Terima Kasih Sahabat

03 August 2012

821 : 40 hari...

Hari ini genap aku 40 hari tempoh berpantang...masih ada 4 hari lagi untuk menghabiskan sisa-sisa berpantang 44 hari huhu...

Pantang makan, pantang minum dan pantang pelbagai lagi yang perlu ditempuhi sama ada suka atau tidak...untuk kebaikan diri kita jugak..

Aku bersyukur kerana aku dijaga oleh mak aku..makan dan minum aku memang dijaga rapi, ditambah pulak aku bersalin secara ceaser..walaupun mak takde pengalaman menjaga orang ceaser tapi mak ada pengalaman menjaga kakak kembar aku...

Walaupun makan ikan bilis, ikan haruan ditambah dengan lada hitam dan halia sepanjang berpantang ini, aku rasa apa yang mak aku masak tu memang sedap dan istimewa..

Mak suruh aku berpantang makan dan minum walaupun dah habis tempoh berpantang 44 hari...aku perlu berpantang makan benda-benda yang berangin dan sejuk kerana aku masih menyusu badan..dan banyak lagi pesanan2 yang diberikan oleh mak...insya'allah aku akan ikut pesanan yg diberikan oleh mak untuk kebaikan aku jugak...

Terima kasih mak kerana menjaga yong dan baby Nur Insyirah sepanjang berpantang ini..jasa mak memang tidak terbalas oleh yong...
[KPWKM]

No comments: