Terima Kasih Sahabat

13 January 2012

779 : opsyen bersara...

aku rasa isu opsyen bersara dan SBPA ni masih diperkatakan sejak diumumkan masa bajet 2012 hari tu...sehingga kini masih lagi macam goreng pisang panas orang memperkatakannya sehingga n3 ini dituliskan SBPA ditangguhkan oleh kabinet....

namun opsyen bersara 60 tahun akan diteruskan kerana opsyen bersara dengan SBPA adalah perkara yang berlainan....yang pasti aku tetap memilih opsyen bersara 58 tahun....kenapa 58 tahun??bukan 55 atau 56 tahun....kerana aku masuk perkhidmatan awam ini umur dah agak lanjut lewat....masuk perkhidmatan awam masa umur 27 tahun adalah sesuatu yang lewat...kebetulan plak tahun 2008 baru je ada opsyen bersara 58 tahun....maknanya sepanjang aku bertugas dah 2 kali opsyen bersara dinaikkan....


kenapa aku pilih 58 tahun???kerana kalu hendak duit pencen separuh daripada gaji mati akhir, kita perlu berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun....kalu aku pilih 56 tahun aku baru je berkhidmat 29 tahun huhu...itu pasal aku dengan paksa rela kena amik 58 tahun coz nak duit pencen banyak huhu....kawan-kawan aku semuanya memilih opsyen 56 tahun....

tapi sesapa yang masuk perkhidmatan awam selepas tahun 2008 (tak ingat bulan bape) wajib kena amik bersara 58 tahun...kire aku masih ada peluang lagi untuk memilih opsyen ketika itu huhu....

untuk opsyen bersara 60 tahun ini, aku masih mengekal dan memilih opsyen bersara 58 tahun...tak larat aku nak keja sehingga 60 tahun....aku rasa ketika itu aku dah tak larat nak gi keja...better aku dok umah melayan family dan buat amal ibadat....namun kita hanya merancang Allah menentukan segalanya....

opsyen bersara dah settle cuma opsyen SBPA juga la yang masih tertangguh-tangguh...yang pastinye dah tandatangan memilih opsyen SBPA....kalu ada perubahan lain tu aku tak tahu la...yang pastinye bila ada perubahan kita tetap kena terima juga coz dah sign...tak tahu la kalu kena sign lain plak huhu...kita tunggu dan lihat sahaja la apa keputusannya...

No comments: