Terima Kasih Sahabat

13 February 2012

789 : kuih muih tradisional...

sejak berbadan dua dua menjak ni, tekak ni asyik nak makan kuih muih tradisional sahaja...pastu nak yang atas hasil tangan sendiri plak tu...macam-macam karenah dan hal tekak aku ini kan....

yang pastinye setiap sabtu dan ahad serta hari cuti aku akan menjadi rajin untuk masak....dah tak lalu nak makan kat luar coz dari isnin hingga jumaat asyik dok makan luar je huhu...tekak dah rasa muak je dengan masakan luar...walaupun masakan simple je, yang pasti aku dan suami akan makan penuh berselera hehe...walaupun hanya berlaukkan ikan goreng, sambal belacan dan sayur yang pasti makan tetap bertambah....alhamdulilah lately ni selera makin bertambah aje...confirm naik mendadak la badan ni huhu...

buah melaka (onde-onde)...

sagu melaka...

baru-baru ini atas kerajinan dan tekak yang nak makan ni, aku buat kuih onde-onde buah melaka dan sagu melaka...kedua-duanya pakai gula kabung....beli 2 butir biji boleh buat 2 kuih tradisional yang sedap...alhamdulilah menjadi kuih yang menjadi idaman tekak....kire sedap la kan coz buat sendiri kan..sapa nak puji diri sendiri la huhu....

No comments: