Terima Kasih Sahabat

05 February 2012

787 : Selamat Ulangtahun...

alhamdulilah tanggal 5 Februari 2012 jam 11.57 pagi genap aku dan suami bergelar suami isteri untuk tahun ke 7....saat demi saat, detik demi detik, masa demi masa, tarikh demi tarikh, sekejap sahaja aku sudah bergelar seorang isteri kepada Hasrinor Hairi Hassan untuk tahun ke 7...seperti dalam mimpi sahaja....


rasa baru sebentar aku berada di majlis pernikahan aku...rasa baru sebentar sahaja aku bergelar seorang isteri setelah lafaz nikah dilafazkan....rasa baru sahaja aku mencium tangannya untuk acara batal air sembahyang, rasa baru sekejap sahaja aku diraikan di dalam persandingan yang meriah...tidak sangka aku dah hidup bersama suami tersayang hampir 2,555 hari...


pelbagai dugaan, pahit manis asam garam berumah tangga yang kami lalui....seperti tidak percaya aku dapat melalui segala dugaan onak duri ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan....pelbagai tohmahan yang aku dan suami aku lalui sepanjang melayari bahtera perkahwinan ini....namun kami berdua tabah menghadapinya...


asalkan antara kami saling memahami, saling bertolak ansur dan saling mempercayai antara satu sama lain, insya'allah segala dugaan dapat kami lalui bersama walaupun kekadang ianya perit...perit kerana selama berkahwin ini, kami masih belum dkurniakan cahaya mata....hanya keluarga sahaja yang memahami perasaan kami...kami hanya ignore sahaja apa yang orang katakan asalkan kasih sayang kami masih utuh sehingga kini....


alhamdulilah, Allah telah mendengar rintihan kami berdua...Allah telah memberikan anugerah dan rezki yang tidak terhingga kepada kami berdua....insya'allah dalam masa 4 bulan lebih kami akan dikurniakan cahaya mata....terima kasih Allah kerana mendengar segala doa yang kami minta selama ini....

semoga dengan kehadiran cahaya mata ini, membuatkan ikatan kasih sayang kami akan sentiasa mekar, segar dan berkekalan selamanya....semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan membuatkan bahtera perkahwinan kami bertambah erat untuk selamanya insya'allah....

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 7 sayang....moga kasih sayang kita akan berkekalan selamanya....hanya padaNya kita memohon agar pada yang kita rancang akan menjadi realiti...insya'allah....moga aku dapat membahagiakan sayang dengan kehadiran cahaya mata yang bakal lahir tidak lama lagi ini...moga kita akan menjadi ibu dan ayah yang mithali kepada anak kita nati insya'allah....

2 comments:

nasazfrog... said...

Usia perkahwinan risa lebih kurang sama ngn saya.. alhamdulillah sy sgt bersyukur n gembira apabila dpt tau yang tak lama lagi risa nak d kurniakan bb.. syukur sgt2.. mesti gembirakan,, yang penting jaga kesihatan yer risa... semoga segalanya selamat, amin.

KM said...

Alhamdulilah & tahniah buat Risa & Hairi...moga Allah terus rahmati & berkati perkongsian hidup anda suami isteri. Saya taktau plak Risa tgh menanti org baru...hehehe anyway tahniah sekali lagi...kesabaran anda berdua Allah dah balas...Amin