Terima Kasih Sahabat

04 October 2012

831 : Putrajaya - KL - Putrajaya...

demi anak tersayang Nur Insyirah, aku dan hubby berulang alik dari Putrajaya - KL - Putrajaya sejak dari hari Isnin lepas....

Nur Insyirah dijaga oleh mak aku di segambut kerana kesukaran mencari pengasuh di Putrajaya ini dan dalam yang sama aku dan hubby kerisauan nak antar ke pengasuh coz kecik lagi huhu....almaklumla hampir 7 tahun menanti cahaya mata, kami nak yang terbaik untuk Nur Insyirah....

sayang anak ibu...Nur Insyirah senyum kegirangan...

lagipun sekarang ini aku masih BF Nur Insyirah...seboleh-bolehnya jika diizinkan Allah aku ingin BF Nur Insyirah sehingga umur 2 tahun....itu adalah impian aku dan hubby....hope Allah merahmati apa yang kami rancang untuk anak kami....kebetulan plak stok SI aku tak berapa nak ada...tu yg aku perlu hantar stok SI pada mak aku untuk kegunaan keesokkannya....hope bertambahla SI aku ini...nak kena wat pumping hujung minggu ini...

lepas solat maghrib aku akan bertolak balik ke KL untuk melihat Nur Insyirah....dan jam 5 pagi keesokkannya akan kembali ke Putrajaya untuk gi bekerja....itu la rutin kami mulai minggu ini...kebetulan plak hubby takde buat OT...tapi jadual next week tak tahu la macamane plak...maybe akan selang seli jika stok SI dah banyak dan kalu hubby balik lambat...akan difikirkan cara-caranya....semoga kami kuat dan bertenaga demi menjaga anak kami yang seorang ini....insya'allah....

yang pastinya bila kat tempat kerja aku akan merindui Nur Insyirah....rasa tak sabar sangat nak balik ke KL untuk berjumpa dan nak gomol dia...aku tak dapat bayangkan kalu tak jumpa dia....setakat paling lama tak jumpa pun dalam masa 17 jam...itu pun aku dah kemaruk dan akan menangis huhu...gambar dan video la pengubat rindu huhu....naluri seorang ibu tidak akan mahu berpisah dengan anaknya walaupun sukar macamana pun....ibu tetap mahu berjumpa dengan anaknya....

1 comment:

ka . ka . mim said...

xpela kak, janji insyirah selamat dgn neneknya