Terima Kasih Sahabat

31 January 2012

785 : Nasi Goreng Tomyam Udang...

last week, my hubby teringin nak makan nasi goreng tomyam dan pergi beli kat kedai...yang pastinye apabila membeli rasanya amat mengecewakan dan kekurangan aksesori di dalam nasi tersebut...hanya dipenuhi dengan batang serai dan bawang hiris...

kecewa sungguh aku melihat my hubby makan dengan penuh terpaksa coz dah beli dan disebabkan lapar...tapi yang pastinye mulut my hubby memang membebel la...aku yang rasa sesudu pun memang tak boleh nak gi...hanya letak beberapa butir hirisan ayam dah dipanggil nasi goreng tomyam...dah la harganya agak mahal...memang tak berbaloi sungguh dengan harga dan rasa....

nak puas hati memang kita perlu masak sendiri...oleh itu, untuk tidak mahu my hubby kecewa, aku mencari bahan dan memasak nasi goreng tomyam udang ciptaan sendiri....apa sahaja yang di dalam fikiran ada di hadapan mata, aku masukkan dalam kuali....alhamdulilah berjaya juga aku memasak sendiri nasgi goreng tomyam udang...dan yang pastinya aku suka melihat my hubby makan bertambah-tambah dan dapat pujian huhu....bukan senang kan nak puaskan hati sendiri dan orang tersayang dengan masakan kita sendiri....


nasi goreng tomyam udang ini ditambah dengan aksesori makanan sampingan iaitu sambal belacan dan ulam timun serta tomato comel...lagi mengancam dan terangkat la...hehe...insya'allah next time bole masak lagi...ada bahan boleh je nak masak haha...

26 January 2012

784 : melayan Mann...

gara-gara melayan ceta blues Hindi iaitu Mann malam tadi pagi kepala jadi tak betul....aku melayan dengan my hubby....kalu ikutkan hati baik tido coz aku dah layan ceta ni hampir 4 kali...tapi disebabkan hubby lupa jalan ceta ni, temankan juga la...jadi isteri sejati gitu huhu...


disebabkan lambat tido coz ceta tu habis kul 1.30 pagi, bangun pagi ni kepala jadi tak betul...kepala jadi weng-weng...aku berjalan dah macam atas kayangan angin je...rasa muntah semuanya ada...aku tak sangka effect bila berbadan 2 ni tak cukup tido jadi cam gini...huhu...dulu masa study je ok je...nampak sangat perbezaannye sekarang...memang kena jaga kesihatan betul2 skrg ni huh...

hope kepala weng-weng aku ini akan hilang sikit demi sikit...kalu mcm gini sampai ke petang memang tak bole wat keja la...coz rasa di atas angin saje huhu...

19 January 2012

783 : Char Kuew Tiaw Abang Botak...

ini gara-gara rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) la....kalu dah dekat dengan rumah memang confirm aku akan gi mencuba makanan itu...tak salah aku rancangan ini ke udara masa akhir bulan Disember 2011 yang lalu...diorang gi terjah kat area Wangsa Maju dan Keramat....

Char Kuew Tiaw Abang Botak (CKT Abang Botak) yang terletak di Sri Rampai Business Park...aku pergi masa hari pertama rancangan JJCM tu disiarkan...punye la ramai orang yang berbaris...aku balik...tak larat nak tunggu meja....kali kedua aku pergi selepas 3 hari rancangan itu...pun masih ramai orang yang nak gi menerjah dan mencuba CKT Abang Botak ini...aku balik juga coz masa tu dah nak ujan...huhu...rasa kecewa dan hampa gitu huhu....takde rezki kan nak wat camne...(jangan meleleh air liur sudah haha)...



yang pastinye aku dah lupa nak gi makan CKT Abang Botak ini...coz kecewa dah 2 kali gi terjah asyik ramai orang....tapi masa hari Selasa lepas, my hubby wat surprise gitu....dia balik awal dari keja dan bawa aku gi makan Char Kuew Tiaw Abang Botak itu...orang tak bape ramai sangat coz maybe masa tu dalam pukul 6.45 petang....macam-macam makanan ada...yang pasti aku pilih CKT la...ada nasi lemak, mee udang dan masakan panas....memang sedap la char kuew tiaw itu....kalu ikut tekak aku memang bole layan dan sedap la...ada 3 ekor udang yang besar dan fresh untuk char kuew tiaw biasa...kalu char kuew tiaw special ada letak udang dan kerang...makanan lain aku tak rasa lagi...maybe next time...next time aku nak cuba mee udang nye plak...kalu aku gi terjah nati aku bagi tau camne rasanye macamne hehe...dah macam nak jadi pengganti hos rancangan JJCM plak haha....

alhamdulilah aku dah rasa juga Char Kuew Tiaw Abang Botak itu....huhu...takde la meleleh air liur baby aku lagi hehe...

18 January 2012

782 : anak buah kesayangan...

dalam diam tak diam, anak kembar aku dah 4 orang anaknya...yang paling bongsu pun dah berumur 5 bulan lebih...Muhammad Afiq Darwish...dah pandai meniarap dan berpusing....yang bestnye pandai nak bercakap plak...nampak muka orang ajak berborak je dia...sampai penat2 nak bercakap...yang pastinye masa baby berumur seperti ini la seronok nak melayan huhu....


abang yang sulung iaitu hafiz pun dah berusia 10 tahun, nombor 2 plak iaitu hakim dah 8 tahun dan satu-satunya cucu perempuan kesayangan iaitu nisa pun dah 5 tahun...dah masuk taska kemas...minggu pertama sekolah yanng pastinya menangis kerana tidak pernah berpisah dengan mak tersayang...huhu...

pejam celik pejam celik sekejap je anak-anak buah aku makin besar...moga mereka akan menjadi anak yang soleh dan solehah insya'allah....

16 January 2012

781 : masakan kampung...

dah lama dah aku tak tulis n3 pasal makanan yang aku masak...aku tau aku ini kekadang terlebih rajin haha....tapi aku masak yang pastinye mengikut mood dan selera aku....lately ini aku suka masak makanan berasaskan ikan...kalu ayam dan daging tu macam tak lepas kat tekak je....huhu...


ini resepi minggu lepas....asam pedas ikan kembung, sambal udang, bendi goreng, ikan goreng dan kicap untuk mencecah ikan goreng dan sambal belacan...puas hati masak sendiri ini...coz nak masak pedas ke, masam ke tekak kita juga yang rasa huhu....yang pastinye aku suka tengok my hubby makan...katanya habis diet dia selama ini hehe...

lately ini tekak tak boleh nak bla terima makanan ala-ala western dan fast food...memang takde selera langsung...bila terfikit kfc, Mc D, spageti atau makanan ala-ala western rasa cam nak loya je...tekak aku suka selera kampung plak...padahal orang KL haha....aku suka masakan gulai masak lemak, gulai kari, asam pedas...tapi aku suka ikan je, ayam dan daging tak bape nak masuk huhu...tekak ni macam-macam la...layan kan jelah selagi boleh layan...huhu...

780 : jeruk pilihan hati...

lately ini tekak aku rasa tak sedap je...rasa meloya sepanjang masa....membuatkan tekak ni nak makan benda yang masam-masam...

aku telah membuat special request kat ayah aku untuk buatkan homemade jeruk...special dari air tangan ayah aku...bukan tak bole beli tapi kalu beli banyak sangat rasa asid dan pas makan confirm rasa tekak ni tajam semacam je...


alhamdulilah special request aku telah didengar oleh ayah tersayang khas untuk cucu anak tersayang hehe....ayah telah membuatkan untuk aku tengahari semalam...dan aku telah membawa nya pulang ke rumah dengan rasa senang hati...yang pasti jeruk buatan sendiri ni memang sedap dan marveles...sukar untuk dilepaskan...cuma tak tahan lama sangat la...kalu makan sekeping confirm nak abis satu tupperware...huhu....buah mangga ni plak datangnya dari rumah ayah aku sendiri...memang terbaikkkk!!!...

13 January 2012

779 : opsyen bersara...

aku rasa isu opsyen bersara dan SBPA ni masih diperkatakan sejak diumumkan masa bajet 2012 hari tu...sehingga kini masih lagi macam goreng pisang panas orang memperkatakannya sehingga n3 ini dituliskan SBPA ditangguhkan oleh kabinet....

namun opsyen bersara 60 tahun akan diteruskan kerana opsyen bersara dengan SBPA adalah perkara yang berlainan....yang pasti aku tetap memilih opsyen bersara 58 tahun....kenapa 58 tahun??bukan 55 atau 56 tahun....kerana aku masuk perkhidmatan awam ini umur dah agak lanjut lewat....masuk perkhidmatan awam masa umur 27 tahun adalah sesuatu yang lewat...kebetulan plak tahun 2008 baru je ada opsyen bersara 58 tahun....maknanya sepanjang aku bertugas dah 2 kali opsyen bersara dinaikkan....


kenapa aku pilih 58 tahun???kerana kalu hendak duit pencen separuh daripada gaji mati akhir, kita perlu berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun....kalu aku pilih 56 tahun aku baru je berkhidmat 29 tahun huhu...itu pasal aku dengan paksa rela kena amik 58 tahun coz nak duit pencen banyak huhu....kawan-kawan aku semuanya memilih opsyen 56 tahun....

tapi sesapa yang masuk perkhidmatan awam selepas tahun 2008 (tak ingat bulan bape) wajib kena amik bersara 58 tahun...kire aku masih ada peluang lagi untuk memilih opsyen ketika itu huhu....

untuk opsyen bersara 60 tahun ini, aku masih mengekal dan memilih opsyen bersara 58 tahun...tak larat aku nak keja sehingga 60 tahun....aku rasa ketika itu aku dah tak larat nak gi keja...better aku dok umah melayan family dan buat amal ibadat....namun kita hanya merancang Allah menentukan segalanya....

opsyen bersara dah settle cuma opsyen SBPA juga la yang masih tertangguh-tangguh...yang pastinye dah tandatangan memilih opsyen SBPA....kalu ada perubahan lain tu aku tak tahu la...yang pastinye bila ada perubahan kita tetap kena terima juga coz dah sign...tak tahu la kalu kena sign lain plak huhu...kita tunggu dan lihat sahaja la apa keputusannya...

10 January 2012

778 : Solat Sunat Tasbih

alhamdulilah pagi tadi (10 Januari 2012) ada Perhimpunan Bulanan KPWKM dan agensi di bawah nya untuk pertama kali diadakan di pejabat baru Putrajaya....selepas Perhimpuan Bulanan ada plak buat Solat Sunat Tasbih, solat hajat, bacaan Yassin dan Majlis Doa Selamat sempena kemasukan ke pejabat baru....

alhamdulilah aku dapat melaksanakan amal ibadat yang dianjurkan....bukan senang kan kalu kita buat sorang-sorang....yang pastinye sebelum turun ke bawah dewan aku siap goggle macamne nak buat solat sunat tasbih...solat sunat hajat tu aku reti la membuatnya....nampak sangatla aku ini masih serba kekurangan di dalam amal ibadatnya...memang sangat aku akui....untuk itu tahun ini aku berazam untuk melakukan lebih banyak amal ibadat kepada Allah swt...keberkatan dan kerahmatan kepada kita juga....

aku mencari cara Solat Sunat Tasbih dengan menggunakan pak google...kat sini aku nak share dengan blogger semua...moga kita dapat melakukan amal ibadat bersama-sam...insya'allah...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali. 

KAIFIAT MELAKSANAKANNYA

Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.

Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.
Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)
Cara-cara mengerjakan sembahyang Tasbih
Terdapat dua cara untuk mengerjakan sembahyang Tasbih ini
 1.  Empat rakaat satu salam
Kalau dikerjakan pada siang hari sembahyang sunat Tasbih ini hendaklah dikerjakan empat rakaat satu malam.
 2.  Empat rakaat dua salam
Kalau dikerjakan pada malam hari, maka hendaklah ia dikerjakan sebanyak empat rakaat dua salam.

 Cara-cara melaksanakannya
 1. Setelah berdiri menghadap kiblat angkatlah takbir dan ucapkan lafaz beserta niatnya:
  •        (untuk siang)
Ushalli sunnatat tasbih arba'a raka'atin lillahitaa'la

Ertinya: " Sahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taa'la
(untuk malam)
 
 Ushalli sunnatat tasbih rak'ataini lillahi taa'la

Ertinya: "Sahaja ku sembahyang sunat tasbih dua rakaat kerana Allah taa'la"
 
  
2. Pada tiap-tiap rakaat hendaklah dibaca tasbih menurut cara yang dinyatakan dibawah ini. Adapun bacaan tasbihnya ialah:

TASBIH YANG DIBACA


سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Subhanallahi walhamdulillahi walaa ilaaha ilallahu akbar, walaa haula walaa quuwata illaa billaahil 'aliiyil 'adzim
        
Ertinya: " Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Allah Maha Agung dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung"
 
3.Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah
     Rakaat pertama : Surah at-Takasu
     Rakaat Kedua : Surah al-Asr
     Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
     Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas

4. Peraturan membaca tasbih-tasbih sebanyak 300 kali (75 kali setiap rakaat) ialah seperti berikut:
  • Selepas membaca surah sebelum ruku'                 (15 kali)
  • Selepas membaca tasbih biasa dalam ruku'          (10 kali)
  • Selepas membaca tahmid                                        (10 kali)
  • Selepas membaca tasbih                                         (10 kali)
  • Selepas membaca tasbih biasa dalam sujud         (10 kali)
  • Selepas membaca doa ketika duduk diantara dua sujud    (10 kali)
  • Selepas membaca tasbih biasa dalam sujud kedua.            (10 kali)
  • Sebelum berdiri hendaklah duduk istirehat  dan baca tasbih   (10 kali)
  • Bagi rakaat kedua waktu siang hari, baca tasbih ini selepas tahiyat awal  (10 kali)
  • Bagi rakaat terakhir baca tasbih selepas tahiyat terakhir                           (10 kali)

    5. Sesudah tahiyat akhir, beri salam
   6. Kalau sembahyang diwaktu malam, berdiri semula untuk melakukan rakaat ketiga dan keempat sebagaimana yang dilakukan pada dua rakaat yang terdahulu. Bacaan tasbihnya adalah sama pada tempat yang disebutkan diatas.
    7. Andainya terlupa membaca tasbih disatu-satu tempat, maka boleh digantikan di tempat berikutnya,agar tetap tasbihnya itu berjumlah 300.Contohnya kalau terlupa membaca tasbih sewaktu iktidal, maka apabila selepas membaca tasbih sujud, bacalah tasbih ini sebanyak 20 kali

DOA SOLAT TASBIH
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.


Ya Allah, ya Tuhan kami,  kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.


Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.

 
KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TASBIH

Berdasarkan hadis rasullulah saw yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas ra sembahyang sunat tasbih ini dapat menghapuskan sepuluh macam dosa bertepatan dengan tempat membaca tasbih disetiap rakaat sembahyang tasbih ini :  
 
1. Dosa yang awal
2. Dosa yang akhir
3. Dosa yang lama
4. Dosa yang baru
5. Dosa yang tidak sengaja
6. Dosa yang sengaja
7. Dosa yang kecil
8. Dosa yang besar
9. Dosa yang tersembunyi
10. Dosa yang terang-terangan

06 January 2012

777 : nak ke mana??

sejak pindah ke putrajaya ni yang pastinye kepala hotak jadi tepu dan beku jika nak keluar terutamanya hari Jumaat....dah la aku ini bukan tau sangat pasal Putrajaya...aku boleh sesat kalu nak kuar ke mana-mana tanpa ditemani oleh orang....ye la selama ini aku kat KL boleh je nak kuar ke mana-mana...nak ke sogo, jalan TAR, maju junction sebut je nama shopping complex area KL insya'allah aku boleh gi....tapi kat putrajaya ini aku tau Alamanda je...tapi nak ke sana memang aku tak tahu haha...

yang pastinye banyak aku perlu explore di Putrajaya....dulu masa di KL, aku nak datang Putrajaya ni boleh dibilang dengan jari kecuali datang untuk mesyuarat....namun semenjak pindah ke sini Isnin hingga Jumaat memang sah-sah bergelumang menjadi orang putrajaya yang blur huhu...bila hari kerja je aku akan stress coz pagi dan petang kena kejar bas kilang ...kalu lambat confirm bas tinggal huhu...memang nganga la kalu bas tinggal kan aku coz aku tak tau nak balik dengan apa...walaupun berkali tanya kawan nak balik KL camne yang pasti aku blur coz aku tak penah cuba lagi naik public transport nak ke KL atau putrajaya...

aku tak sabar nak tunggu hari Jumaat...coz besoknya sabtu dan ahad...tak payah aku nak stress bangun pagi-pagi untuk kejar bas...dan yang pastinye aku akan sress bila malam Ahad menjelang coz nak mengharungi hari Isnin hingga Jumaat huhu...aku harap stress aku ini takdela membabitkan emosi kandungan yang terlampau sesangat....aku tak sanggup nak menghadapi nye lagi tapi kerna terpaksa dah macam lagu Fransica Peter plak akan aku harungi juga huhu...

pa nak buat masa lunch ni ye...nak makan kat mana??nak gi mana??jadi blur dan beku kepala ni....aku nak kuar untuk hilangkan stress ni....ada member ajak gi pasar tani kat Presint 2...kalu rajin aku gi la kalu tak dok la memerap kat opis ni huhu...layan kan jelah..

05 January 2012

776 : 2012...

alhamdulilah, entry pertama untuk 2012...dah 5 hari masuk tahun 2012, baru aku terhegeh-hegeh nak buat entry....nampak sangat aku ini agak rajin sesangat pemalas....bukan sengaja tapi sejak 2 menjak ni rasa malas tu ada je padahal ada je benda nak ceta...ntah la sampai bila simptom pembawaan budak malas ni nak hilang huhu...

aku masuk keja untuk tahun ini pada 4 Januari 2012....masa hari pertama keja tu aku dan my hubby bercuti kerana ada temujanji doktor...nak wat camne kan orang banyak penyakit ni kena la mengikut temujanji yang diaturkan untuk memastikan kesihatan berada di tahap baik...kalu asyik nak postponed je temujanji, nati kesihatan pun kureng nanti...diri sendiri jugak la yang merana nati...

aku berharap sangat tahun 2012 ini akan memberi makna kepada aku, suami dan my family....aku nak buat yang terbaik untuk diri sendiri dan family...aku nak my hubby dan family rasa bahagia, ceria dan gembire selalu...namun kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya...