Terima Kasih Sahabat

28 February 2012

792 : spageti seafood...

masa hujung minggu yang lalu tekak ni tiba-tiba je tingin nak makan spageti setelah aku mabuk mengandung kepayang tak boleh nak terima western food....bahan-bahan nak buat spageti memang ada je dalam almari...apalgi aku just gi beli udang...aku suka spageti seefood seafood...terutama sekali udang....


pastu aku tanya plak my hubby nak tak makan spageti...dia terus kata nak...lagi bersemangat la aku nak memasaknya...huhu....

yang pastinye sejak disahkan berbadan dua ni aku memang tak boleh nak masuk western food dan fast food...setelah berpose hampir 5 bulan tekak baru la rasa nak makan western food ni...tu pun yang masak sendiri....kalu yang ada kat kedai aku rasa mual je lagi...macam-macam karenah orang mengandung ini kan...layan kan jelah tekak ini selagi boleh huhu...


ini la hasilnya...sendiri masak sendiri mengaku sedap kan hehe...kalu tak sapa lagi nak mengaku sedap kan....masuk baku angkat sendiri haha....

23 February 2012

791 : perasaan..

sukar untuk memuaskan hati orang yang bergelar manusia even hati sendiri...salah sikit, silap sikit kita akan mudah terasa even hal tu kecik sahaja....

hati dan perasaan manusia memang sukar untuk diramalkan...kekadang tu kita ingatkan kita bercakap just untuk bergurau, namun orang lain sudah terasa hati...that why kekadang tu nak bercakap pun kena berlapik dan beralas bagai...

rambut sama hitam, hati lain-lain...yang pasti aku akan cuba buat sebaik mungkin dan berperangai baik juga...manusia tidak pernah sempurna namun akan cuba menjadi yang terbaik di hati masing-masing...

20 February 2012

790 : huru hara di Putrajaya...

huru hara ni berlaku pada Jumaat lepas (17 Feb 2012) tapi aku baru nak ceta hari ini...almaklumla cuti hujung minggu malas nak update..walaupun ceta ini dah basi dah agak ketinggalan zaman tapi aku nak ceta juga...coz setahu hari Jumaat lepas majoritinye sesapa yang bekerja di Putrajaya terutama di Presint 2, 3 dan 4 confirm kelam kabut masa nak balik ke rumah masing-masing...


ini adalah gara-gara daripada Asian Cycling Championships 2012 yang berlangsung di Putrajaya yang berlangsung pada 14 hingga 18 Feb 2012...yang menjadi kelam kabut dan haru biru nye kerana kebanyakan jalan yang ditutup di Putrajaya....perjalanan dari satu tempat ke saatu tempat dalam masa 5 minit, namun gara-gara jalan ditutup boleh jadi hampir 30 minit...semua kelam kabut mencari jalan....

yang pasti pada hari Selasa hingga Khamis tu takde lah sangat terasa hari biru gara-gara ACC ini tapi yang menjadi kemuncak kelam kabutnya pada hari Jumaat masa semasa semua penjawat awam nak balik ke rumah....tak salah aku masa hari Khamis tu jalan dah dibuka mulai 4.45 petang....tu yang tak terasa sangat sesaknye...namun hari Jumaat tu, acara masih berjalan lagi sehingga pukul 6 petang...


aku yang bekerja di Presint 4 la yang menjadi kelam kabut nya...coz jalan semua tutup coz semua peserta akan melalui di hadapan Jalan Presint 4....masa aku kuar dari opis masa tu dah pukul 5.05 pm...tengok jalan lengang semacam je....kalu ikutkan bas kilang yang selalu aku naik akan ada je di bus stop menunggu pekerja-pekerja untuk balik...namun sebaliknya berlaku...orang je yang ramai di bus stop dengan muka cuak masing-masing...masing-masing mencari bas yang naik...bukan setakat bas pekerja je namun bas nadi putra juga batang hidung tak nampak...huhu...


masing-masing handphone berada di tangan coz nak bertanya pada drebar bas kilang diorang berada di mana...coz takut tertinggal bas....dah la hari Jumaat confirm la akan sesak berganda-ganda huhu....aku dan geng-geng terpaksa berjalan kaki ke belakang Jabatan Peguam Negara coz bas kilang kami berada di sana...menapak la kami beramai-ramai...yang pasti jalan kat situ sepatutnya sehala menjadi 2, 3 hala....huhu...semua keta, bas, motor nak lalu jalan situ....


aku tengok orang yang dalam keta, masing-masing muka kegeraman je....yelah semua jalan tutup sehingga kan tidak tahu nak ikut jalan mana...pastu takde arah mana jalan yang harus ditutup...yang pasti aku dah nampak bas aku, naik dan terus dok senyap-senyap...asalkan aku dah berada dalam bas...kalu dah ada dalam aku tak risau dah hehe....sesak ke tak sesak kena la juga menghadapinya....

bas kami bertolak jam 5.45 petang..selalunya kalu waktu tu kami dah berada di tengah kesesakan MRR2...sabar jelah...nasib baik la drebar bas aku ini bagus mencari jalan alternatif di Putrajaya...tau-tahu dah kuar dari Putrajaya...alhamdulilah....aku sampai LRT Wangsa Maju jam 6.55 petang...lewang dalam 15 minit dari waktu biasa coz MRR2 tak bape nak jem sangat...kalu tak memang tak tahula kul bape nak sampai umah...

balik umah aku tengok FB dan Twitter, ramai sungguh kawan-kawan yang tak puas hati dengan penutupaan dan huru-hara yang berlaku di Putrajaya pasal ACC ini...kena la terima kan...nak tak nak kena juga la ikut jika ada even yang berlangsung di Putrajaya...Jumaat ini berlangsung plak Le Tour De Langkawi di sini juga...hope tak la berlaku macam ini...huhu...

13 February 2012

789 : kuih muih tradisional...

sejak berbadan dua dua menjak ni, tekak ni asyik nak makan kuih muih tradisional sahaja...pastu nak yang atas hasil tangan sendiri plak tu...macam-macam karenah dan hal tekak aku ini kan....

yang pastinye setiap sabtu dan ahad serta hari cuti aku akan menjadi rajin untuk masak....dah tak lalu nak makan kat luar coz dari isnin hingga jumaat asyik dok makan luar je huhu...tekak dah rasa muak je dengan masakan luar...walaupun masakan simple je, yang pasti aku dan suami akan makan penuh berselera hehe...walaupun hanya berlaukkan ikan goreng, sambal belacan dan sayur yang pasti makan tetap bertambah....alhamdulilah lately ni selera makin bertambah aje...confirm naik mendadak la badan ni huhu...

buah melaka (onde-onde)...

sagu melaka...

baru-baru ini atas kerajinan dan tekak yang nak makan ni, aku buat kuih onde-onde buah melaka dan sagu melaka...kedua-duanya pakai gula kabung....beli 2 butir biji boleh buat 2 kuih tradisional yang sedap...alhamdulilah menjadi kuih yang menjadi idaman tekak....kire sedap la kan coz buat sendiri kan..sapa nak puji diri sendiri la huhu....

08 February 2012

788 : biarkan ia berlalu...

cuti hujung minggu yang lalu selama 4 hari aku melayan membaca novel..untuk tahun 2012 ni baru novel pertama aku membacanya...makin hari makin pemalas aku ini...kalu tak aku la orang yang suka membaca kerana ianya salah satu hobi aku...tapi bila dah sambung study hari tu, aku lebih concentrate pada buku ilmiah dari novel...huhu...


novel yang aku layan baca ni bertajuk Biarkan Ia Berlalu hasil nukilan sha ibrahim...aku masih belum abis lagi membaca novel ini coz amat tebal juga la...naik lenguh jugalah kalu membaca masa baring hehe....aku dah setengah dari pada novel tu....rasa tak sabar plak nak tau ceta yang seterusnya....tapi bila dah keja confirm agak limited la nak membacanya...coz sampai umah dah penat huhu....

hope boleh habis sebelum hujung minggu yang akan datang ini....

