Terima Kasih Sahabat

22 June 2012

815 : penungguan...

Kalu ikutkan hari ini dah 3 hari aku menjadi penghuni setia di wad bersalin HKL ini.dari wad kelas 3 hingga skrg wad kelas 1 aku masih setia menanti cahaya mata kelahiran kami yang masih tidak mahu melihat dunia yg penuh pancaroba ini...

Aku dan hubby memang tak sabar nak lihat cahaya mata kami yg kami tunggu hampir 7 tahun ini...moga cahaya mata ini akan merapatkan hubungan kasih sayang kami dengan lebih mendalam dan menjadikan kami ibu dan ayah yang bertanggungjawab dalam menjalankan kewajipan kami insya'allah..

Kalu ikutkan due date hari ini adalah hari ke 40 minggu iaitu 22 Jun 2012...moga aku dan baby akan selamat dan dipermudahkan oleh Allah...mohon kawan-kawan blogger doakan moga aku dan baby selamat dan sihat...

2 comments:

tulip said...

semoga semuanya selamat kak...

KM said...

Insyaallah semua akan selamat...semoga kegembiraan sentiasa menjadi milik kita semua...