Terima Kasih Sahabat

25 October 2011

763 : bangunan baru KPWKM..


bangunan KPWKM yang berbentuk corak songket...
signage yang telah dipasang...
 Insya'allah akhir tahun ini, Kementerian aku iaitu KPWKM akan berpindah ke bangunan baru di Putrajaya yang terletak di hujung dunia presint 4..berhampiran dengan PICC...


berjiran dgn KKLW, KPKT dan Kem. Penerangan...
semalam kami sepakat beramai-ramai telah gi melawat tapak bangunan dan pejabat baru di Putrajaya tu...yang pasti perasaan adalah excited...almaklumla bangunan KPWKM yang paling tinggi di Putrajaya itu iaitu 38 tingkat...opis untuk Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) terletak di aras 27 dan 28...mak ai tingginya...confirm gayat....yang aku terfikir camnela kalu ada latihan kebakaran nati...mencungap nak turun dari tingkat 28...huhu...kat Wisma Sime Darby baru tingkat 4 je...macam la dok lama kat sana...berangan lebih je aku ini....haha 

pemandangan dari aras 27
yang pasti pemandangan dari aras 27 memang cantik....menghadap PICC dan tasik gitu...kalu rasa dah tensen tu dipersilakan boleh je terjun...confirm hancur dan bersepai takde nyawa la....

bilik mesyuarat BPM...


cubicle yg bakal dihuni..
 bangunan KPWKM ni akan bersama dengan jabatan di bawah KPWKM sekali iaitu JKM, JPW dan YKN...tu yang banyak tingkat tu...tingkat tertinggi adalah bilik Menteri...mak ai tinggi sungguh la...kat sini macam-macam fasiliti yang ada seperti taska, cafe, gymnasium dan Dewan Perdana Nur iaitu dewan yang ala-ala bilik ballroom di hotel...memang besar sungguh la....semasa lawatan tak semua tempat yang boleh dilewati...almaklmumla baru 90% siap dan masih lum dapat CF lagi...aircond pun masih tiada...lawatan semalam memang dalam kepanasan la...huhu...tapi layan kan jela kan...


mereka yg terlibat dlm lawatan tapak...

3 comments:

Puteri Satu said...

Selamat datang ke putrajaya... kita stil tak leh berpisah jugak kan..hiks...

risanur said...

puteri satu >> mmg kita tak leh berpisah..berjiran lagi..akak tingkat bape??

Faaein Talip Roy said...

wah.. cantik bangunan tu.. putrajaya.. bangunan cantik2 belaka.. ^^,