Terima Kasih Sahabat

10 May 2012

806 : Selamat Hari Ibu...

13 Mei 2012 iaitu hari Ahad adalah sambutan Hari Ibu 2012 peringkat Kebangsaan yang akan dilakukan di Johor....dengan tema 'ibu berkerjaya sentiasa di sisi'

alhamdulilah aku tak sangka akan berkesempatan juga menyambutan sambutan hari ibu ini walaupun aku 'bakal ibu' tidak lama lagi...rasa tidak percaya je yang aku akan dapat menyambutnya walaupun dalam keadaan pra...huhu...insya'allah tahun depan baru la aku berkesempatan menyambut betul-betul hari ibu...

walaupun sambutan pra hari ibu namun aku berasa puas apabila dapat berasa perasaan apabila janin kita bergerak di dalam rahim...alhamdulilah dapat juga aku berasa perasaan ini...perasaan kasih terhadap anak sendiri....

bila aku dapat rasa gerakan janin di dalam rahim untuk pertama kali iaitu pada minggu ke 23, aku tidak dapat nak bayangkan perasaan gembire dan terujanya...ada something yang bergerak di dalam perut kita....hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ini...dapat juga aku berasa perasaan ini...

kini pergerakan baby makin lama makin lasak...bila aku tidak rasa gerakannya baby, aku plak jadi risau....risau jadi apa-apa terhadap baby....masa tu aku akan usap dan akan cuba bercakap-cakap dengan baby dalam perut...huhu...

memang benar la kata orang, perasaan menjadi seorang ibu akan kita rasa semenjak kita disahkan mengandung...hanya Allah saja yang mengetahui perasaan ini...pengalaman ini akan aku simpan sebagai kenangan yang paling indah di dalam hidup ku ini...aku tidak sangka aku akan berasa perasaan ini setelah 7 tahun berkawin...alhamdulilah walaupun agak lewat namun aku tetap juga berasanya...

Selamat Hari Ibu aku ucapkan kepada mak, kakak kembar ku dan kekawan yang bergelar sorang ibu....moga kalian bahagia bersama anak-anak tersayang....

No comments: