Terima Kasih Sahabat

07 December 2011

770 : perpindahan....

dah agak bersawang blog aku ini tidak berupadate...kesiannya tapi nak buat camne tuan blog sekarang sedang kesibukan dan dalam mood perpindahan pejabat ke putrajaya...

rasa tak cukup tangan dengan proses perpindahan ini...ditambah plak dengan nak menyiapkan kerja-kerja semasa dan pengemaskinian LNPT plak...huhu...dengan talian internet yang agak kebengongan kerana pusat data sudah berpindah ke putrajaya...

hope bila dah berpindah ke putrajaya semua sistem yang aku jaga akan berjalan dengan lancar tanpa perlu konfigurasi huhu....hanya mampu berdoa sahaja namun masa yang menentukan segalanya...

yang pasti Isnin depan 12 Disember 2011 kami semua di BPM sudah berada di putrajaya...dah la berada di hujung putrajaya...confirm dengan cafe yang belum buka dan segala kemudahan yang tidak tahu camne lagi...coz kami bahagian pertama yang pindah ke sini dulu...bahagian/unit lain akan menyusul kemudian...huhu...

hope semuanya berjalan dengan lancar...hanya mampu berdoa sahaja namun Allah menentukan segalanya...

4 comments:

pB said...

dekat tak dengan CyberJaya?

meh akak belanja makan

kueh bakar said...

selamat berhijrah...

risanur said...

kak pB >> sy pun tak tau opis sy tu dekat tak dgn Cyberjaya..ofis baru sy di PICC..kalu akak sudi belanja sy, sy sudi menerimanya...

kueh bakar >> tima kasih :)

محمد رازيق said...

moga dipermudahkan :) salam kenal..