Terima Kasih Sahabat

30 March 2012

799 : warga Putrajaya...

insya'allah tidak lama lagi aku dan hubby akan menjadi warga sejati Putrajaya...aku tidak tahu la bagaimana kehidupan kami di sini coz dah bertapa bermaustatin di Kuala Lumpur hampir 34 tahun....

selama 4 bulan ini kehidupan harian aku masih di KL walaupun berulang ke Putrajaya untuk mencari sesuap nasi...tidak lama lagi di sini la kehidupan kami...moga kehidupan kami di sini akan bertambah ceria, bahagia dan gembire selalu walaupun ada yang kata Putrajaya ni agak kebosanan pada hujung minggu...huhu...yang pastinye kalu hujung minggu aku dan hubby akan lari balik ke KL la...almaklumla mak dan ayah ada kat sane hehe....

rumah yang bakal kami duduk...

alhamdulilah permohonan kuarters aku telah diluluskan...jenuh juga membuat proses untuk mendapatkan kunci rumah kuarters...banyak tempat dan duit yang perlu dihabiskan digunakan huhu...nasib baikla aku dan hubby dah buat preparation simpanan duit awal...kalu tak dengan persiapan nak beli barang baby lagi...memang parah la...alhamdulilah kami berdua dapat rumah teres....walaupun dalam hati nak gak rumah apartment huhu....namun kekawan kata rezki aku dapat rumah teres...bukan senang nak dapat...alhamdulilah....

moga Allah akan memberi kerahmatan dan keberkatan pada aku, suami dan baby yang bakal lahir ini hidup bahagia di Putrajaya ini...penghijrahan untuk tahun 2012...sepanjang aku dan suami bernikah, ni rumah ketiga yang kami pindah sepanjang 7 tahun hidup bersama....2 kali rumah flat dan ini kehidupan baru di rumah teres....moga kami akan sentiasa gembire, ceria bersama...insya'allah...

selepas ni hubby plak la yang akan berulang alik ke Kuala Lumpur untuk mencari rezki....moga hubby aku kuat semangat untuk berulang alik....insya'allah...

26 March 2012

798 : hepi besday mak...

selamat ulangtahun mak untuk yang ke 56 pada hari ni...moga mak akan dipanjangkan usia, dimurahkan rezki dan ceria selalu...dijauhkan mak daripada segala penyakit-penyakit yang merbahaya, daripada malapetaka yang buruk-buruk, dan dari segalanya.....



insya'allah aku akan cuba membuat yang terbaik untuk membalas segala jasa baik mak dan bapak...semoga mak akan bergembire untuk selamanya....

21 March 2012

797 : chicken chop...

last week hari Jumaat aku dan kekawan gi ramai-ramai makan di food court Jabatan Peguam Negara....gara-gara nak makan western sanggup kuar awal tu...coz selalunya asyik frust je bila kuar ontime..


yang pastinye kami sampai ke food court tu jam baru menunjukkan jam 12.15pm..orang baru terhengeh2 nak turun kami dah siap order...memang puas hati dan berbaloi kan...sesekali buat perangai masa boss takde kan..hehe...nakal sungguh kami ni, disebabkan nak makan western sanggup melanggar peraturan gitu hehe...

yang pastinye aku aku sendiri terperangkap makan western ni...coz semenjak berbadan 2 ni aku tak bole masuk western food ni...asyik nak malay food je...tapi ntah kenapa hari tu, tiba-tiba tingin nak makan chicken chop...macam-macam tekak orang berbadan dua ni kan...layan kan jelah...aku layan dengan air asam boi yang marveles..memang kena la..haha...

20 March 2012

796 : anak-anak buah...

hujung minggu hari tu aku bertemu dan melepaskan rindu pada semua anak-anak buah aku yang dah hampir 2 bulan tak jumpa...last jumpa masa cuti tahun baru cina hari tu...


sejak diorang dah bersekolah memang susah sangat nak jumpa diorang ni...almaklumla kena tunggu cuti baru la dapat berkumpul...walaupun dapat jumpa sekejap yang pastinye aku puas...anak buah aku yang kecik tu iaitu Muhamad Afiq Darwish dah 7 bulan...dah pandai meniarap dan langkah ke hadapan...punye laju sungguh la dia menjulur ke depan....tambahan plak ada daya penarik..lagi maju la ke hadapan...dah tumbuh 2 batang gigi...yang kesiannya baru je baik dari demam campak...

sekejap je anak-anak buah aku ini dah besar..moga mereka menjadi anak-anak yang solehah, bertakwa dan dapat berbakti kepada mak dan ayah mereka insya'allah...

13 March 2012

795 : makin kurang...

yang pastinye makin lama makin kurang atau boleh dikatakan makin lama makin pemalas...aku tengok kekawan mengudapte n3 di blog hampir beratus-ratus walaupun baru 3 bulan untuk tahun 2012...yang aku ni nak mencecah 20 pun susah sangat...

banyak cerita yang aku nak cerita tapi masa nak bercerita tu la masa tu kesibukan yang amat melampau...bila takde keja, masa tu plak confirm takde idea nak menulis dan mengarang....tiba-tiba je masa tu otak akan membeku macam ais....

aku rasa cam dengki je dengan kekawan blog boleh update huhu...cemburu sesangat...nak bercerita untuk dijadikan kenangan pada masa hadapan tapi ada saje kekangan dan alasannye huhu...itu la lumrah kehidupan...

nak kena tanamkan semangat dan kekuatan untuk bercerita dan mengarang...sejak berbadan 2 sikap pemalas lagi banyak menguasai diri...tambahan plak sejak berulang alik dari KL - Putrajaya - KL membuatkan masa nak menulis n3 masa malam hari memang takde la...coz dah kepenatan dan keletihan seharian...huhu...

nak kena fikirkan cara macamne nak tanamkan semangat menulis dan mencari idea/bakat mengarang kembali...huhu...insya'allah semoga aku berjaya mendapatkannye...

08 March 2012

794 : Selamat Hari Wanita 2012..

 

hari ini 8 Mac 2012 adalah Hari Wanita Peringkat Antarabangsa...yang disambut di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia, Cyberjaya dan dirasmikan oleh YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil...dengan bertemakan “CONNECTING GIRLS, INSPIRING FUTURES”...


untuk sambutan peringkat Malaysia pula akan disambut pada bulan Ogos setiap tahun yea....yang pastinya Hari Wanita akan disambut dengan meriah dan ceria oleh Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)...aku berbangga kerana menjadi staff di sini....bukan hari wanita sahaja diraikan tapi hari OKU, hari warga emas, hari kanak-kanak dan pelbagai hari-hari lain...almaklumla Kementerian yang banyak kumpulan sasarnya...

pagi ini semasa gi kafe kami wanita-wanita diberi doorgift oleh asherer daripada Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA)....doorgift yang comel tapi rasa dihargai kan.....gud job BHA KPWKM... 

Selamat Hari Wanita kepada semua wanita-wanita di seluruh dunia....

05 March 2012

793 : bubur nasi berlauk...

semalam aku dan my hubby gi jalan-jalan cari makan di kampung bahru....banyak sungguh makanan kat situ tapi yang memikat hati kami adalah Nasi Bubur Berlauk...

selalu juga kami gi terjah makan nasi bubur berlauk ni di Kampung Bharu...sapa-sapa yang nak diet tu memang sesuai makan nasi bubur ni...hehe...ye la tu...yang pasti pas makan 2 jam confirm lapar bali haha...


lauk pilihan semalam telor asin, kailan ikan masin, sambal tumis ikan bilis dan lobak asin...tapi sambal ikan bilisnye kureng 'kick' semalam...selalunye bila makan confirm rangup tapi semalam agak lemau dan liat....kurang sedap...huhu...tapi licin jugak la...

lain kali nak try makan kat Restoran Suraya di Kampung Bharu plak...aku tengok punye ramai la kat kedai tu...selalunya full house je...