Terima Kasih Sahabat

21 September 2012

827 : Majlis Berendoi dan Cukur Jambul...

alhamdulilah 16 September 2012 yang lalu, majlis berendoi dan cukur jambul Nur Insyirah dan Nur Husnina (anak buah aku) telah berjalan dengan lancar...walaupun hujan turun dari awal pagi namun majlis yang dirancang berjalan seperti yang dirancang....

 buaian dan bunga telor...

Nur Insyirah dan Nur Husnina...
 

bertemakan warna maroon kami sekeluarga hepi memakai baju yang senada dan seirama....Nur Insyirah dan Nur Husnina pakai plak baju gaun opahnya belikan...kecik-kecik lagi dah pakai gaun...tak padan dengan umur...layan kan jelah coz permintaan dari opahnya nak cucu-cucu perempuanya nampak lawa dan comel huhu...


alhamdulilah juga, semua makanan yang kami sediakan adalah dari kami masak sendiri...antara menunya adalah nasi putih, masak lemak nangka, ayam masak berempah, sambal tumis, ikan goreng, ikan masin, nasi impit, rendang, kuah kacang, pulut kuning, laksa dan agar-agar...kami anak beranak yang bergotong royong memasaknya...memang penat tapi puas hati huhu....

kami sekeluarga bertemakan maroon....

selepas majlis berendoi ini selesai, kami buat plak open house sempena hari raya untuk hari terakhir....ramai juga jemputan yang hadir walaupun ramai yang buat open house sempena hari terakhir syawal...yang kelakarnya tu, depan rumah kami pun ada buat majlis sempena nak gi haji, ramai tetamu yang keliru termasuk kumpulan marhaban...sabar je lah...memang sibuk sungguh jalan depan rumah kami masa tu, tapi nak buat camne kan, harap pengguna jalan raya yang lalu tu semuanya bersabar jelah...