Terima Kasih Sahabat

30 December 2011

775 : hari terakhir...

sekejap sahaja rasanya berada di tahun 2011 ini....pejam celik pejam celik dah sampai penghujung Disember....lagi 2 hari tamat juga la 2011 ini....macam tak percaya je...rasa baru je rasa bulan Januari...alih-alih dah masuk Disember...

yang pastinye macam-macam yang aku lalui sepanjanhg tahun 2011 ini...ada kenangan manis, pahit dan segalanya....ada suka dan duka....

alhamdulilah apa yang aku impikan untuk tahun ini, berjaya juga aku gapaikan....ada juga yang tidak dapat aku buat....insya'allah masih banyak yang harus dilakukan untuk berjaya dalam kehidupan...bukan semuanya dapat kita lakukan dalam satu masa kan...

yang pastinye akhir tahun ini aku telah berhijrah tempat keja dari KL ke Putrajaya....itu yang pasti...nak ke tak nak kena juga gagah ke Putrajaya....memang la best coz semua serba baru tapi yang tak bestnya bila kena berulang setiap hari dari KL-Putrajaya huhu...rela dalam paksa katanya...selagi aku boleh bertahan insya'allah...

hari ini hari terakhir bekerja untuk tahun 2011...alhamdulilah dan insya'allah semua kerja yang dipertanggungjawabkan kepada aku, aku dapat melaksanakannya walaupun kekadang tu memberontak juga...bukan sengaja nak memberontak tapi kegeraman punye pasal...keja orang lain tapi aku yang kena buat tu yang tak puas ati...padahal gaji dia lebih tinggi je dari aku huhu...itu la lumrah kehidupan....kena lakukan juga agar semua projek/kerja yang diberikan dapat dilakukan dengan sempurna... "Saya Yang Menurut Perintah" ...aku bersyukur dengan keja ini lah aku dapat menabur jasa bakti aku kepada ibu dan ayah serta family....biasalah manusia ini kekadang mengeluh tak kire masa dan tempat...tak pernah rasa cukup huhu....

aku pelik je dengan diri aku ini, bila tahun baru ada je azam baru nak buat...tapi hangat-hangat tahi ayam...mula-mula je bersemangat tapi pastu hampa haha....bila aku nak berubah pun tak tahu la...namun yang pastinya aku akan cuba menjadi anak, isteri, kakak, menantu, bakal ibu , kawan yang terbaik bagi keluarga dan kekawan aku....aku mahu orang-orang yang sayang akan bahagia dan gembire bersama dengan aku...aku tidak mahu mereka rasa berduka dan lara...hehe...dah macam ayat orang bercinta plak hehe...jiwang la plak...

27 December 2011

774 : paling sikit...

tahun 2011 dah hampir nak menutup tirai nya...tahun ni la tahun aku update blog yang paling sikit padahal banyak je cerita yang nak dihebohkan diceritakan...namun disebabkan kekangan masa dan kesibukan yang amat melampau ditambah plak dengan kemalasan tahap gaban tidak boleh nak buat apa dah la

aku masih ingat lagi antara azam aku tahun 2011 ini adalah rajin2 kan diri untuk mengupdate blog...sudahnya hampa..oleh itu untuk tahun 2012 ni tak boleh nak berazam utk update blog lagi...aku akan update ikut sekadar mampu sahaja...huhu...lagi satu nak mengurangkan rasa bersalah pada diri sendiri kerana tidak dapat melakukan azam yang dibuat...haha...nak menutup kesalahan sendiri memang cam gitu la...

next entry aku nak update apa yang aku dapat capai untuk tahun 2011...insya'allah kalau masa mengizinkan sebelum menjejak tahun 2012....aku hanya mampu merancang namun Allah yang menentukannya...

21 December 2011

773 :

pagi-pagi lagi mood tak berapa nak betul stabil...
rasa nak marah ada, rasa nak nangis ada, macam-macam perasaan bercampur baur... 
yang pastinye aku geram sangat...
tapi rasa tak terluah untuk meluahkannya...
coz kalu aku luahkan confirm airmata ini akan bercucuran mengalir...
oleh itu pendam kan sajelah...

20 December 2011

772 : berpindah akhirnya...

akhirnya KPWKM berpindah juga di Putrajaya yang terletak di No 55, Persiaran Perdana, Presint 4...juah nun jauh yang hampir berada di PICC...di Presint 4 ini juga terletak KKLW, Kementerian Penerangan dan KPKT....

minggu ini minggu ke 2 di bangunan baru...yang pastinye aku masih tidak dapat membiasakan diri dengan persekitaran baru ini....otak aku masih blur dengan Putrajaya ini...yang aku tau pagi aku masuk opis dan petang balik ke KL...memang takde hati nak ronda-ronda di Putrajaya coz takde transport nak gi mana kecuali bas nadi putra...lagi satu pindah dalam paksa cam gini la...rasa tak sabar je nak balik umah huhu...

bangunan baru akan mempunyai 'satu bau' yang kurang menyenangkan hidung dan menyukarkan pernafasan...rasa lemas, rimas dan sesak nafas semuanya ada....macam-macam bau ada....habuk, bau cat, syelek....rasa pening dan pitam je bile menjejakkan kaki ke pejabat baru ini...nasib baik la ada view yang cantik yang menyenangkan mata...huhu...kalu tak memang confirm rasa terperangkap lagi la...aku berada di aras 28 dan mempunyai pemandangan yang cantik....kekadang tu bole nampak cruise putrajaya mengelilingi tasik....hilang la rasa stress sekejap...

aku masih tidak dapat membiasakan diri dengan persekitaran pejabat baru ini...huhu...maybe perlu mengambil masa kot...namun akan cuba membiasakan diri...

14 December 2011

771 : minggu terakhir di Kuala Lumpur...

last week adalah minggu terakhir aku bekerja di Kuala Lumpur...yang hampir 7 tahun aku bekerja di Kuala Lumpur semenjak menjawat jawatan di dalam Kerajaan...dulu masa sebelum pindah memang aku takmo fikir langsung nak ke Putrajaya...namun masanya akan tiba jua...huhu....

yang pastinya aku berada di Kompleks Kerajaan Jalan Dato' Onn hampir 2 tahun setengah sebelum berpindah ke bangunan Wisma Sime Darby hampir 4 tahun setengah....

akhirnya tiba juga hari-hari terakhir di Kuala Lumpur...perasaan nak berpindah ke Putrajaya memang la takde huhu...macam kalu bole tukar masa nak dok juga di KL...tak dapat bayangkan bagaimana nak berulang alik ke KL-Putrajaya...pukul bape sampai umah...pukul bape nak kuar dari umah..a'ah tak dapat bayangkan camne...


aku mula berkemas barang-barang sejak dari Isnin...kami diberi kebebasan untuk tidak berpakaian rasmi kerana nak mengemas katanya...aku pula ditugaskan untuk AJK Tagging atau labeling...semua barang-barang yang hendak dibawa ke Putrajaya perlu ditagging kecuali barang-barang personal...dan kena pastikan di aras mana untuk diletakkan barang-barang tersebut...almaklumla bahagian kami ni agak special sikit coz ada 2 aras...huhu...orang lain satu aras je...ini disebabkan pusat data sahaja sudah setengah bahagian di satu aras...layan kan jelah...


kotak personal aku ada 5 kotak termasuk 2 kotak komputer...nasib baik la sebelum ini dah buat 5S that means takdelah banyak sangat barang yang hendak dibawa ke ofis baru...mana-mana dokumen dah lebih 5 tahun memang aku loyong akan buang kan je...malas nak fikir haha...nasib baikla my hubby tolong membantu untuk berpindah masa weekend hari tu...thanks abang...



di saat-saat akhir nak berpindah, iaitu hari Khamis dan Jumaat aku perlu menyiapkan dokumen untuk Mesyuarat JPICT...nasib baiklah barang-barang aku dah berkemas cuma PC sahaja yang belum masuk dalam kotak...mesyuarat last meeting ini memang agak menyakitkan...almaklumla semua barang-barang yang nak digunakan untuk buat dokumentasi semuanya dah masuk dalam kotak..memang dugaan sungguhla dibuatnya...huhu..nak wat camne kan kena lah juga coz SYMP....

hari terakhir di Kuala Lumpur, aku pulang jam 7 malam...rasa sedih sangat tinggalkan pejabat lama...banyak kenangan manis, pahit, masam dan serba serbinya berada di pejabat lama...kat tempat duduk aku la kawan-kawan opis akan berkumpul untuk membaca suratkhabar, makan-makan sambil bergosip...tapi bila kat tempat baru dah takde la tmpt kami melepak sambil bergosip huhu...kenangan dan memori adalah sesuatu yang sukar untuk dilupakan....

07 December 2011

770 : perpindahan....

dah agak bersawang blog aku ini tidak berupadate...kesiannya tapi nak buat camne tuan blog sekarang sedang kesibukan dan dalam mood perpindahan pejabat ke putrajaya...

rasa tak cukup tangan dengan proses perpindahan ini...ditambah plak dengan nak menyiapkan kerja-kerja semasa dan pengemaskinian LNPT plak...huhu...dengan talian internet yang agak kebengongan kerana pusat data sudah berpindah ke putrajaya...

hope bila dah berpindah ke putrajaya semua sistem yang aku jaga akan berjalan dengan lancar tanpa perlu konfigurasi huhu....hanya mampu berdoa sahaja namun masa yang menentukan segalanya...

yang pasti Isnin depan 12 Disember 2011 kami semua di BPM sudah berada di putrajaya...dah la berada di hujung putrajaya...confirm dengan cafe yang belum buka dan segala kemudahan yang tidak tahu camne lagi...coz kami bahagian pertama yang pindah ke sini dulu...bahagian/unit lain akan menyusul kemudian...huhu...

hope semuanya berjalan dengan lancar...hanya mampu berdoa sahaja namun Allah menentukan segalanya...