Terima Kasih Sahabat

20 November 2012

837 : aksi meniarap...

alhamdulilah, Nur Insyirah dah pandai meniarap dari umur 3 bulan setengah hari tu...tapi masa nak mula meniarap, Nur Insyirah jarang-jarang nak buat....pemalas kata opahnya huhu...


tapi sejak dah masuk 4 bulan ini, asyik meniarap je...pantang Nur Insyirah jaga confirm dia akan buat keja meniarap ni...dengan pelbagai aksi yang akan dibuatnya....sambil menghisap jari dan masa tu jugala mulutnya akan bising bercakap....kekadang tu sambil meniarap tu sambil tengok tv....mengalahkan orang besar anak ibu ni...


sekarang ini, bila meniarap Nur Insyirah akan reverse ke belakang sambil mengangkat bontot dan lutut...semuanya Nur Insyirah nak buat....tak sabar nak merangkak plak kot....mak aku kata, kalu Nur Insyirah dah pandai ke depan, habis satu rumah dia akan tawaf....bersedia saje la....dan masa tu, tangan dia pun dah pandai mengutip...makin hari makin cerdik anak ibu ni...alhamdulilah....

rasa sekejap je Nur Insyirah dah besar...macam tak percaya tapi itu la kenyataannye....

1 comment:

MR Penyubiru said...

seronok tengok perkembangan anak2 kan. bila dah boleh meniarap,kita tak sabar nak tunggu dia merangkak pula. lepas tu tak sabar nak tunggu berjalan pula. :D