5000 sejak dari 10 Januari 2011...baru 10 bulan je...ntah apa yang aku merapu pun aku tahu...tapi yang pasti masa mula-mula nak tweet aku jadi blur dan no idea apa la yang aku nak tweet nati...yang pasti aku ada akaun tweet ni secara paksa rela kebetulan...gara-garanya my big boss soh explore apa itu twitter...

tak dapat aku bayangkan aku punye explore apa itu Twitter di pak guggle dan blog2 yang memaparkan info pasal tweet...coz gara-gara nak kena mengajar pengawai-pengawai yang berada di pejabat ni...dah la baru masa itu...nasib baik la ada kawan yang membantu menerangkan apa itu twitter...bila dah tau dan dah ada follower rasa keseronokan tweet tu dah muncul...

follower aku majoriti kekawan di pejabat dan apa saja yang aku tweet confirm diorang akan tahu....termasukla my big boss...apa saje yang aku buat, kat mane aku akan tweet...alhamdulilah dengan berkat tweet ni jugalah aku dapat sebuah blackberry yang dibekalkan oleh pejabat...thanks pada en. fauzi yang telah memberi kepercayaan kepada aku untuk memakai blackberry padahal aku tak layak langsung pun untuk memakainya....namun aku buktikan pada my boss yang aku akan tweet dan explore apa itu twitter...aku tahu ada yang dengki tak puas hati aku dapat blackberry ni...aku terima sebagai tanggungjawab yang telah diberikan pada aku...alhamdulilah...

skop kerja aku sekarang di pejabat salah satunya adalah memantau twitter oleh bahagian dan agensi..aku perlu membuat laporan ini setiap hari dan perlu mengemel kepada semua moderator bahagian/agensi, SUB, KSU dan Menteri...insya'allah aku akan buat selagi aku termampu walaupun aku dengar ada yang tidak puas hati dengan pemantauan ini...tapi nak buat camne kan...dah salah satu keja yang telah dipertanggungjawabkan kepada aku...aku juga dipantau oleh big boss, dan KSU jika tidak buat laporan ini...

yang pasti banyak pengalaman yang aku perolehi daripada tweet ni...aku rasa seronok sangat bila tweet...dan yang best dari twitter ini aku dapat berkenalan dengan kekawan lain di alam maya...sehinggakan aku pernah berjumpa dengan seorang follower twitter...macam tak percaya je...coz selama ini just tweet2 di Twitter land...tapi bila dah bersua muka aku dah menambah koleksi kawan dan mengeratkan silaturahim...dari sorang kawan aku kenal kekawan twitter yang lain...yang pasti aku seronok je menyampuk bila kawan2 tweet hantar status mereka...aku akan bg respond apa yang mereka buat atau apa yg mereka tensionkan...

yang bestnya bila aku stress aku akan tweet dan kita akan dapat respond dr kawan2 tweet...bila kita dah dapat sokongan dan semangat, insya'allah stress atau masalah yg kita hadapi akan berkurangan....

itu adalah serba sedikit pengalaman aku bertweet...yang pasti akan akan terus bertweet sehinggalah ada teknologi baru yang menarik hehe....

757 : serba salah...

serba salah, serba tak kena...yang pasti tempat aku nak merempan meroyan pasal apa-apa pun dah jadi tak private di kalangan kekawan pejabat...kat twitter, kat facebook dan kat blog...tapi dah tau nak meroyan kat mane kan...coz kalu aku tak meroyan aku juga yang rasa sakit hati, sakit jiwa, sakit segala-galanya jika tidak lepaskan...

biarlah orang nak kata apa, yang pasti hati aku tak sakit dan jiwa aku tak parah...

kerja adalah satu tanggungjawab yang telah diberikan oleh orang atas yang perlu kita lakukan dengan hati yang ikhlas dan penuh berdedikasi...insya'allah setakat ini jika kerja yang diberikan oleh big boss aku akan melaksanakannya dengan komited, teliti dan penuh bertanggungjawab...aku akan lakukan sebaik mungkin agar kerja kita sempurna di mata boss....

tapi yang buat aku sakit hati, ada orang yang tolong nak mengajar aku cara camne nak buat kerja padahal boss tak kisah pernah pertikai pun keja yang aku buat tu...boss aku ok je coz sebelum aku hantar emel pada sesapa aku akan minta pengesahan dan berbincang dahulu dengan beliau jika ada masalah...bukannya aku terus buat keja tanpa pengawasan boss aku...Insya'allah setakat ini aku tak penah membelakangkan boss aku...aku akan pastikan semua keja yang aku lakukan akan mendapat pengesahan daripada boss...

dah rasa lega sikit apabila dapat meluahkan rasa sakit hati di dalam hati dan nurani ni...maaf ye kekawan jika ada yang terasa dengan n3 ini...bukan nak sakitkan hati sesapa cuma nak meluahkan apa yg ada dlm hati ini...kalu tak confirm dapat sakit darah tinggi dan sakit jantung huhu...

02 October 2011

756 : Allah Yaa Nur - Opick

yang pasti puas aku mencari lagu Opick ini yang dimainkan semasa cerita Cerekarama di TV3 pada Sabtu lepas....cerita Surah Al-Fatihah lakonan Nasha Aziz dan Nasir Bilal Khan...sampai aku dok meroyan la dalam twitter sesapa yang tau tajuk lagu ini...huhu...

yang pastinya aku memang peminat lagu-lagu Opick ini...memang jatuh hati ketika kali pertama mendengarnya...aku dah tahu lagu nyanyian Opick...suara yang mendayu, lirik yang membuai rasa dan mengusik jiwa....kali pertama aku mendengar nyanyian Opick ini semasa ceita Bella iaitu lagu Bila Waktu Telah Berakhir...aku tengok majoriti cerita-cerita Melayu di Malaysia ni banyak memasang lagu Opick sebagai lagu latar cerita tu...memang sesuai je dengan jalan cerita itu....

aku sanggup mempengaruhi my hubby untuk meminati lagu-lagu Opick...hehe giler kejam kan....tapi memang aku berjaya mempengaruhinya coz my hubby minat lagu Opick yang bertajuk Nyanyian Sepi...majoriti lagu Opick ini memang sedap dan giler best la...bila ada je lagu yang digunakan dalam cerita Melayu aku akan pastinye mencari lagu tu di Pak Google...

malam ini aku berusaha untuk mencari lagu dalam cerita Surah Al-Fatihah ini...nasib baik la ada Youtube...aku cuba teka lagu mana dan akhirnya berhasil....aku tahu juga tajuk lagu tersebut iaitu Allah Yaa Nur...apa lagi aku download la lagu tu dan mencari lirik lagu tu...aku suka mendengar lagu dengan menghayati lirik sekali baru ada aura meresap di dalam jiwa...haha...tapi begitu la aku untuk menghayati sesuatu lagu tu...bila aku dah dapat sesuatu lagu baru tu memang confirm aku akan pasang je lagu tu di opis atau di rumah...kekadang tu aku pakai sebagai ring tone handphone haha...itu la aku punye sikap...

sesapa yang nak dengar lagu tu aku ada letak link youtube dan lirik lagu tu...cuba dengar lagu tu memang best giler la...

-------------------------------------------------------------------------------

Lirik lagu Allah Yaa Nur - Opick

Dalam hitam kelam malam
Dalam sepi rindu pada-Mu
Ya Allah Ya Allah

Suara rintih dalam dada
Dahaganya hati tanpa-Mu
Ya Allah Ya Allah

Karena jiwa yang meronta
Hampa segala tanpa cahaya-Mu

Ya Allah Ya Rohman
Ya Allah Ya Rohim
Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adzim...2x

Dalam lelah dalam resah
Dalam bimbang hilang arahku
Dzikrullah Dzikrullah

Karena jiwa yang meronta
Hampa segala tanpa cahaya-Mu

Allah Ya Nurul 'aini
Allah Ya Nurul Mukminin
Allah Ya Nurul 'Adzim
Allah Allah Ya Nur