Terima Kasih Sahabat

31 December 2012

845 : 2012....2012...2012

tahun 2012 adalah tahun yang amat bermakna bagi aku dan hubby....
tahun 2012 mengubah segalanya kehidupan aku sebagai seorang isteri....
tahun 2012 akan aku kenang sehingga bila-bila...
tahun 2012 adalah tahun kelahiran seorang khalifah Allah di muka bumi ini....
tahun 2012 memberikan aku tanggungajawab yang baru iaitu seorang ibu....

yang nyata pelbagai kenangan manis dan pahit yang aku rasakan untuk tahun 2012 ini....di awal tahun 2012, aku belajar, memikul dan merasai pengalaman sebagai wanita yang mengandung....pengalaman yang tidak pernah aku rasa selama ini...pengalaman membawa kandungan ku selama hampir 9 bulan 10 hari....pelbagai dugaan, pahit dan manis yang aku rasakan sepanjang aku mengandung....

diduga batuk dan selsema sepanjang mengandung....perlu menghadiri temujanji dengan 3 pakar doktor...doktor endokrin, doktor E&T dan doktor pakar sakit puan.....namun semua dugaan itu aku menerima nya dengan tabah...aku berterima kasih pada Allah kerana dikurniakan seorang suami yang memahami diri aku...sanggup menjaga aku siang dan malam sepanjang aku mengandung....sanggup mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga dan menghantar aku ke klinik, hospital dan tempat kerja....

bulan April 2012, aku dan hubby mendapat rezki untuk berpindah ke kuarters kerajaan di Putrajaya....mungkin rezeki baby dalam perut...lagi pun tak sanggup nak berulang alik dari KL Putrajaya setiap hari menaiki bas....ketika itu, kandungan masih kecik, namun doktor dah bagi warning kerana menghadapi risiko yang tinggi untuk kehilangan baby....itu la yang tidak sanggup didengar....rezki dari Allah, aku dapat kuarters di Putrajaya...jadi la kami warga Putrajaya....


bulan Jun 2012, bulan yang dinantikan dengan penuh debaran....bulan yang ditunggu oleh kami suami isteri setelah sekian lama mendirikan rumah tangga....tanggal 24 Jun 2012 lahir seorang puteri kesayangan kami....setelah dok 'menginap' kat wad selama 4 hari, baru la aku bersalin secara ceaser....

namun Allah menduga aku sekali lagi, aku perlu masuk ke wad kembali setelah bersalin 7 hari kerana luka tempat ceaser dijangkiti virus....hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu...kena tinggalkan baby di rumah, sakit yang teramat di tempat ceaser dan macam-macam perasaan takut yang perlu dihadapi...memang stress sungguh ketika itu....namun aku dapat menghadapinya dengan tabah dan sabar....tima kasih aku ucapkan kepada mak dan my hubby yang banyak bersusah payah menjaga aku di dalam pantang....

tahun 2012, memberikan aku status dan tanggungjawab yang baru...status sebagai seorang ibu dan tanggungjawab yang amat berat yang harus aku pikul....aku dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mendidik dan membesarkan anak ku Nur Insyirah untuk menjadi insan yang solehah, taat dan beriman kepadaNya....

6 bulan pertama aku merasai pengalaman sebagai wanita yang mengandung....dan 6 bulan yang terakhir, aku merasai tanggungjawab sebagai seorang ibu....kedua-dua pengalaman yang tidak akan ku lupa sepanjang hidupku....

tahun 2012 adalah tahun yang memberi makna dan pengalaman yang manis, pahit, masam dan pelbagai lagi....terima kasih Ya Allah kerana aku dikurnia seorang anak yang comel dan seorang suami yang penyayang....aku teramat sayang kedua-dua insan yang amat penting dalam hidupku ini....hanya padaMu aku memohon agar hubungan kami akan kekal untuk selamanya...semoga aku dapat memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang mithali dan ibu yang solehah....insya'allah....





27 December 2012

844 : makanan pertama...

 get ready untuk makan....

alhamdulilah 24 Disember 2012 yang lalu, genap Nur Insyirah 6 bulan...macam tak percaya je dah setengah tahun Nur Insyirah lahir ke bumi Allah ini....aku juga macam tak percaya dah 6 bulan aku bergelar seorang ibu....dan masih tak percaya lagi sehingga kini....

alhamdulilah juga sehingga kini aku masih menyusukan Nur Insyirah dengan SI...insya'allah akan aku teruskan sehingga titisan yang terakhir....


disebabkan Nur Insyirah ini 'kecik' sangat, nurse kat klinik suruh bagi makan bila dah genap 6 bulan...kalu nak bagi makan pun kena bagi bubur nasi yang dimasak sendiri....jangan diberikan cerelac dalam masa terdekat ini, takut berat badan Nur Insyirah makin kecik lagi.....kesian anak ibu kan....kecik je...setiap bulan naik 500 gram je...last timbang hari tu, berat baru je 5.6 kg....tapi yang pasti Nur Insyirah sihat, aktif dan ceria sangat...kecik-kecik berisi orang kata....

makanan pertama Nur Insyirah...

hari Isnin lepas, aku bersungguh masakkan bubur nasi yang diletakkan lobak merah....aku nak sangat lihat macamne rupa Nur Insyirah makan dengan hidangan pertama dia....rasa teruja sangat aku dan hubby nak tengok....

suapan pertama untuk Nur Insyirah....

coz selama ini, bila Nur Insyirah tengok orang makan, mulut tu terkumat kamit je nak rasa makanan tu...kekadang tu, kalu pegang dia sibuk nak amik apa yang kita masuk dalam mulut kita....Nur Insyirah macam geram je bila tengok orang makan...macam-macam anak ibu ini....

yang pasti Nur Insyirah hanya makan tak sampai 1 sudu besar pun....hanya makan sikit je....baru makan 3 suap, Nur Insyirah dah pandai menyembur...sabar jelah anak ibu ini....ingatkan nak makan beria-ia....tapi hampes....

Insya'allah ibu akan pelbagaikan makanan Nur Insyirah....ibu akan cari resipi yang sedap-sedap untuk anak ibu....ibu akan masak dan akan beri Nur Insyirah makan....tapi yang pasti ibu akan tetap berikan SI pada Nur Insyirah....ibu nak Nur Insyirah membesar dengan sihat, aktif dan ceria dengan minum SI....

19 December 2012

843 : Tomyam Khung...


 12.12.12 yang lepas aku dan my hubby gi makan di Restoran Tomyam Khung di Presint 15 Putrajaya...ini adalah kali ke 2 aku gi makan di sini...sebelum ini makan dengan kawan-kawan opis pada waktu tengahari....waktu lunch hour dan ditambah dengan waktu bekerja memang penuh sungguh tempat ini....

masa aku makan dengan hubby hari tu waktu malam, nampak lenggang sikit la restoran ini...memang boleh makan dengan selesa sambil menghirup udara yang nyaman huhu...


aku order tomyam khung, sayur baby kailan ikan masin, paprik ayam, set sambal belacan dan nasi putih....bagi aku memang sedap la tomyam ini walaupun agak mahal...tapi berbaloi...rasa masam, pedas dan kepekatan tomyam nye tu....sampai sekarang terasa kuah nya di tekak...huhu...rasa cam nak gi makan lagi je kat sini....

makanannya yang lain pun menarik gak...cuma paprik ayam dia terlebih minyak sikit...tu yang agak kureng sikit....sayur baby kailan dia pun sedap....aku tengok hubby makan laju je huhu...

lain kali boleh la gi makan lagi....yang pasti akan order tomyam khung lagi....

18 December 2012

842 : durian oh durian...

hujung minggu yang lalu aku dan my hubby memang betul-betul kepingin makan durian...almaklum la musim durian skrg ni...memang merata-rata bole beli durian tapi bila dah dok kat Putrajaya ni berpusing juga la nak membeli durian....

selalu balik ke KL tak penah rasa nak makan durian....ntah tak tahu kenapa masa hari Jumaat lepas aku nak sangat makan durian...bukan nak makan banyak pun, dapat rasa 3 ulas pun dah cukup...

aku ajak my hubby gi tengok durian kat pasar tani Putrajaya....kitorang nak cari durian longgok je coz durian dah banyakkan....takmo la beli durian musang king atau D24...just nak makan durian longgok dan murah-murah je memandangkan ekonomi kurang memberansangkan huhu...durian longgok ni lagi sedap dari durian musang king....hari tu rasa durian musang king takdelah sedap mana pun...harga je yang melambung sebiji hampir RM25 hubby beli....rasa cam tak berbaloi je....

yang pasti kecewa sangat gi pasar tani putrajaya coz yang ada hanya durian timbang huhu....kecewa sungguh....

keesokkan harinya aku ajak my hubby gi pasar malam bandar baru bangi kat seksyen 16....aku baca kat blog pasar malam ni yang paling panjang dan paling ramai yang meniaga....mesti menarik dan best....

pukul 5.15 petang bertolak dari rumah dan gi mencari pasar malam bandar baru bangi seksyen 16 tu...berpusing gak la huhu...sampai pakai google maps la...nampok sangat jarang terjah bangi walaupun bangi dan putrajaya berjiran huhu....


memang puas hati la dapat terjah pasar malam ini...semuanya ada...kat sini masih ada lagi yang berniaga jual sayur dan buah-buahan jenis longgok-longgok dalam pinggan....kalu kat putrajaya semuanya timbang....sampai beli sayur 2 jenis pun boleh cecah RM5...


memang sonok sangat aku gi pasar malam bandar baru bangi ini...pelbagai sayur, buah-buahan dan ikan yang aku beli....termasuk la buah durian....aku dapat beli3 longgok dengan harga RM20....isi duriannya memang marveles la...kalah durian D24 huhu...memang puas la makan sampai boleh bawa balik KL bagi kat mak dan mak mertua....dan ada juga aku masak serawa durian....

bak kata my hubby cukup la makan durian untuk tahun ini....padahal nak ke tahun depan ada je 15 hari lagi huhu....kire macam lama je kan...padahal tak lama dah nak masuk 2013....sekejap je rasa dah berlalu tahun 2012....

lain kali nak gi lagi pasar malam bandar baru bangi....macam-macam makanan ada....

12 December 2012

841 : Nur Insyirah...

dah lama tak update cerita pasal anak ibu Nur Insyirah sayang....


yang pasti Nur Insyirah dah pandai meniarap, maju ke hadapan dengan cepat, sibuk menjilat lantai kalu dah kuar dari totonya, mulut yang riuh nak bercakap dan sekarang ini semasa meniarap sibuk mengangkat kedua-dua tangannya untuk merangkak plak....

alhamdulilah Nur Insyirah mengikut perkembangan baby...baru 5 bulan setengah tapi semua keja nak dilakukan....kesian kat opahnya kena buli kalau Nur Insyirah buat hal....tido paling lama pun 30 hingga 45 minit sahaja....sibuk mencari akal ketika tido...bak kata orang tua, masa tido mata tak tutup rapat sedang mencari akal...huhu...sabar jelah anak ibu ni...entah apa yang nak di explore pun tak tahu....

semoga anak ibu dan ayah akan menjadi anak yang sihat, cergas dan cerdik insya'allah...

840 : tanggal 12 12 12 ....

12 12 12 atau 12 Disember 2012....tarikh yang menarik dan cantik....maybe ramai yang akan buat kenangan dengan tarikh ini....

bagi aku takde yang spesel cuma aku suka tengok tarikh genap tu...dan ini adalah tarikh yang terakhir yang cantik....pas ni dah takde bulan ke 13...that means takdelah tarikh 13 13 13 huhu....

tahun lepas ramai yang kejar tarikh 11 11 11....tahun ni maybe ramai gak yang akan mengejar tarikh 12 12 12 untuk tarikh kawin ke, tunang ke atau hari untuk dijadikan kenangan....

05 December 2012

839 : rindu...

rindu nak menulis...rindu nak mengomel...rindu nak mengarang...namun kerana kesibukan yang melampau teramat membuatkan masa aku terhad...nak menulis selepas waktu pejabat memang tak dapat la...ye la nak berkejar ke KL plak nak jumpa anak tersayang.... 

nak wat camne bersawang la sementara blog ini...tapi setiap hari aku buka untuk menghilangkan rasa rindu huhu...tahun ini adalah tahun yang paling sikit aku menulis....dengan mengandung, bersalin dan macam-macam hal lagi membuatkan batasan masa untuk menulis....

yang pasti aku akan tetap menulis walaupun cerita yang aku akan tulis dah basi....aku ingin jadikan segalanya kenangan manis atau pahit dalam kehidupan ini agar aku tidak lupa segala memori tersebut....

26 November 2012

838 : Jom Terokai Perak :)

yang pasti ini cerita 3 minggu lepas....baru minggu ini berkesempatan nak bercerita...bukan nak promote pun tapi just untuk kenangan sendiri dan family...

yang pasti kami telah menerokai Teluk Intan...bukannya menjelajah atau terokai satu negeri Perak pun....just gunakan trade mark 'Jom Terokai Perak' sempena Tahun Melawat Perak 2012....

sebenarnya tiada apa-apa tujuan pun ke sana...just nak jalan-jalan tempat membesarnya mak aku di sana....mak aku lahir di Bagan Dato dan membesar di Teluk Intan dan Selekoh....bila berumur 7 tahun telah berhijrah ke Kuala Lumpur sehingga la sekarang....

dan lagi satu tujuan utamanya nak makan sate Teluk Intan....selalunya kalu mak aku balik kenduri ke Teluk Intan atau Bagan Dato akan singgah beli sate Teluk Intan ini...dah lama tak rasa sate ni...hampir 3 tahun rasanya...tu yang kami adik beradik kerinduan...

kami pergi berkonvoi 2 kereta....pergi dan balik ikut jalan lama....sengaja nak travel ikut jalan kampung....masa lalu di jalan-jalan kampung ni, semua pokok durian dan rambutan tengah berbuah ranum...sepanjang jalan antara tanjung malim dan bidor ramai sungguh yang menjual durian...


pa lagi, kami yang ala-ala pelancong dari luar negara, telah singgah di satu kedai jual durian dan makan kat situ juga....memang dah macam pelancong je...huhu..takkan nak bawa gi bandar Teluk Intan...mau berbau satu keta dan pengsan plak kerana gara-gara gas durian....yang pasti puas la kami makan....


bila dah abis makan durian, tujuan utama ke bandar Teluk Intan diteruskan....kami sampai di bandar Teluk Intan pukul 2.15 petang....kami check in hotel budget yang telah ditempah iaitu Anson Hotel berhampiran dengan The Store....yang pasti hotel ini full house...maybe ramai yangbalik bercuti kenduri ke Teluk Intan...


solat dan rehat sebentar, pastu kami ramai-ramai telah pergi makan tengahari di medan selera berhampiran dengan Menara Condong Teluk Intan....yang pasti makan kat situ agak kurang memuaskan hati...kata medan selera, kita sebagai pelanggan bole je order dari mana kedai yang kita suka kalu di KL...tapi di Teluk Intan kalu dok kat deret kedai tu kena order kat kedai tu, kecuali makanan yang kita nak tu abis, baru la owner kedai tu order kat kedai orang lain...macam-macam hal orang berniaga ni...ada jugak rules macam tu huhu...macam-macam...


pastu kami berjalan ke pasar minggu yang baru nak buka....aku memborong kuih kat pasar minggu tu....masih muarah iaitu 3 ketul RM 1 lagi...kami makan di muara sungai perak dengan hujan renyai-renyai...bila dah hujan ni aktiviti nak berjalan pun agak sukar....kalu ikutkan hati nak balik ke hotel, nasib baik la hujan dah berhenti...bukan pa bukan senang bawa baby Nur Insyirah ini...takut terkena hujan je....



kami telah pergi ke Menara Condong untuk menerokai apa yang ada di sana...ikut sejarah menara ini dah diwujudkan hampir 100 tahun yang lalu...dulu ianya bangunan tertinggi di bandar Teluk Intan dan telah menempatkan tangki air untuk digunakan oleh bomba jika ada kebakaran yang berlaku...namun apabila ada eksiden yang berlaku, tangki air tu telah mencodongkan menara tersebut kerana bebanan berat yang terlebih sudah...sekarang menara tu telah menjadi menara jam sahaja...tak salah aku setiap 15 minit mesti akan berbunyi jam kat situ....


yang pasti kami kecewa kerana tujuan kami untuk makan sate tidak kesampaian...takde rezki kami semua...kedai sate tu tutup sebab menerima tempahan yang banyak....nak wat camne kan, kami makan juga sate Teluk Intan di medan selera menara condong tu tapi kesedapannye tak sama....yang pasti malam minggu di Teluk Intan tu meriah sebab ada pasar malam....malam tu kami tiur dengan nyenyak sekali coz kepenatan berjalan seharian...sian kat baby Nur Insyirah kepenatan dan keletihan ke hulu ke hilir sehinggakan tertido ketika kami tengah makan sate...sian anak ibu.....


kalu ikut perancangan adik-adik dan mak aku akan meneruskan perjalanan ke Lumut pada keesokkan hari ye tapi tidak jadi...kerana cuaca yang hujan mereka telah membatalkan nye dan pulang ke Kuala Lumpur bersama kami....


kami pulang ke KL pun ikut jalan lama...kali ini ikut jalan Sungai Besar-Sekinchan-Tanjong Karang-Kuala Selangor-KL...ingatkan nak berhenti shopping kat pekan Sungai Besar tapi terlepas sudah...malas nak patah balik, kami terus je mencari kedai makan untuk makan tengahari....


siap singgah bergambar di sawah padi di Tanjong Karang lagi...nampak sangatla kami ini pelancong...kesian kat adik bongsu aku coz baru 1st time tengok pokok padi depan padi...huhu...nak wat camne kan anak orang bandar...haha....selama ini dok asyik tengok dalam tv dan gambar je kan...


kami singgah makan di Tanjong Karang....tapi masa tu dah pukul 2.30 petang, makanan tengahari pun dah banyak abis...makan saje apa yang ada...perut dah lapar kan....sepanjang jalan tu memang banyak kedai makan, tapi kebanyakkan ye kedai makan seafood yang akan dibuka jam 6 petang ke atas....sabar jela kan....aku mencari Mee Udang Banjir tapi jumpa setelah dah makan di Tanjong Karang...memang sakit ati la tapi nak wat camne takde rezki huhu....

aku sampai di Putrajaya jam 6.20 petang dan mak aku sampai di Kuala Lumpur jam 5.30 petang....kami berpisah di lebuhraya LATAR...itu la percutian yang tak bape dirancang selama 2 hari semalam...alhamdulilah Nur Insyirah tak meragam sangat sepanjang jalan...huhu....nati boleh la planning gi bercuti lagi....insya'allah...

20 November 2012

837 : aksi meniarap...

alhamdulilah, Nur Insyirah dah pandai meniarap dari umur 3 bulan setengah hari tu...tapi masa nak mula meniarap, Nur Insyirah jarang-jarang nak buat....pemalas kata opahnya huhu...


tapi sejak dah masuk 4 bulan ini, asyik meniarap je...pantang Nur Insyirah jaga confirm dia akan buat keja meniarap ni...dengan pelbagai aksi yang akan dibuatnya....sambil menghisap jari dan masa tu jugala mulutnya akan bising bercakap....kekadang tu sambil meniarap tu sambil tengok tv....mengalahkan orang besar anak ibu ni...


sekarang ini, bila meniarap Nur Insyirah akan reverse ke belakang sambil mengangkat bontot dan lutut...semuanya Nur Insyirah nak buat....tak sabar nak merangkak plak kot....mak aku kata, kalu Nur Insyirah dah pandai ke depan, habis satu rumah dia akan tawaf....bersedia saje la....dan masa tu, tangan dia pun dah pandai mengutip...makin hari makin cerdik anak ibu ni...alhamdulilah....

rasa sekejap je Nur Insyirah dah besar...macam tak percaya tapi itu la kenyataannye....

836 : penangan durian crepe...

lately ni kat blog, FB atau twitter ada saja yang menyebut pasal bantal durian atau durian crepe...sehinggakan aku yang tak bape gemar kan durian pun teruja untuk merasai bagaimana rasa rupa durian crepe tu huhu....memang Malaysia ni kaya dengan makanan kan...pantang ada saje makanan baru akan tersebar la dengan cepat di media sosial...pelbagai promosi yang akan ada di FB atau blog....


aku pun begitu teruja nak rasa...aku mencari resipi macamne la nak buat durian crepe ini...ada member blog yang bagitau macamne cara nak buat di twitter lagi...tapi disebabkan kemalasan yang melampau, aku sanggup membeli saje....susah kan kalu cam gitu...nak yang senang kita beli sahaja huhu....

masa nak ke rumah mak mertua di Setiawangsa, aku membeli durian crepe ni kat area Dato' Keramat....aku tahu kedai ni pun dari kawan-kawan FB yang pernah membeli dan merasainya...semua kata sedap...apa lagi aku pun teruja nak beli sesangat....


aku beli 2 pek...satu pek RM 10 utk 4 bantal durian yang gebu....apa yang pasti, aku yang tidak begitu teruja dengan durian ini, aku boleh katakan memang sedap tapi aku tak boleh nak makan bebanyak huhu....yang pasti durian crepe ni kena makan masa kuar dari peti ais...memang rasa cam aiskrim durian....lagi sedap makan aiskrim berperisa durian bersama roti gardenia...itu pendapat aku je...kalu orang lain yang suka, akan kata durian crepe ni yang terhebat huhu....

alhamdulilah aku dah rasa bantal durian atau crepe durian yang menjadi sebutan hebat sekarang ini...kiranya aku tidak ketinggalan zaman la huhu....

07 November 2012

835 : suka, suka, suka...


 ini adalah aksi Nur Insyirah ketika di bawa kali kedua gi shopping ke Alamanda Putrajaya last week....punye seronok dok dalam stroller sambil mengangkat kaki dan menghisap jari...

aku dan hubby takut gak Nur Insyirah akan menangis coz dia masih demam...tapi kena bawa juga dia kerana nak beli barang....alhamdulilah Nur Insyirah tidak menangis sepanjang di Alamanda....


selama 1 jam berada di Carefour, yang pastinya mulut Nur Insyirah memang bising la...orang dah dapat suara kan....asyik bercakap sorang-sorang melayan perasaan sambil menghisap jari...nasib baik la kat carrefour tu orang ramai...takdelah sangat dengar suara dia yang bising tu....tapi bila kat tempat yang sunyi, memang boleh dengar la suara dia tu...

tapi bila dah sampai time nak menyusu, Nur Insyirah terus buat suara yang amat kuat...nasib baik la dah abis shopping...masuk kereta terus nak menyusu...alhamdulilah, cerdik anak ibu dan ayah...lain kali kita bole gi jalan-jalan lagi yea...

01 November 2012

834 : aktiviti terbaru....

sejak berusia dari 2 bulan setengah lagi Nur Insyirah dah pandai menghisap jari tangan terutama sekali bila sarung tangan sudah tidak dipakai lagi....bila jaga saje confirm akan buat aktiviti tersebut....pantang ada masa itu saje la keja dia....



sekarang ini sejak masuk 4 bulan akitviti terkini Nur Insyirah adalah menghisap jari kaki plak...Nur Insyirah akan angkat kaki kiri terutamanya untuk masukkan jari kakinya dalam mulut...lagi dilarang lagi dibuat...sabar jelah anak ibu sorang ini...sejak dah pandai angkat kaki, asyik itu sahaja hobi yang akan dilakukan....



kalu tak jari tangan yang dimasukkan dalam mulut, jari kaki la yang menjadi mangsa....aku jadi takut coz takut ada kuman ke atau virus yang akan dihisap ye....tambahan plak dari minggu lepas demam sehingga semalam belum kebah sangat....dah gi 2 klinik iaitu klinik swasta dan kerajaan....

kat klinik kerajaan siap amik darah coz takut kena demam denggi coz dah demam lebih 4 hari...sian anak ibu menangis masa amik darah...tapi anak ibu kuat kan...lepas je amik darah terus tegur dan senyum kat doktor...sabar jelah....

siap aku dan opahnya gi minta air penawar...takut la kalu ada apa-apa benda yang tidak nampak oleh mata kasar mengikut Nur Insyirah...tapi makcik tu kata demam nak jadi pintar....alhamdulilah kalu nak menjadi pintar dan pandai...

memang benar agaknya makcik tu kata, coz semua benda Nur Insyirah nak buat....berpusing 360 darjah, nak mengiring dan meniarap akhirnya...dan aktiviti menghisap jari tangan dan kaki sekali...dan yang paling baru Nur Insyirah suka menjerit...pantang ditinggalkan sorang confirm suara "bukan sekadar rupa" akan keluar...nyaring dan mantap sangat suaranya....sabar jelah sampaikan atoknya pening kepala melayan cucu perempuan yang paling kecik ni huhu...




lagi satu aktiviti Nur Insyirah apabila duduk kat kerusi malasnya, habis semua toy-toy kecik menjadi mangsa habuan untuk dimasukkan di dalam mulutnya sambil melayan televisyen....Nur Insyirah memang suka sangat tengok tv....kecik-kecik dah kenal apa itu tv...Nur Insyirah akan memandang saje tv tu terutama masa iklan....kekadang tu siap tegur iklan kat tv tu...macam la tv tu bercakap dengan dia....

itu la antara aktiviti Nur Insyirah setakat 4 bulan ini...yang pasti sekarang ini asyik nak meniarap....tak sabar nak tunggu Nur Insyirah buat setiap akitviti yang perlu dilakukan oleh setiap bayi...rasa sekejap je anak ibu dah besar...masa lahir hari tu just diam dalam bendung je sekarang ini dah macam-macam pandai buat....

moga Nur Insyirah akan menjadi anak yang sihat, pandai, solehah, bertakwa pada Allah insya'allah...

18 October 2012

833 : susu ibu yang terbaik...

alhamdulilah sejak baby Nur Insyirah sehingga ke hari ini aku masih menyusukan anak aku dengan susu ibu (SI) walaupun kekadang tu ada gak hisap susu formula...tu pun sebab nak ajar Nur Insyirah apa itu susu formula...takut tiba-tiba SI aku merundum dengan teruk atau aku tak dapat nak sediakan stok SI yang cukup....

tapi sejak dari aku mengandung aku memang nak menyusukan anak aku dengan SI...aku banyak surf internet dan tanya kekawan yang ada pengalaman breastfeed...aku nak Nur Insyirah mendapat haknya sebagai seorang anak....aku mahu anak aku minum SI sehingga dia mahukan...yang pasti aku nak Nur Insyirah minum SI sekurang-kurangnya 6 bulan...

aku sanggup wat berkorban asalkan SI aku banyak untuk aku berikan kepada anak aku....aku nak Nur Insyirah membesar dengan sihat dan mempunyai antibodi yang kuat....aku nak anak aku jauh dari pelbagai penyakit dan yang pasti aku nak Nur Insyirah sentiasa rapat dan mesra dengan aku insya'allah...

aku sanggup makan apa sahaja makanan untuk meningkatkan produksi SI aku....apa sahaja yang aku baca dan dengar akan aku cuba...supplement shaklee, habatus sauda, lobak putih, halba, kurma, susu, badam dan yang akan aku pastikan setiap hari aku akan minum air kosong lebih dari 3 liter....dan berdoa setiap masa kepada Allah agar dipermudahkan untuk menyusukan anak aku seperti yang telah disyariatkan...dan aku perlu buat regular pumping....tapi kekadang tu bila hujung minggu terbabas ke laut gak huhu....

stok SI yang aku dapat...

aku tahu produksi SI aku tak macam orang lain...kekadang aku cemburu bila baca kat forum orang lain sekali pam bole dapat 8-10 oz...tapi aku sekali pam hanya dapat 3-4oz sahaja...itu pun aku dah bersyukur teramat-amat pada Allah kerana memberikan rezki pada anak Nur Insyirah...aku perlu pastikan setiap hari aku perlukan dapatkan stok dalam 18 oz...coz Nur Insyirah minum sekali 3 oz sejak nak masuk 3 bulan lebih ini....

aku tidak punya stok untuk disimpan...apa yang aku perah hari ini akan digunakan untuk esok...that why aku sanggup berulang alik dari KL-Putrajaya-KL setiap hari agar anak aku dapat minum SI setiap hari...aku takut je tiba2 aku perlu pergi kursus ke tempat yang jauh...kalu aku boleh tolak aku akan tolak dalam masa terdekat ini...bukan sengaja tapi ada sebabnya....tapi yang pasti aku nak tengok anak aku setiap hari walaupun aku sampai rumah mak aku dah jauh malam...

set pam yang aku beli...

apa yang pasti setiap hari aku akan masuk forum berkaitan susu ibu...aku akan menambahkan segala ilmu dan pengalaman ibu-ibu yang lain untuk aku gunakan....dari aku tak tahu apa-apa sekarang ini aku dah tahu apa itu power pumping, tandem pumping, tandem nursing dan macam-macam ilmu berkaitan susu ibu ini....aku akan cuba praktikkan apa yang diajar agar produksi SI aku meningkat...

aku memang bersemangat nak beri SI ini pada anak aku setelah aku mendapat semangat dan dorongan yang tidak terhingga dari my hubby...hubby yang sanggup berkorban dan berpenat lelah untuk hantar aku balik ke rumah mak untuk hantar stok SI setiap hari...hubby yang selalu tanya berapa oz setiap kali lepas aku pam...hubby juga yang akan beri aku semangat bila aku stress dan ketika mood aku tiba-tiba moody...aku juga bersemangat apabila mak aku sendiri menggalakkan aku bagi SI pada Nur Insyirah...coz adik-adik aku semuanya minum SI...aku je yang tak dapat minum SI sepenuhnya kerana kembar huhu...takde rezki hanya sempat sebulan saje...thanks to my hubby dan mak...

Ya Allah permudahkan agar aku dapat memberi Nur Insyirah SI seperti yang telah disyariatkan olehNya...aku memohon stok SI aku bertambah dari sehari ke sehari....aku juga berharap agar aku tidak stress walaupun banyak kerja yang harus dihadapi....

alhamdulilah hari ini wat pertama kalinya aku pam pagi tadi, aku dapat 5oz...aku cukup gembire sesangat walaupun bagi orang lain itu adalah biasa je...hope produksi SI aku akan terus meningkat dari sehari ke sehari insya'allah...aku hanya mampu merancang dan Allah menentukan segalanya...

16 October 2012

832 : lena yang panjang...

sepanjang aku bergelar sorang ibu hampir 4 bulan ini, saat yang paling aku suka lihat baby Nur Insyirah ketika dia senang tidur....masa tu aku lihat Nur Insyirah akan tidur dengan lena dan tenang saje....

kekadang tu aku boleh nampak reaksi di mukanya menangis, jebik, senyum dan macam-macam rupa...ntah apa yang dimimpikan ketika itu....

Nur Insyirah ini sebelah siang akan tidur paling lama pun dalam 1 jam setengah.....dan paling sekejap dalam 30 minit sahaja...semenjak dah pandai tidur berbuai ni lagi la....asyik nak berbuai saje...tapi bila dengan aku, selalunya aku akan tidur kannya di bawah je...malas nak masukkan buai hehe....seboleh-bolehnya tidak mahu ajar dia sangat dalam buai....kang payah plak nak tinggal kat nurseri...sekarang ini boleh la coz dok umah mak aku....

sebelah malam Nur Insyirah akan tidur dengan lena sangat...akan bangun bila nak menyusu...alhamdulilah Nur Insyirah tidak meragam ketika waktu malam...ibunya pun tidur dengan lena sekali....sabar jelah kan...kekadang tu aku dan Nur Insyirah akan lena sesangat sampai Nur Insyirah lambat bangun menyusu...selalunya akan bangun menyusu setiap 2 jam...tapi bila dah penat berjalan waktu siangnya atau waktu hari sejuk Nur Insyirah akan boleh lena sampai 3 jam tanpa menyusu....sabar jelah anak ibu ni...

aku suka amik gambar Nur Insyirah ketika tidur...walaupun tak elok dan ditegur banyak kali oleh mak aku, yang pasti aku ini agak degil...aku nak jadikan kenangan bila Nur Insyirah dah besar nati...

masa umur 2 hari di hospital

masa umur 8 hari di hospital gak...

masa umur 20 hari...

masa berumur 70 hari...dah dok dalam stroller dan gi taman...

masa berumur 77 hari..ketika di rumah opah keramat...

masa umur 80 hari..mengamuk nak tidur dlm buai...tapi takde buai tu yg tidur dlm carseat...


tapi sejak Nur Insyirah dah botak ini, aku takde gambar dia tidor...nak kena amik pict ini...hehe...misi akan dilakukan ketika hujung minggu ini...

Nur Insyirah tidur selena-lenanya apabila kenyang hisap SI...hati aku puas dan gembire bila lihat anak aku tidur dengan lena kekenyangan....yang pasti aku tidak percaya yang Nur Insyirah akan berumur 4 bulan lagi seminggu sahaja lagi..sekejap je rasanya....



04 October 2012

831 : Putrajaya - KL - Putrajaya...

demi anak tersayang Nur Insyirah, aku dan hubby berulang alik dari Putrajaya - KL - Putrajaya sejak dari hari Isnin lepas....

Nur Insyirah dijaga oleh mak aku di segambut kerana kesukaran mencari pengasuh di Putrajaya ini dan dalam yang sama aku dan hubby kerisauan nak antar ke pengasuh coz kecik lagi huhu....almaklumla hampir 7 tahun menanti cahaya mata, kami nak yang terbaik untuk Nur Insyirah....

sayang anak ibu...Nur Insyirah senyum kegirangan...

lagipun sekarang ini aku masih BF Nur Insyirah...seboleh-bolehnya jika diizinkan Allah aku ingin BF Nur Insyirah sehingga umur 2 tahun....itu adalah impian aku dan hubby....hope Allah merahmati apa yang kami rancang untuk anak kami....kebetulan plak stok SI aku tak berapa nak ada...tu yg aku perlu hantar stok SI pada mak aku untuk kegunaan keesokkannya....hope bertambahla SI aku ini...nak kena wat pumping hujung minggu ini...

lepas solat maghrib aku akan bertolak balik ke KL untuk melihat Nur Insyirah....dan jam 5 pagi keesokkannya akan kembali ke Putrajaya untuk gi bekerja....itu la rutin kami mulai minggu ini...kebetulan plak hubby takde buat OT...tapi jadual next week tak tahu la macamane plak...maybe akan selang seli jika stok SI dah banyak dan kalu hubby balik lambat...akan difikirkan cara-caranya....semoga kami kuat dan bertenaga demi menjaga anak kami yang seorang ini....insya'allah....

yang pastinya bila kat tempat kerja aku akan merindui Nur Insyirah....rasa tak sabar sangat nak balik ke KL untuk berjumpa dan nak gomol dia...aku tak dapat bayangkan kalu tak jumpa dia....setakat paling lama tak jumpa pun dalam masa 17 jam...itu pun aku dah kemaruk dan akan menangis huhu...gambar dan video la pengubat rindu huhu....naluri seorang ibu tidak akan mahu berpisah dengan anaknya walaupun sukar macamana pun....ibu tetap mahu berjumpa dengan anaknya....

01 October 2012

830 : 34th....


 alhamdulilah semalam 30 September 2012, sudah 34 tahun aku lahir ke dunia ini.....sedar tak sedar je aku dah 34 tahun...macam tak caya je tapi itu yang pasti...memang tak boleh nak lari mana-mana pun haha....masa akan tetap berjalan dan meninggalkan kita....

yang pastinya tiada sambutan apa-apa pun untuk besday...maybe dah tua...lagi pun dah ada anak ni kot...hanya wish dari husband dan kawan-kawan...tima kasih husband dan kawan-kawan...

semalam teringin nak makan kek secret recipe tapi tak kesampaian....kerana tidak terkejar masa kerana ada hal penting yang perlu dilakukan dan kebetulan Nur Insyirah plak moodnya tak berapa nak baik....asyik merengek je...macam tahu-tahu sahaja yang ibunya nak tinggalkan dia di KL bersama opah nya huhu...rindunya ibu dengan Nur Insyirah....

hanya sempat beli big apple...dan yang pasti aku dapat makan almond donut...sedap tapi yang pasti nak gak makan kek....ada sesapa yang nak belanja ke???

moga aku akan dipanjangkan usia untuk aku mendidik dan membesarkan anak aku Nur Insyirah, dimurahkan rezki dan sentiasa dirahmati oleh Allah....moga aku kuat untuk menempuh segala dugaan dari Allah...insya'allah....

27 September 2012

829 : sebelum dan selepas...

malam tadi hubby nak juga botakkan kepala Nur Insyirah...puas pujuk untuk tidak botakkan kepala Nur Insyirah...coz tak dapat bayangkan camne la rupanye 'gondol' huhu....ye la selama 3 bulan bersama suka main dengan rambut Nur Insyirah....rambut yang lebat, hitam dan kerinting....aku suka main dengan rambut dia ketika sedang BF....

sebelum dicukur....

tapi nak wat camne, hubby nak ikut sunnah Rasul....kata putus diambil juga...mengambil masa juga untuk membotakkan rambut Nur Insyirah...kena gunting rambut dia dulu baru la cukur...

mula dari jam 8.15 malam hingga 10.15 malam...dari jaga, tido dan jaga kembali Nur Insyirah...masa sedang cukur tak sempat nak amik gambar coz aku perlu pegang Nur Insyirah....

selepas dicukur....

lain sungguh muka Nur Insyirah apabila botak...nampak muka dia macam kecik sikit dari biasa haha....macam-macam aku ini...padahal sama je....

lama nya nak nunggu rambut Nur Insyirah panjang kembali...nak pakainya hair band yang cantik-cantik bersama gaun yang anggun....hehe...macam pelik je kan kalu baby girl pakai gaun tapi kepala botak...nati aku try pakai kan la, nampak pelik tak....

24 September 2012

828 : blur + rindu = khayal...

hari ini aku mula bekerja setelah hampir 95 hari aku cuti bersalin....yang pasti dari pagi tadi hingga tengahari ini aku duduk kat workstation aku ini dalam keadaan fikiran yang blur...ditambah plak aku rindu sangat dengan baby Nur Insyirah....

selama ini paling lama aku tinggalkan Nur Insyirah pun 5 jam....ini hampir 10 jam aku akan meninggalkan Nur Insyirah...alhamdulilah nasib baiklah mak aku sanggup berkorban untuk duduk di rumah aku selama seminggu mulai hari ini....bole la aku berulang masa balik makan tengahari nati....

tadi aku call mak, yang pasti Nur Insyirah mengamuk di rumah tidak mahu hisap susu botol....siannya anak ibu kelaparan....mak aku kata, Nur Insyirah sanggup tido dari minum susu botol....tu yang aku tak mau dengar tu...

yang pasti fikiran aku ini tidak sabar nak menunggu jam 1 petang....aku nak balik rumah dan nak bagi BF sepuas-puasnya pada Nur Insyirah....sian anak ibu kelaparan....Insyirah tunggu ibu balik ye....jangan nangis-nangis...sian kat opah....

tima kasih mak kerana sanggup jaga anak yong dan sanggup tinggalkan rumah untuk sementara waktu...tidak terbalas jasa mak...




21 September 2012

827 : Majlis Berendoi dan Cukur Jambul...

alhamdulilah 16 September 2012 yang lalu, majlis berendoi dan cukur jambul Nur Insyirah dan Nur Husnina (anak buah aku) telah berjalan dengan lancar...walaupun hujan turun dari awal pagi namun majlis yang dirancang berjalan seperti yang dirancang....

 buaian dan bunga telor...

Nur Insyirah dan Nur Husnina...
 

bertemakan warna maroon kami sekeluarga hepi memakai baju yang senada dan seirama....Nur Insyirah dan Nur Husnina pakai plak baju gaun opahnya belikan...kecik-kecik lagi dah pakai gaun...tak padan dengan umur...layan kan jelah coz permintaan dari opahnya nak cucu-cucu perempuanya nampak lawa dan comel huhu...


alhamdulilah juga, semua makanan yang kami sediakan adalah dari kami masak sendiri...antara menunya adalah nasi putih, masak lemak nangka, ayam masak berempah, sambal tumis, ikan goreng, ikan masin, nasi impit, rendang, kuah kacang, pulut kuning, laksa dan agar-agar...kami anak beranak yang bergotong royong memasaknya...memang penat tapi puas hati huhu....

kami sekeluarga bertemakan maroon....

selepas majlis berendoi ini selesai, kami buat plak open house sempena hari raya untuk hari terakhir....ramai juga jemputan yang hadir walaupun ramai yang buat open house sempena hari terakhir syawal...yang kelakarnya tu, depan rumah kami pun ada buat majlis sempena nak gi haji, ramai tetamu yang keliru termasuk kumpulan marhaban...sabar je lah...memang sibuk sungguh jalan depan rumah kami masa tu, tapi nak buat camne kan, harap pengguna jalan raya yang lalu tu semuanya bersabar jelah...