Terima Kasih Sahabat

14 December 2011

771 : minggu terakhir di Kuala Lumpur...

last week adalah minggu terakhir aku bekerja di Kuala Lumpur...yang hampir 7 tahun aku bekerja di Kuala Lumpur semenjak menjawat jawatan di dalam Kerajaan...dulu masa sebelum pindah memang aku takmo fikir langsung nak ke Putrajaya...namun masanya akan tiba jua...huhu....

yang pastinya aku berada di Kompleks Kerajaan Jalan Dato' Onn hampir 2 tahun setengah sebelum berpindah ke bangunan Wisma Sime Darby hampir 4 tahun setengah....

akhirnya tiba juga hari-hari terakhir di Kuala Lumpur...perasaan nak berpindah ke Putrajaya memang la takde huhu...macam kalu bole tukar masa nak dok juga di KL...tak dapat bayangkan bagaimana nak berulang alik ke KL-Putrajaya...pukul bape sampai umah...pukul bape nak kuar dari umah..a'ah tak dapat bayangkan camne...


aku mula berkemas barang-barang sejak dari Isnin...kami diberi kebebasan untuk tidak berpakaian rasmi kerana nak mengemas katanya...aku pula ditugaskan untuk AJK Tagging atau labeling...semua barang-barang yang hendak dibawa ke Putrajaya perlu ditagging kecuali barang-barang personal...dan kena pastikan di aras mana untuk diletakkan barang-barang tersebut...almaklumla bahagian kami ni agak special sikit coz ada 2 aras...huhu...orang lain satu aras je...ini disebabkan pusat data sahaja sudah setengah bahagian di satu aras...layan kan jelah...


kotak personal aku ada 5 kotak termasuk 2 kotak komputer...nasib baik la sebelum ini dah buat 5S that means takdelah banyak sangat barang yang hendak dibawa ke ofis baru...mana-mana dokumen dah lebih 5 tahun memang aku loyong akan buang kan je...malas nak fikir haha...nasib baikla my hubby tolong membantu untuk berpindah masa weekend hari tu...thanks abang...



di saat-saat akhir nak berpindah, iaitu hari Khamis dan Jumaat aku perlu menyiapkan dokumen untuk Mesyuarat JPICT...nasib baiklah barang-barang aku dah berkemas cuma PC sahaja yang belum masuk dalam kotak...mesyuarat last meeting ini memang agak menyakitkan...almaklumla semua barang-barang yang nak digunakan untuk buat dokumentasi semuanya dah masuk dalam kotak..memang dugaan sungguhla dibuatnya...huhu..nak wat camne kan kena lah juga coz SYMP....

hari terakhir di Kuala Lumpur, aku pulang jam 7 malam...rasa sedih sangat tinggalkan pejabat lama...banyak kenangan manis, pahit, masam dan serba serbinya berada di pejabat lama...kat tempat duduk aku la kawan-kawan opis akan berkumpul untuk membaca suratkhabar, makan-makan sambil bergosip...tapi bila kat tempat baru dah takde la tmpt kami melepak sambil bergosip huhu...kenangan dan memori adalah sesuatu yang sukar untuk dilupakan....

4 comments:

Puteri Satu said...

selamat datang ke putrajaya...

Cik Isma_iela said...

salam kenal :).. bakal jdi staff baru di kpwkm

risanur said...

puteri satu >> mmg slmt la kak huhu...

isma iela >> sala kenal dan slmt dtg ke KPWKM...bhg mana ye??

Cik Isma_iela said...

dasar sosial negara :).. owh akak aras 28 yer? dh pegi tgk ritu skali mase ad training handle tepon..