Terima Kasih Sahabat

10 September 2012

825 : kerisauan...

dah seminggu baby Nur Insyirah meragam, merengek dan menangis sahaja....aku tidak tau apa sebabnya...kalu ikutkan seperti sakit kembung perut je...coz perut dia bunyi dan akan sakit bila aku urut...

penat rasenya apabila dia tidak mahu diletak..asyik nak berdukung saje...tido pun atas bahu...pengorbanan seorang ibu...

tima kasih pada oja kerana memberi cadangan untuk membawa baby ke Klinik Tan Pakar Kanak-Kanak di Taman Sri Sinar....semalam aku gi klinik tu...punya la ramai manusia kat sane...kalu ikutkan memang tak larat nak menunggu tapi disebabkan anak aku gagah gak menunggu...hampir sejam setengah menunggu barula sampai giliran...aku nak anak aku baik..aku tak sanggup lihat anak menangis kesakitan dan tido tak lena...

doktor Tan tu  kata anak aku menghidap sakit kembung perut atau nama saintifiknya infa colic...akan berlaku pada 2 atau 3 orang di setiap 10 orang baby....akan melanda baby pada usia sebulan sehingga 3 bulan setengah....angin dalam badan terjadi kerana baby masih tidak pandai mengimbangkan angin yang berada di dalam badannya...dia perlu pandai balance kan angin sewaktu dalam kandungan dan selepas kelahiran...

sekarang ini kalu ikutkan baby Nur Insyirah berusia 2 bulan setengah adalah awaktu kemuncak penyakit ini melanda...tu yang baby akan asyik meragam tak kira masa...doktor tu bagi ubat titik untuk mengurangkan angin...perlu diberi 2 atau 3 titik sebelum menyusu...tapi angin ini tidak akan hilang begitu sahaja, baby kena pandai mengimbanginya sendiri...huhu...hope cepatlah anak aku pulih dari penyakit ini...

setakat ini dah sehari selepas bawa ke klinik alhamdulilah dah ada perbezaannya...aku harap anak aku tidak akan meragam...yang pastinya gara-gara meragam ini baby Nur Insyirah dah dimasukkan buai...masa pertama kali dimasukkan buai, baby tercangak-cangak je dan hairan dia berada di mana...tapi lama kelamaan dia tido juga akhirnya....sepatutnya aku nak masukkan baby masuk selepas kenduri cukur jambul dan naik buai pada 16 september ini...alih-alih masuk seminggu awal huhu...pas ni kena mencari buai la plak...misi memberi susu formula pun masih belum berjaya tapi baby dah pandai hisap botol alhamdulilah....

pasni aku perlu banyak mengexplore tentang penyakit-penyakit berkaitan baby dan perlu banyak bertanya pada kekawan yang banyak pengalaman...aku perlu lebih bersedia untuk segalanya...

3 comments:

pB said...

cuba urut celah celah jari kaki baby dengan minyak .... tekan-tekan , insyaallah angin akan keluar

ka . ka . mim said...

akak, nape bg susu formula? jomlah breastfeed baby, mira dh nk msk 7 bln dh masih breastfeed ni.. jom2 :)

risanur said...

kak pb >> akan ikut nasihat akak...

Myra >> kena ajar akak la camne nk bkkan susu huhu