Terima Kasih Sahabat

30 July 2012

820 : pengalaman baru...

Hari ini sudah 36 hari baby Nur Insyirah lahir ke bumi sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W..

Aku sebagai seorang yang baru bergelar ibu pelbagai pengalaman dan benda baru yang harus aku belajar. Pengalaman menjaga anak, ragam anak menangis waktu malam dan pelbagai telatah atau perangai anak yang harus aku fahami. Aku harus tahu masa anak lapar, buang air, kembung perut atau masa dia nak tidur.

Semakin hari semakin banyak yang aku timba pengalaman dan makin hari juga aku harus menghadapi pelbagai pengalaman baru.

Naluri seorang ibu sanggup tidak tidur malam untuk menjaga anaknya, mandi tak bole lama jika dengar anaknya menangis dan yang pasti tidak sanggup meninggalkan anaknya lama-lama jika hendak ke mana-mana.

Aku suka melihat baby Insyirah ketika dia menyusu badan. Insyirah akan memandang aku sambil menghisap susu. Aku rasa bahagia dan gembira sangat apabila dapat menyusukan Insyirah sehingga kini. Aku berharap aku dapat menyusukan Insyirah sehingga mampu dan moga diizinkan oleh Allah insya'allah.

Sekarang ini baby Insyirah dah pandai senyum bila diagah.seronok sangat apabila Insyirah senyum pada aku bila aku bercakap dengan dia. Insyirah memberi tindak balas positif. Alhamdulilah. Sekarang ini juga Insyirah dah pandai buat perangai waktu malam. Serba tak kena dibuatnya. Asyik nak menangis je dan suaranya yang menjerit kuat tu yang aku tak sanggup dengar. Aku takut nati jiran-jiran kata aku ini mendera anak plak huhu.

Memang kena banyak bersabar dengan karenah dan tingkah laku anak yang baru nak belajar pelbagai ragam ini. Moga aku tabah dan kuat untuk menghadapi segala dugaannya. Semoga aku dapat membesar dan mendidik baby Insyirah dengan penuh kesabaran.
[KPWKM]

25 July 2012

819 : 30 hari...

Alhamdulilah 24 Julai 2012 genap 30 hari baby Nur Insyirah dilahirkan. Dan alhamdulilah juga semalam aku bawa Insyirah ke klinik Segambut untuk buat cucuk Hepatitis B dan pemeriksaan.

Berat dah naik 0.8 gram sekarang ini dah 3.3 kg. Panjang pulak dah tinggi sebanyak 6cm. Masa baru lahir hari tu baru je 46cm. Yang pasti pipi Insyirah dah gebu dan tembam macam pau 50 sen. Insyirah juga memberi tindakan refleksi apabila nurse membuat ujian padanya.

Alhamdulilah moga Insyirah akan cepat besar dan menjadi anak yang solehah.
[KPWKM]

09 July 2012

818 : macam tak caye je!!!

pejam celik pejam celik sudah 15 hari aku telah bergelar seorang ibu...macam tak percaya sahaja yang aku dah melahirkan seorang baby perempuan yang sangat comel huhu....

macam tak percaya saja yang aku dah berjaya menempuh semua dugaan semasa nak melahirkan seorang khalifah Allah di muka bumi ini...jika diingat-ingatkan seperti tak percaya yang aku menghadapi semua dugaan itu...macam tak percaya yang aku 'berkampung' di hospital selama 4 hari sebelum melahirkan baby ini....dan kembali ke hospital kerana luka pembedahan berdarah kembali....kalu diingatkan rasa ngeri, trauma dan fobia saje...

alhamdulilah walaupun pelbagai dugaan yang aku hadapi, insya'allah aku tabah dan redha menghadapinye....bila pandang muka cahaya mata yang aku idamkan selama ini, segala perit penderitaan semasa melahirkan seperti hilang di angin lalu walalupun kekadang tu, termimpi-mimpi jugak dibuatnye huhu....memang benar kata orang bila dah lihat cahaya mata yang ditunggu selama ini semua kesakitan masa bersalin semuanya hilang...itu la kenikmatan yang hanya dirasai oleh seorang ibu....semoga aku dan baby akan sihat dan sembuh dengan segera....

ada 29 hari lagi untuk aku menempuh tempuh berpantang dan ada 75 hari lagi untuk aku bercuti bersalin selama 90 hari....rasa macam lama je tapi bila masa berlalu dengan pantas tak rasa pun yang aku akan bercuti selama 90 hari...macam tak cukup je kan....huhu...

aku dan husband terlalu rasa amat bersyukur dengan kehadiran cahaya mata yang kami namakan Nur Insyirah yang bermaksud cahaya kelapangan dan kegembiraan...moga Nur Insyirah ini akan menjadi seorang anak yang solehah, beriman dan bertawakal kepada Mu Ya Allah....segala apa yang kami rancang akan ditentukan oleh Mu Ya Allah...semoga kami dapat mendidik dan membesarkan cahaya mata kami ini dengan rasa bertanggungjawab...insya'allah....