Terima Kasih Sahabat

09 November 2011

766 : juadah aidil adha..

alhamdulilah, hari raya aidil adha telah 3 hari berlalu dan disambut dengan penuh sederhana oleh umat Islam di seluruh dunia...alhamdulilah juga kerana Malaysia masih menyambutnya dalam keadaan aman dan damai tidak seperti di negara yang bergolak seperti Afganistan...

lontong...

aidil adha ni aku dan suami seperti biasa menyambutnya di Kuala Lumpur...orang dah takde kampung kan kena la sedar diri..huhu....pada malam raya, aku dan suami balik umah mak aku di Segamat Segambut Kuala Lumpur...rasa la juga suasana balik kampung coz dari umah aku ke rumah mak lalu highway iaitu Duke...cuma tak jem macam highway lain...dalam masa 15 jam minit aku dah sampai umah mak...hehe...orang lain tersangkut dalam jem...aku juga yang selesa sampai huhu....
rendang kerang...
 ketupat palas...

sate goreng...

pagi raya pelbagai juadah raya yang disediakan oleh mak aku....semuanya memenuhi anak tekak selera anak-anaknya....ada ketupat palas, nasi impit, lontong, sate goreng, rendang kerang, kuah kacang dan rendang ayam...semuanya nak makan..huhu...rezki katanya...yang pasti pas makan melepak depan tv dengan family....memang best dan heaven giler la coz bukan senang dapat berkumpul dengan adik beradik....

lepas solat Zuhur, aku dan suami pulang kembali ke rumah kami di Keramat dan beraya pula di umah mak mertua aku...makan rendang daging minang bersama ketupat palas...memang asyik makan je la...sampai naik kembung perut asyik makan je...yang pasti malam tu bila terlalu banyak makan, aku batuk sampai muntah tak hengat huhu...dugaan sungguh...tu la nak kata makan tak baca bismillah mustahil...dugaan...

No comments: