Terima Kasih Sahabat

14 August 2012

823 : rasa kehilangan...

Lagi 5 atau 6 hari kita semua umat Islam akan menyambut hari raya aidilfitri...macam tak percaya je sekejap je bulan Ramadhan akan meninggalkan kita...

Ini adalah Ramadhan pertama aku melaluinya tanpa aku dapat menunaikan pose...rasa sedih sangat tapi nak buat macamne coz aku dalam tempoh berpantang...rasa kehilangan sangat apabila bulan Ramadhan akan pergi dengan cepat sekali tanpa menanti kita...aku berharap sangat Ramadhan akan datang aku dapat menikmatinya dan dapat melakukan segala amal ibadat yang dituntut insya'allah...

Selamat Menyambut Aidilfitri aku ucapkan pada semua kekawan blogger...moga kalian menyambut hari raya yang mendatang ini dengan penuh keceriaan bersama keluarga tersayang...

Yang pasti buat pertama kalinya aku dan hubby akan menyambut hari raya kali ini dengan kehadiran cahaya mata kami iaitu baby Nur Insyirah...selalunya berjalan berdua je tapi kali ini jalan bertiga...sambil berziarah sambil kutip duit raya hehe...selalunya asyik memberi je tapi kali ini mengutip sekali huhu...mesti best kan bile raya bawa anak...tak dapat nak bayangkan...mesti aku jadi kelam kabut coz dulu hanya siapkan diri sendiri dan hubby, kali ini kena dulukan baby...pengalaman yang akan aku dan hubby bakal hadapi bersama :) memori dan kenangan terindah di dalam hidup ini...
[KPWKM]

08 August 2012

822 : senyuman terindah..

sejak menjadi seorang ibu 45 hari yang lalu, kini anak adalah segala-galanya...semuanya anak yang akan didahulukan huhu...itu la istimewanya kehadiran seorang anak di dalam kehidupan berumah tangga...

Baby Nur Insyirah sekarang ini dah pandai senyum bila diagah...aku rasa hepi sesangat bila dapat berborak dengan Insyirah...rasa letih dan mengantuk hilang apabila melihat senyuman Insyirah...senyuman Insyirah adalah penawar terindah dalam hidup...

aku pantang melihat senyuman Insyirah, aku akan snap untuk dijadikan kenangan....



sayang anak ibu selamanya...senyuman mu adalah penyeri hidup ibu dan ayah....

03 August 2012

821 : 40 hari...

Hari ini genap aku 40 hari tempoh berpantang...masih ada 4 hari lagi untuk menghabiskan sisa-sisa berpantang 44 hari huhu...

Pantang makan, pantang minum dan pantang pelbagai lagi yang perlu ditempuhi sama ada suka atau tidak...untuk kebaikan diri kita jugak..

Aku bersyukur kerana aku dijaga oleh mak aku..makan dan minum aku memang dijaga rapi, ditambah pulak aku bersalin secara ceaser..walaupun mak takde pengalaman menjaga orang ceaser tapi mak ada pengalaman menjaga kakak kembar aku...

Walaupun makan ikan bilis, ikan haruan ditambah dengan lada hitam dan halia sepanjang berpantang ini, aku rasa apa yang mak aku masak tu memang sedap dan istimewa..

Mak suruh aku berpantang makan dan minum walaupun dah habis tempoh berpantang 44 hari...aku perlu berpantang makan benda-benda yang berangin dan sejuk kerana aku masih menyusu badan..dan banyak lagi pesanan2 yang diberikan oleh mak...insya'allah aku akan ikut pesanan yg diberikan oleh mak untuk kebaikan aku jugak...

Terima kasih mak kerana menjaga yong dan baby Nur Insyirah sepanjang berpantang ini..jasa mak memang tidak terbalas oleh yong...
[KPWKM]