Terima Kasih Sahabat

18 October 2012

833 : susu ibu yang terbaik...

alhamdulilah sejak baby Nur Insyirah sehingga ke hari ini aku masih menyusukan anak aku dengan susu ibu (SI) walaupun kekadang tu ada gak hisap susu formula...tu pun sebab nak ajar Nur Insyirah apa itu susu formula...takut tiba-tiba SI aku merundum dengan teruk atau aku tak dapat nak sediakan stok SI yang cukup....

tapi sejak dari aku mengandung aku memang nak menyusukan anak aku dengan SI...aku banyak surf internet dan tanya kekawan yang ada pengalaman breastfeed...aku nak Nur Insyirah mendapat haknya sebagai seorang anak....aku mahu anak aku minum SI sehingga dia mahukan...yang pasti aku nak Nur Insyirah minum SI sekurang-kurangnya 6 bulan...

aku sanggup wat berkorban asalkan SI aku banyak untuk aku berikan kepada anak aku....aku nak Nur Insyirah membesar dengan sihat dan mempunyai antibodi yang kuat....aku nak anak aku jauh dari pelbagai penyakit dan yang pasti aku nak Nur Insyirah sentiasa rapat dan mesra dengan aku insya'allah...

aku sanggup makan apa sahaja makanan untuk meningkatkan produksi SI aku....apa sahaja yang aku baca dan dengar akan aku cuba...supplement shaklee, habatus sauda, lobak putih, halba, kurma, susu, badam dan yang akan aku pastikan setiap hari aku akan minum air kosong lebih dari 3 liter....dan berdoa setiap masa kepada Allah agar dipermudahkan untuk menyusukan anak aku seperti yang telah disyariatkan...dan aku perlu buat regular pumping....tapi kekadang tu bila hujung minggu terbabas ke laut gak huhu....

stok SI yang aku dapat...

aku tahu produksi SI aku tak macam orang lain...kekadang aku cemburu bila baca kat forum orang lain sekali pam bole dapat 8-10 oz...tapi aku sekali pam hanya dapat 3-4oz sahaja...itu pun aku dah bersyukur teramat-amat pada Allah kerana memberikan rezki pada anak Nur Insyirah...aku perlu pastikan setiap hari aku perlukan dapatkan stok dalam 18 oz...coz Nur Insyirah minum sekali 3 oz sejak nak masuk 3 bulan lebih ini....

aku tidak punya stok untuk disimpan...apa yang aku perah hari ini akan digunakan untuk esok...that why aku sanggup berulang alik dari KL-Putrajaya-KL setiap hari agar anak aku dapat minum SI setiap hari...aku takut je tiba2 aku perlu pergi kursus ke tempat yang jauh...kalu aku boleh tolak aku akan tolak dalam masa terdekat ini...bukan sengaja tapi ada sebabnya....tapi yang pasti aku nak tengok anak aku setiap hari walaupun aku sampai rumah mak aku dah jauh malam...

set pam yang aku beli...

apa yang pasti setiap hari aku akan masuk forum berkaitan susu ibu...aku akan menambahkan segala ilmu dan pengalaman ibu-ibu yang lain untuk aku gunakan....dari aku tak tahu apa-apa sekarang ini aku dah tahu apa itu power pumping, tandem pumping, tandem nursing dan macam-macam ilmu berkaitan susu ibu ini....aku akan cuba praktikkan apa yang diajar agar produksi SI aku meningkat...

aku memang bersemangat nak beri SI ini pada anak aku setelah aku mendapat semangat dan dorongan yang tidak terhingga dari my hubby...hubby yang sanggup berkorban dan berpenat lelah untuk hantar aku balik ke rumah mak untuk hantar stok SI setiap hari...hubby yang selalu tanya berapa oz setiap kali lepas aku pam...hubby juga yang akan beri aku semangat bila aku stress dan ketika mood aku tiba-tiba moody...aku juga bersemangat apabila mak aku sendiri menggalakkan aku bagi SI pada Nur Insyirah...coz adik-adik aku semuanya minum SI...aku je yang tak dapat minum SI sepenuhnya kerana kembar huhu...takde rezki hanya sempat sebulan saje...thanks to my hubby dan mak...

Ya Allah permudahkan agar aku dapat memberi Nur Insyirah SI seperti yang telah disyariatkan olehNya...aku memohon stok SI aku bertambah dari sehari ke sehari....aku juga berharap agar aku tidak stress walaupun banyak kerja yang harus dihadapi....

alhamdulilah hari ini wat pertama kalinya aku pam pagi tadi, aku dapat 5oz...aku cukup gembire sesangat walaupun bagi orang lain itu adalah biasa je...hope produksi SI aku akan terus meningkat dari sehari ke sehari insya'allah...aku hanya mampu merancang dan Allah menentukan segalanya...

1 comment:

ka . ka . mim said...

insya Allah kak... akak boleh punya... chaiyok!! fighting!