Terima Kasih Sahabat

20 March 2012

796 : anak-anak buah...

hujung minggu hari tu aku bertemu dan melepaskan rindu pada semua anak-anak buah aku yang dah hampir 2 bulan tak jumpa...last jumpa masa cuti tahun baru cina hari tu...


sejak diorang dah bersekolah memang susah sangat nak jumpa diorang ni...almaklumla kena tunggu cuti baru la dapat berkumpul...walaupun dapat jumpa sekejap yang pastinye aku puas...anak buah aku yang kecik tu iaitu Muhamad Afiq Darwish dah 7 bulan...dah pandai meniarap dan langkah ke hadapan...punye laju sungguh la dia menjulur ke depan....tambahan plak ada daya penarik..lagi maju la ke hadapan...dah tumbuh 2 batang gigi...yang kesiannya baru je baik dari demam campak...

sekejap je anak-anak buah aku ini dah besar..moga mereka menjadi anak-anak yang solehah, bertakwa dan dapat berbakti kepada mak dan ayah mereka insya'allah...

No comments: