Terima Kasih Sahabat

16 October 2012

832 : lena yang panjang...

sepanjang aku bergelar sorang ibu hampir 4 bulan ini, saat yang paling aku suka lihat baby Nur Insyirah ketika dia senang tidur....masa tu aku lihat Nur Insyirah akan tidur dengan lena dan tenang saje....

kekadang tu aku boleh nampak reaksi di mukanya menangis, jebik, senyum dan macam-macam rupa...ntah apa yang dimimpikan ketika itu....

Nur Insyirah ini sebelah siang akan tidur paling lama pun dalam 1 jam setengah.....dan paling sekejap dalam 30 minit sahaja...semenjak dah pandai tidur berbuai ni lagi la....asyik nak berbuai saje...tapi bila dengan aku, selalunya aku akan tidur kannya di bawah je...malas nak masukkan buai hehe....seboleh-bolehnya tidak mahu ajar dia sangat dalam buai....kang payah plak nak tinggal kat nurseri...sekarang ini boleh la coz dok umah mak aku....

sebelah malam Nur Insyirah akan tidur dengan lena sangat...akan bangun bila nak menyusu...alhamdulilah Nur Insyirah tidak meragam ketika waktu malam...ibunya pun tidur dengan lena sekali....sabar jelah kan...kekadang tu aku dan Nur Insyirah akan lena sesangat sampai Nur Insyirah lambat bangun menyusu...selalunya akan bangun menyusu setiap 2 jam...tapi bila dah penat berjalan waktu siangnya atau waktu hari sejuk Nur Insyirah akan boleh lena sampai 3 jam tanpa menyusu....sabar jelah anak ibu ni...

aku suka amik gambar Nur Insyirah ketika tidur...walaupun tak elok dan ditegur banyak kali oleh mak aku, yang pasti aku ini agak degil...aku nak jadikan kenangan bila Nur Insyirah dah besar nati...

masa umur 2 hari di hospital

masa umur 8 hari di hospital gak...

masa umur 20 hari...

masa berumur 70 hari...dah dok dalam stroller dan gi taman...

masa berumur 77 hari..ketika di rumah opah keramat...

masa umur 80 hari..mengamuk nak tidur dlm buai...tapi takde buai tu yg tidur dlm carseat...


tapi sejak Nur Insyirah dah botak ini, aku takde gambar dia tidor...nak kena amik pict ini...hehe...misi akan dilakukan ketika hujung minggu ini...

Nur Insyirah tidur selena-lenanya apabila kenyang hisap SI...hati aku puas dan gembire bila lihat anak aku tidur dengan lena kekenyangan....yang pasti aku tidak percaya yang Nur Insyirah akan berumur 4 bulan lagi seminggu sahaja lagi..sekejap je rasanya....



No comments: