Terima Kasih Sahabat

26 November 2012

838 : Jom Terokai Perak :)

yang pasti ini cerita 3 minggu lepas....baru minggu ini berkesempatan nak bercerita...bukan nak promote pun tapi just untuk kenangan sendiri dan family...

yang pasti kami telah menerokai Teluk Intan...bukannya menjelajah atau terokai satu negeri Perak pun....just gunakan trade mark 'Jom Terokai Perak' sempena Tahun Melawat Perak 2012....

sebenarnya tiada apa-apa tujuan pun ke sana...just nak jalan-jalan tempat membesarnya mak aku di sana....mak aku lahir di Bagan Dato dan membesar di Teluk Intan dan Selekoh....bila berumur 7 tahun telah berhijrah ke Kuala Lumpur sehingga la sekarang....

dan lagi satu tujuan utamanya nak makan sate Teluk Intan....selalunya kalu mak aku balik kenduri ke Teluk Intan atau Bagan Dato akan singgah beli sate Teluk Intan ini...dah lama tak rasa sate ni...hampir 3 tahun rasanya...tu yang kami adik beradik kerinduan...

kami pergi berkonvoi 2 kereta....pergi dan balik ikut jalan lama....sengaja nak travel ikut jalan kampung....masa lalu di jalan-jalan kampung ni, semua pokok durian dan rambutan tengah berbuah ranum...sepanjang jalan antara tanjung malim dan bidor ramai sungguh yang menjual durian...


pa lagi, kami yang ala-ala pelancong dari luar negara, telah singgah di satu kedai jual durian dan makan kat situ juga....memang dah macam pelancong je...huhu..takkan nak bawa gi bandar Teluk Intan...mau berbau satu keta dan pengsan plak kerana gara-gara gas durian....yang pasti puas la kami makan....


bila dah abis makan durian, tujuan utama ke bandar Teluk Intan diteruskan....kami sampai di bandar Teluk Intan pukul 2.15 petang....kami check in hotel budget yang telah ditempah iaitu Anson Hotel berhampiran dengan The Store....yang pasti hotel ini full house...maybe ramai yangbalik bercuti kenduri ke Teluk Intan...


solat dan rehat sebentar, pastu kami ramai-ramai telah pergi makan tengahari di medan selera berhampiran dengan Menara Condong Teluk Intan....yang pasti makan kat situ agak kurang memuaskan hati...kata medan selera, kita sebagai pelanggan bole je order dari mana kedai yang kita suka kalu di KL...tapi di Teluk Intan kalu dok kat deret kedai tu kena order kat kedai tu, kecuali makanan yang kita nak tu abis, baru la owner kedai tu order kat kedai orang lain...macam-macam hal orang berniaga ni...ada jugak rules macam tu huhu...macam-macam...


pastu kami berjalan ke pasar minggu yang baru nak buka....aku memborong kuih kat pasar minggu tu....masih muarah iaitu 3 ketul RM 1 lagi...kami makan di muara sungai perak dengan hujan renyai-renyai...bila dah hujan ni aktiviti nak berjalan pun agak sukar....kalu ikutkan hati nak balik ke hotel, nasib baik la hujan dah berhenti...bukan pa bukan senang bawa baby Nur Insyirah ini...takut terkena hujan je....



kami telah pergi ke Menara Condong untuk menerokai apa yang ada di sana...ikut sejarah menara ini dah diwujudkan hampir 100 tahun yang lalu...dulu ianya bangunan tertinggi di bandar Teluk Intan dan telah menempatkan tangki air untuk digunakan oleh bomba jika ada kebakaran yang berlaku...namun apabila ada eksiden yang berlaku, tangki air tu telah mencodongkan menara tersebut kerana bebanan berat yang terlebih sudah...sekarang menara tu telah menjadi menara jam sahaja...tak salah aku setiap 15 minit mesti akan berbunyi jam kat situ....


yang pasti kami kecewa kerana tujuan kami untuk makan sate tidak kesampaian...takde rezki kami semua...kedai sate tu tutup sebab menerima tempahan yang banyak....nak wat camne kan, kami makan juga sate Teluk Intan di medan selera menara condong tu tapi kesedapannye tak sama....yang pasti malam minggu di Teluk Intan tu meriah sebab ada pasar malam....malam tu kami tiur dengan nyenyak sekali coz kepenatan berjalan seharian...sian kat baby Nur Insyirah kepenatan dan keletihan ke hulu ke hilir sehinggakan tertido ketika kami tengah makan sate...sian anak ibu.....


kalu ikut perancangan adik-adik dan mak aku akan meneruskan perjalanan ke Lumut pada keesokkan hari ye tapi tidak jadi...kerana cuaca yang hujan mereka telah membatalkan nye dan pulang ke Kuala Lumpur bersama kami....


kami pulang ke KL pun ikut jalan lama...kali ini ikut jalan Sungai Besar-Sekinchan-Tanjong Karang-Kuala Selangor-KL...ingatkan nak berhenti shopping kat pekan Sungai Besar tapi terlepas sudah...malas nak patah balik, kami terus je mencari kedai makan untuk makan tengahari....


siap singgah bergambar di sawah padi di Tanjong Karang lagi...nampak sangatla kami ini pelancong...kesian kat adik bongsu aku coz baru 1st time tengok pokok padi depan padi...huhu...nak wat camne kan anak orang bandar...haha....selama ini dok asyik tengok dalam tv dan gambar je kan...


kami singgah makan di Tanjong Karang....tapi masa tu dah pukul 2.30 petang, makanan tengahari pun dah banyak abis...makan saje apa yang ada...perut dah lapar kan....sepanjang jalan tu memang banyak kedai makan, tapi kebanyakkan ye kedai makan seafood yang akan dibuka jam 6 petang ke atas....sabar jela kan....aku mencari Mee Udang Banjir tapi jumpa setelah dah makan di Tanjong Karang...memang sakit ati la tapi nak wat camne takde rezki huhu....

aku sampai di Putrajaya jam 6.20 petang dan mak aku sampai di Kuala Lumpur jam 5.30 petang....kami berpisah di lebuhraya LATAR...itu la percutian yang tak bape dirancang selama 2 hari semalam...alhamdulilah Nur Insyirah tak meragam sangat sepanjang jalan...huhu....nati boleh la planning gi bercuti lagi....insya'allah...

No comments: