Terima Kasih Sahabat

31 January 2012

785 : Nasi Goreng Tomyam Udang...

last week, my hubby teringin nak makan nasi goreng tomyam dan pergi beli kat kedai...yang pastinye apabila membeli rasanya amat mengecewakan dan kekurangan aksesori di dalam nasi tersebut...hanya dipenuhi dengan batang serai dan bawang hiris...

kecewa sungguh aku melihat my hubby makan dengan penuh terpaksa coz dah beli dan disebabkan lapar...tapi yang pastinye mulut my hubby memang membebel la...aku yang rasa sesudu pun memang tak boleh nak gi...hanya letak beberapa butir hirisan ayam dah dipanggil nasi goreng tomyam...dah la harganya agak mahal...memang tak berbaloi sungguh dengan harga dan rasa....

nak puas hati memang kita perlu masak sendiri...oleh itu, untuk tidak mahu my hubby kecewa, aku mencari bahan dan memasak nasi goreng tomyam udang ciptaan sendiri....apa sahaja yang di dalam fikiran ada di hadapan mata, aku masukkan dalam kuali....alhamdulilah berjaya juga aku memasak sendiri nasgi goreng tomyam udang...dan yang pastinya aku suka melihat my hubby makan bertambah-tambah dan dapat pujian huhu....bukan senang kan nak puaskan hati sendiri dan orang tersayang dengan masakan kita sendiri....


nasi goreng tomyam udang ini ditambah dengan aksesori makanan sampingan iaitu sambal belacan dan ulam timun serta tomato comel...lagi mengancam dan terangkat la...hehe...insya'allah next time bole masak lagi...ada bahan boleh je nak masak haha...

4 comments:

KM said...

Wahhh!!! cam sodap ja..

kueh bakar said...

*meleleh*

sruppp!

risanur said...

KM >> mmg sedap hehe...
kuehbakar >> huhu..

Hany Anny said...

kakk..nak gak.bawak dtg opis len kali.hikhik. :p