Terima Kasih Sahabat

13 September 2012

826 : 80 hari...

Hari ini genap 80 hari Nur Insyirah lahir ke dunia ini...rasa tak percaya je...lagi 10 hari aku akan mula bekerja...

Aku akan meninggalkan Insyirah di rumah mak di Segambut coz aku dan suami tak sanggup nak bagi kat pengasuh lagi...lagipun aku masih belum mencari pengasuh di Putrajaya ini...macam susah je nak mencari pengasuh kat sini...

Yang pasti aku akan kerinduan sesangat dengan penawar hati ku ini..ntah2 aku akan berulang dr Putrajaya - KL - Putrajaya utk minggu pertama huhu...

rasa tÀk sanggup nak berenggang dengan Insyirah walaupun sekejap...aku akan rindu nangis dia, senyum dia, suara dia, pandangan mata dia...rasa macam nak sambung cuti tanpa gaji je huhu...kalu la aku mampu nak cuti memang aku akan amik...aku akan jaga dan mendidik Insyirah sampai besar...aku akan menyusu kan dia sehingga 2 tahun...tapi kekangan kewangan aku terpaksa berkorban...pengorbanan seorang ibu...

Hari ini aku bawa Insyirah ke klinik untuk suntikan 2 bulan...rasa cuak juga coz nak kena bawa keta sendiri dan kena uruskan Insyirah sendirian...alhamdulilah Insyirah diam sahaja dok dalam car seat dan semasa di klinik...sehingga nurse kat klinik di Presint 11 tu geram dgn Insyirah kerana senyum saje pada nurse tu huhu...dan Insyirah juga menegur nurse tu...memang baik sungguh Insyirah ini...insya'allah semoga dia akan menjadi anak yang solehah, bijak dan pandai...

Berat badan Insyirah dah naik pada 4.4 kg dan panjangnya 60cm...Insyirah juga dah memberi tindakan terhadap ujian yang dibuat oleh nurse seperti pendengaran dan mata...alhamdulilah moga Insyirah akan membesar dengan sihat dan dijauhkan segala penyakit-penyakit yang bahaya...walaupun hari ini Insyirah selsema sikit tapi suntikan tetap diteruskan kerana selsemanya tidak teruk dan tiada demam...semasa kena suntik sahaja Insyirah menangis selepas tu masuk dalam keta terus tido...mengantuk sangat :)

Ahad ini majlis cukur jambul Insyirah...aku sedang berbelah bahagi antara nak botakkan atau tidak rambut dia...aku dah biasa tengok Insyirah berambut lebat dan kerinting...aku tak dapat bayangkan jika Insyirah botak huhu...keputusan akan dibuat juga nanti...tunggu sajelah...hope majlis ini akan berjalan dengan lancar insya'allah...
[KPWKM]

1 comment:

pB said...

seelok-eloknya dibotakkan
insyaallah, rambut yang baru lebih cantik ...