Terima Kasih Sahabat

01 October 2012

830 : 34th....


 alhamdulilah semalam 30 September 2012, sudah 34 tahun aku lahir ke dunia ini.....sedar tak sedar je aku dah 34 tahun...macam tak caya je tapi itu yang pasti...memang tak boleh nak lari mana-mana pun haha....masa akan tetap berjalan dan meninggalkan kita....

yang pastinya tiada sambutan apa-apa pun untuk besday...maybe dah tua...lagi pun dah ada anak ni kot...hanya wish dari husband dan kawan-kawan...tima kasih husband dan kawan-kawan...

semalam teringin nak makan kek secret recipe tapi tak kesampaian....kerana tidak terkejar masa kerana ada hal penting yang perlu dilakukan dan kebetulan Nur Insyirah plak moodnya tak berapa nak baik....asyik merengek je...macam tahu-tahu sahaja yang ibunya nak tinggalkan dia di KL bersama opah nya huhu...rindunya ibu dengan Nur Insyirah....

hanya sempat beli big apple...dan yang pasti aku dapat makan almond donut...sedap tapi yang pasti nak gak makan kek....ada sesapa yang nak belanja ke???

moga aku akan dipanjangkan usia untuk aku mendidik dan membesarkan anak aku Nur Insyirah, dimurahkan rezki dan sentiasa dirahmati oleh Allah....moga aku kuat untuk menempuh segala dugaan dari Allah...insya'allah....

No comments: