Terima Kasih Sahabat

30 July 2012

820 : pengalaman baru...

Hari ini sudah 36 hari baby Nur Insyirah lahir ke bumi sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W..

Aku sebagai seorang yang baru bergelar ibu pelbagai pengalaman dan benda baru yang harus aku belajar. Pengalaman menjaga anak, ragam anak menangis waktu malam dan pelbagai telatah atau perangai anak yang harus aku fahami. Aku harus tahu masa anak lapar, buang air, kembung perut atau masa dia nak tidur.

Semakin hari semakin banyak yang aku timba pengalaman dan makin hari juga aku harus menghadapi pelbagai pengalaman baru.

Naluri seorang ibu sanggup tidak tidur malam untuk menjaga anaknya, mandi tak bole lama jika dengar anaknya menangis dan yang pasti tidak sanggup meninggalkan anaknya lama-lama jika hendak ke mana-mana.

Aku suka melihat baby Insyirah ketika dia menyusu badan. Insyirah akan memandang aku sambil menghisap susu. Aku rasa bahagia dan gembira sangat apabila dapat menyusukan Insyirah sehingga kini. Aku berharap aku dapat menyusukan Insyirah sehingga mampu dan moga diizinkan oleh Allah insya'allah.

Sekarang ini baby Insyirah dah pandai senyum bila diagah.seronok sangat apabila Insyirah senyum pada aku bila aku bercakap dengan dia. Insyirah memberi tindak balas positif. Alhamdulilah. Sekarang ini juga Insyirah dah pandai buat perangai waktu malam. Serba tak kena dibuatnya. Asyik nak menangis je dan suaranya yang menjerit kuat tu yang aku tak sanggup dengar. Aku takut nati jiran-jiran kata aku ini mendera anak plak huhu.

Memang kena banyak bersabar dengan karenah dan tingkah laku anak yang baru nak belajar pelbagai ragam ini. Moga aku tabah dan kuat untuk menghadapi segala dugaannya. Semoga aku dapat membesar dan mendidik baby Insyirah dengan penuh kesabaran.
[KPWKM]

No comments: