Terima Kasih Sahabat

10 October 2011

761 : Filem Al Hijab...

malam Sabtu lepas, aku dan my hubby gi menonton filem Al Hijab di Wangsa Walk Mall....ramai sungguh yang menonton filem tersebut....hampir penuh panggung wayang tersebut...nasib baik la my hubby dah gi beli tiket siap2 dapatla dok seat kat belakang sikit...kalu tak mau sakit leher menontonnya...dan aku takmo tengok ceta seram depan2...rase cam hantu tu muncul betul2 kat depan mata haha...


kat bawah ini ada copy paste je sinopsis jalan ceta filem ini...kredit pada sumber blog ammar...tiba2 aku tak pandai nak review filem plak huhu...

yang pastinya filem ini bagi aku agak seram...coz aku tak suka hantu yang datang merangkak huhu..nasib baiklah aku sempat tutup mata masa tu haha...dan lagi satu kita tak jangka bila masa hantu tu akan muncul...bila kita rasa hantu tu muncul, hantu tak muncul tapi bila kita rasa takde hantu, tiba-tiba je hantu tu muncul...masa tu la bergema satu panggung dengan jeritan majoritinya perempuan huhu....memang patutla ada amaran untuk pesakit jantung...memang tak sesuai untuk mereka yang ada sakit jantung...maunya pengsan masa tu huhu....

SINOPSIS FILEM AL-HIJAB

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

oleh itu, sesapa yang meminati filem seram, sila la ke panggung untuk menonton ye...yang pasti anda akan dapat membuat kesimpulan jalan filem mana yang best antara Khurafat dan Al Hijab...aku dah buat analisis aku sendiri tapi biarlah aku simpan dulu analisis ini...nati tak gempak plak kan hehe....selamat menonton ye...

2 comments:

wos said...

nak tunggu keluar kat astro first je la..
aci tak?
hahahaha

kueh bakar said...

xmo la tgk citer hantu.bahaya utk kesihtn.haha