05 February 2012

787 : Selamat Ulangtahun...

alhamdulilah tanggal 5 Februari 2012 jam 11.57 pagi genap aku dan suami bergelar suami isteri untuk tahun ke 7....saat demi saat, detik demi detik, masa demi masa, tarikh demi tarikh, sekejap sahaja aku sudah bergelar seorang isteri kepada Hasrinor Hairi Hassan untuk tahun ke 7...seperti dalam mimpi sahaja....


rasa baru sebentar aku berada di majlis pernikahan aku...rasa baru sebentar sahaja aku bergelar seorang isteri setelah lafaz nikah dilafazkan....rasa baru sahaja aku mencium tangannya untuk acara batal air sembahyang, rasa baru sekejap sahaja aku diraikan di dalam persandingan yang meriah...tidak sangka aku dah hidup bersama suami tersayang hampir 2,555 hari...


pelbagai dugaan, pahit manis asam garam berumah tangga yang kami lalui....seperti tidak percaya aku dapat melalui segala dugaan onak duri ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan....pelbagai tohmahan yang aku dan suami aku lalui sepanjang melayari bahtera perkahwinan ini....namun kami berdua tabah menghadapinya...


asalkan antara kami saling memahami, saling bertolak ansur dan saling mempercayai antara satu sama lain, insya'allah segala dugaan dapat kami lalui bersama walaupun kekadang ianya perit...perit kerana selama berkahwin ini, kami masih belum dkurniakan cahaya mata....hanya keluarga sahaja yang memahami perasaan kami...kami hanya ignore sahaja apa yang orang katakan asalkan kasih sayang kami masih utuh sehingga kini....


alhamdulilah, Allah telah mendengar rintihan kami berdua...Allah telah memberikan anugerah dan rezki yang tidak terhingga kepada kami berdua....insya'allah dalam masa 4 bulan lebih kami akan dikurniakan cahaya mata....terima kasih Allah kerana mendengar segala doa yang kami minta selama ini....

semoga dengan kehadiran cahaya mata ini, membuatkan ikatan kasih sayang kami akan sentiasa mekar, segar dan berkekalan selamanya....semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan membuatkan bahtera perkahwinan kami bertambah erat untuk selamanya insya'allah....

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 7 sayang....moga kasih sayang kita akan berkekalan selamanya....hanya padaNya kita memohon agar pada yang kita rancang akan menjadi realiti...insya'allah....moga aku dapat membahagiakan sayang dengan kehadiran cahaya mata yang bakal lahir tidak lama lagi ini...moga kita akan menjadi ibu dan ayah yang mithali kepada anak kita nati insya'allah....

03 February 2012

786 : jauh dari segalanya...

dah hampir seminggu mata sebelah kiri aku ini asyik mengenyit je...aku jadi takut dan fobia...almakaklum la ada prang pernah cakap selalunya mata sebelah kiri mengenyit mesti nak nangis atau sesuatu perkara buruk yang nak berlaku...jauhkan la aku dan family dari segalanya....

aku harap segala apa yang dikatakan tentang keburukan akan dijauhkan...hope semua yang baik-baik sahaja la yang berlaku...insya'allah...Allah menentukan segalanya....aku pasrah dan redha....

cari di pak google macam-macam telahan dan andaian di buat tentang mata mengenyit ini...antaranya adalah :

  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita

  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)

  • aku harap semuanya berjalan dengan baik insya'allah...Ya Allah lindungi aku dan keluarga dari segala keburukan...