Terima Kasih Sahabat

27 September 2012

829 : sebelum dan selepas...

malam tadi hubby nak juga botakkan kepala Nur Insyirah...puas pujuk untuk tidak botakkan kepala Nur Insyirah...coz tak dapat bayangkan camne la rupanye 'gondol' huhu....ye la selama 3 bulan bersama suka main dengan rambut Nur Insyirah....rambut yang lebat, hitam dan kerinting....aku suka main dengan rambut dia ketika sedang BF....

sebelum dicukur....

tapi nak wat camne, hubby nak ikut sunnah Rasul....kata putus diambil juga...mengambil masa juga untuk membotakkan rambut Nur Insyirah...kena gunting rambut dia dulu baru la cukur...

mula dari jam 8.15 malam hingga 10.15 malam...dari jaga, tido dan jaga kembali Nur Insyirah...masa sedang cukur tak sempat nak amik gambar coz aku perlu pegang Nur Insyirah....

selepas dicukur....

lain sungguh muka Nur Insyirah apabila botak...nampak muka dia macam kecik sikit dari biasa haha....macam-macam aku ini...padahal sama je....

lama nya nak nunggu rambut Nur Insyirah panjang kembali...nak pakainya hair band yang cantik-cantik bersama gaun yang anggun....hehe...macam pelik je kan kalu baby girl pakai gaun tapi kepala botak...nati aku try pakai kan la, nampak pelik tak....

24 September 2012

828 : blur + rindu = khayal...

hari ini aku mula bekerja setelah hampir 95 hari aku cuti bersalin....yang pasti dari pagi tadi hingga tengahari ini aku duduk kat workstation aku ini dalam keadaan fikiran yang blur...ditambah plak aku rindu sangat dengan baby Nur Insyirah....

selama ini paling lama aku tinggalkan Nur Insyirah pun 5 jam....ini hampir 10 jam aku akan meninggalkan Nur Insyirah...alhamdulilah nasib baiklah mak aku sanggup berkorban untuk duduk di rumah aku selama seminggu mulai hari ini....bole la aku berulang masa balik makan tengahari nati....

tadi aku call mak, yang pasti Nur Insyirah mengamuk di rumah tidak mahu hisap susu botol....siannya anak ibu kelaparan....mak aku kata, Nur Insyirah sanggup tido dari minum susu botol....tu yang aku tak mau dengar tu...

yang pasti fikiran aku ini tidak sabar nak menunggu jam 1 petang....aku nak balik rumah dan nak bagi BF sepuas-puasnya pada Nur Insyirah....sian anak ibu kelaparan....Insyirah tunggu ibu balik ye....jangan nangis-nangis...sian kat opah....

tima kasih mak kerana sanggup jaga anak yong dan sanggup tinggalkan rumah untuk sementara waktu...tidak terbalas jasa mak...




21 September 2012

827 : Majlis Berendoi dan Cukur Jambul...

alhamdulilah 16 September 2012 yang lalu, majlis berendoi dan cukur jambul Nur Insyirah dan Nur Husnina (anak buah aku) telah berjalan dengan lancar...walaupun hujan turun dari awal pagi namun majlis yang dirancang berjalan seperti yang dirancang....

 buaian dan bunga telor...

Nur Insyirah dan Nur Husnina...
 

bertemakan warna maroon kami sekeluarga hepi memakai baju yang senada dan seirama....Nur Insyirah dan Nur Husnina pakai plak baju gaun opahnya belikan...kecik-kecik lagi dah pakai gaun...tak padan dengan umur...layan kan jelah coz permintaan dari opahnya nak cucu-cucu perempuanya nampak lawa dan comel huhu...


alhamdulilah juga, semua makanan yang kami sediakan adalah dari kami masak sendiri...antara menunya adalah nasi putih, masak lemak nangka, ayam masak berempah, sambal tumis, ikan goreng, ikan masin, nasi impit, rendang, kuah kacang, pulut kuning, laksa dan agar-agar...kami anak beranak yang bergotong royong memasaknya...memang penat tapi puas hati huhu....

kami sekeluarga bertemakan maroon....

selepas majlis berendoi ini selesai, kami buat plak open house sempena hari raya untuk hari terakhir....ramai juga jemputan yang hadir walaupun ramai yang buat open house sempena hari terakhir syawal...yang kelakarnya tu, depan rumah kami pun ada buat majlis sempena nak gi haji, ramai tetamu yang keliru termasuk kumpulan marhaban...sabar je lah...memang sibuk sungguh jalan depan rumah kami masa tu, tapi nak buat camne kan, harap pengguna jalan raya yang lalu tu semuanya bersabar jelah...

13 September 2012

826 : 80 hari...

Hari ini genap 80 hari Nur Insyirah lahir ke dunia ini...rasa tak percaya je...lagi 10 hari aku akan mula bekerja...

Aku akan meninggalkan Insyirah di rumah mak di Segambut coz aku dan suami tak sanggup nak bagi kat pengasuh lagi...lagipun aku masih belum mencari pengasuh di Putrajaya ini...macam susah je nak mencari pengasuh kat sini...

Yang pasti aku akan kerinduan sesangat dengan penawar hati ku ini..ntah2 aku akan berulang dr Putrajaya - KL - Putrajaya utk minggu pertama huhu...

rasa tÀk sanggup nak berenggang dengan Insyirah walaupun sekejap...aku akan rindu nangis dia, senyum dia, suara dia, pandangan mata dia...rasa macam nak sambung cuti tanpa gaji je huhu...kalu la aku mampu nak cuti memang aku akan amik...aku akan jaga dan mendidik Insyirah sampai besar...aku akan menyusu kan dia sehingga 2 tahun...tapi kekangan kewangan aku terpaksa berkorban...pengorbanan seorang ibu...

Hari ini aku bawa Insyirah ke klinik untuk suntikan 2 bulan...rasa cuak juga coz nak kena bawa keta sendiri dan kena uruskan Insyirah sendirian...alhamdulilah Insyirah diam sahaja dok dalam car seat dan semasa di klinik...sehingga nurse kat klinik di Presint 11 tu geram dgn Insyirah kerana senyum saje pada nurse tu huhu...dan Insyirah juga menegur nurse tu...memang baik sungguh Insyirah ini...insya'allah semoga dia akan menjadi anak yang solehah, bijak dan pandai...

Berat badan Insyirah dah naik pada 4.4 kg dan panjangnya 60cm...Insyirah juga dah memberi tindakan terhadap ujian yang dibuat oleh nurse seperti pendengaran dan mata...alhamdulilah moga Insyirah akan membesar dengan sihat dan dijauhkan segala penyakit-penyakit yang bahaya...walaupun hari ini Insyirah selsema sikit tapi suntikan tetap diteruskan kerana selsemanya tidak teruk dan tiada demam...semasa kena suntik sahaja Insyirah menangis selepas tu masuk dalam keta terus tido...mengantuk sangat :)

Ahad ini majlis cukur jambul Insyirah...aku sedang berbelah bahagi antara nak botakkan atau tidak rambut dia...aku dah biasa tengok Insyirah berambut lebat dan kerinting...aku tak dapat bayangkan jika Insyirah botak huhu...keputusan akan dibuat juga nanti...tunggu sajelah...hope majlis ini akan berjalan dengan lancar insya'allah...
[KPWKM]

10 September 2012

825 : kerisauan...

dah seminggu baby Nur Insyirah meragam, merengek dan menangis sahaja....aku tidak tau apa sebabnya...kalu ikutkan seperti sakit kembung perut je...coz perut dia bunyi dan akan sakit bila aku urut...

penat rasenya apabila dia tidak mahu diletak..asyik nak berdukung saje...tido pun atas bahu...pengorbanan seorang ibu...

tima kasih pada oja kerana memberi cadangan untuk membawa baby ke Klinik Tan Pakar Kanak-Kanak di Taman Sri Sinar....semalam aku gi klinik tu...punya la ramai manusia kat sane...kalu ikutkan memang tak larat nak menunggu tapi disebabkan anak aku gagah gak menunggu...hampir sejam setengah menunggu barula sampai giliran...aku nak anak aku baik..aku tak sanggup lihat anak menangis kesakitan dan tido tak lena...

doktor Tan tu  kata anak aku menghidap sakit kembung perut atau nama saintifiknya infa colic...akan berlaku pada 2 atau 3 orang di setiap 10 orang baby....akan melanda baby pada usia sebulan sehingga 3 bulan setengah....angin dalam badan terjadi kerana baby masih tidak pandai mengimbangkan angin yang berada di dalam badannya...dia perlu pandai balance kan angin sewaktu dalam kandungan dan selepas kelahiran...

sekarang ini kalu ikutkan baby Nur Insyirah berusia 2 bulan setengah adalah awaktu kemuncak penyakit ini melanda...tu yang baby akan asyik meragam tak kira masa...doktor tu bagi ubat titik untuk mengurangkan angin...perlu diberi 2 atau 3 titik sebelum menyusu...tapi angin ini tidak akan hilang begitu sahaja, baby kena pandai mengimbanginya sendiri...huhu...hope cepatlah anak aku pulih dari penyakit ini...

setakat ini dah sehari selepas bawa ke klinik alhamdulilah dah ada perbezaannya...aku harap anak aku tidak akan meragam...yang pastinya gara-gara meragam ini baby Nur Insyirah dah dimasukkan buai...masa pertama kali dimasukkan buai, baby tercangak-cangak je dan hairan dia berada di mana...tapi lama kelamaan dia tido juga akhirnya....sepatutnya aku nak masukkan baby masuk selepas kenduri cukur jambul dan naik buai pada 16 september ini...alih-alih masuk seminggu awal huhu...pas ni kena mencari buai la plak...misi memberi susu formula pun masih belum berjaya tapi baby dah pandai hisap botol alhamdulilah....

pasni aku perlu banyak mengexplore tentang penyakit-penyakit berkaitan baby dan perlu banyak bertanya pada kekawan yang banyak pengalaman...aku perlu lebih bersedia untuk segalanya...

02 September 2012

824 : bersawang...

lamanya aku tak update blog kesayangan aku ini...dengan kekangan tiada talian internet dan ditambah plak dengan kehadiran orang baru dalam hidup aku membuatkan masa nak berblog memang terhad....banyak yang nak diceritakan sebagai kenangan namun ada saje yang menghalang huhu...

tak kurang dari 20 hari aku akan masuk keja kembali.....rase sekejap je aku dah nak abis bercuti...rasa macam tak percaya je aku dah melahirkan baby yang selama ini aku kandung kan...dulu berjalan bawa perut sekarang ini berjalan bawa anak huhu...memang banyak pengalaman yang aku perolehi semenjak bergelar seorang ibu....yelah dulu bersiap utk diri sendiri dan suami saje...sekarang ini apa-apa kena siapkan baby dulu barula ibu dan ayah nya....pastu sekarang kalu nak kuar kena tengok masa dan tempat....tak boleh nak main redah je....takut 'ada' yang mengikut baby plak...

sekarang ini aku tengah mengajar baby Nur Insyirah menghisap botol susu dan susu tepung...yang pasti anak aku ini memang cerdik dan pandai....kalu susu tepung mesti dia akan menjerit tapi kalu susu ibu yang dimasukkan dalam botol confirm minum tak lepas....aku kena cari susu tepung yang serasi dengan Nur Insyirah....kalu tak mau seksa dibuatnya....tapi alhamdulilah baby dah mula nak botol susu...kalu tak memang masak la...

yang pastinya aku kena kuat semangat bila nak mengajar baby hisap botol....mental dan emosi kena kuat...kalu tak memang akan bagi je breasfeed sebab tak sampai hati lihat baby menangis kelaparan huhu...naluri sorang ibu mana nak tengok anak kelaparan...tapi nak buat camne kan kena juga kuatkan tekad dan semangat huhu....moga aku berjaya melatih Nur Insyirah menghisap botol dan susu tepung insya'allah.....

moga aku akan rajin update blog aku ini...walaupun tak la glamer macam orang lain tapi aku perlukan kenangan untuk masa hadapan...