alhamdulilah pagi tadi (10 Januari 2012) ada Perhimpunan Bulanan KPWKM dan agensi di bawah nya untuk pertama kali diadakan di pejabat baru Putrajaya....selepas Perhimpuan Bulanan ada plak buat Solat Sunat Tasbih, solat hajat, bacaan Yassin dan Majlis Doa Selamat sempena kemasukan ke pejabat baru....
alhamdulilah aku dapat melaksanakan amal ibadat yang dianjurkan....bukan senang kan kalu kita buat sorang-sorang....yang pastinye sebelum turun ke bawah dewan aku siap goggle macamne nak buat solat sunat tasbih...solat sunat hajat tu aku reti la membuatnya....nampak sangatla aku ini masih serba kekurangan di dalam amal ibadatnya...memang sangat aku akui....untuk itu tahun ini aku berazam untuk melakukan lebih banyak amal ibadat kepada Allah swt...keberkatan dan kerahmatan kepada kita juga....
aku mencari cara Solat Sunat Tasbih dengan menggunakan pak google...kat sini aku nak share dengan blogger semua...moga kita dapat melakukan amal ibadat bersama-sam...insya'allah...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.
KAIFIAT MELAKSANAKANNYA
Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.
Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)

Cara-cara mengerjakan sembahyang
Tasbih
Terdapat dua cara untuk mengerjakan sembahyang
Tasbih ini
1. Empat rakaat satu salam
Kalau dikerjakan pada siang hari sembahyang sunat Tasbih ini hendaklah dikerjakan empat rakaat satu malam.
Kalau dikerjakan pada siang hari sembahyang sunat Tasbih ini hendaklah dikerjakan empat rakaat satu malam.
2. Empat rakaat dua salam
Kalau dikerjakan pada malam hari, maka hendaklah ia dikerjakan sebanyak empat rakaat dua salam.
Kalau dikerjakan pada malam hari, maka hendaklah ia dikerjakan sebanyak empat rakaat dua salam.
Cara-cara melaksanakannya
1. Setelah berdiri menghadap kiblat angkatlah
takbir dan ucapkan lafaz beserta niatnya:
- (untuk siang)
| Ushalli sunnatat tasbih arba'a raka'atin lillahitaa'la |
Ertinya: " Sahaja aku sembahyang sunat tasbih
empat rakaat kerana Allah Taa'la
(untuk malam)
| Ushalli sunnatat tasbih rak'ataini lillahi taa'la |
Ertinya: "Sahaja ku sembahyang sunat tasbih
dua rakaat kerana Allah taa'la"
2. Pada tiap-tiap rakaat
hendaklah dibaca tasbih menurut cara yang dinyatakan dibawah ini. Adapun
bacaan tasbihnya ialah:
TASBIH YANG DIBACA
سُبْحَانَ اللهِ
وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ
حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
| Subhanallahi walhamdulillahi walaa ilaaha ilallahu akbar, walaa haula walaa quuwata illaa billaahil 'aliiyil 'adzim |
Ertinya: " Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tiada tuhan yang
disembah melainkan Allah. Allah Maha Agung dan tiada daya dan tiada kekuatan
(bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah Yang Maha Tinggi dan Maha
Agung"
3.Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah
Rakaat pertama : Surah at-Takasu
Rakaat Kedua : Surah al-Asr
Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas
4. Peraturan
membaca tasbih-tasbih sebanyak 300 kali (75 kali setiap rakaat) ialah seperti
berikut:
- Selepas membaca surah sebelum ruku' (15 kali)
- Selepas membaca tasbih biasa dalam ruku' (10 kali)
- Selepas membaca tahmid (10 kali)
- Selepas membaca tasbih (10 kali)
- Selepas membaca tasbih biasa dalam sujud (10 kali)
- Selepas membaca doa ketika duduk diantara dua sujud (10 kali)
- Selepas membaca tasbih biasa dalam sujud kedua. (10 kali)
- Sebelum berdiri hendaklah duduk istirehat dan baca tasbih (10 kali)
- Bagi rakaat kedua waktu siang hari, baca tasbih ini selepas tahiyat awal (10 kali)
- Bagi rakaat terakhir baca tasbih selepas tahiyat terakhir (10 kali)
5. Sesudah tahiyat akhir, beri salam
6. Kalau sembahyang
diwaktu malam, berdiri semula untuk melakukan rakaat ketiga dan keempat
sebagaimana yang dilakukan pada dua rakaat yang terdahulu. Bacaan tasbihnya
adalah sama pada tempat yang disebutkan diatas.
7. Andainya terlupa
membaca tasbih disatu-satu tempat, maka boleh digantikan di tempat berikutnya,agar
tetap tasbihnya itu berjumlah 300.Contohnya kalau terlupa membaca tasbih
sewaktu iktidal, maka apabila selepas membaca tasbih sujud, bacalah tasbih
ini sebanyak 20 kali
DOA SOLAT TASBIH
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.
Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.

KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT
TASBIH
Berdasarkan hadis rasullulah saw yang diriwayatkan
oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas ra sembahyang sunat tasbih ini dapat menghapuskan
sepuluh macam dosa bertepatan dengan tempat membaca tasbih disetiap rakaat
sembahyang tasbih ini :
| 1. Dosa yang awal
2. Dosa yang akhir 3. Dosa yang lama 4. Dosa yang baru 5. Dosa yang tidak sengaja 6. Dosa yang sengaja 7. Dosa yang kecil 8. Dosa yang besar 9. Dosa yang tersembunyi 10. Dosa yang terang-terangan |
0 tinta kekawan:
Post a Comment