Terima Kasih Sahabat

31 December 2012

845 : 2012....2012...2012

tahun 2012 adalah tahun yang amat bermakna bagi aku dan hubby....
tahun 2012 mengubah segalanya kehidupan aku sebagai seorang isteri....
tahun 2012 akan aku kenang sehingga bila-bila...
tahun 2012 adalah tahun kelahiran seorang khalifah Allah di muka bumi ini....
tahun 2012 memberikan aku tanggungajawab yang baru iaitu seorang ibu....

yang nyata pelbagai kenangan manis dan pahit yang aku rasakan untuk tahun 2012 ini....di awal tahun 2012, aku belajar, memikul dan merasai pengalaman sebagai wanita yang mengandung....pengalaman yang tidak pernah aku rasa selama ini...pengalaman membawa kandungan ku selama hampir 9 bulan 10 hari....pelbagai dugaan, pahit dan manis yang aku rasakan sepanjang aku mengandung....

diduga batuk dan selsema sepanjang mengandung....perlu menghadiri temujanji dengan 3 pakar doktor...doktor endokrin, doktor E&T dan doktor pakar sakit puan.....namun semua dugaan itu aku menerima nya dengan tabah...aku berterima kasih pada Allah kerana dikurniakan seorang suami yang memahami diri aku...sanggup menjaga aku siang dan malam sepanjang aku mengandung....sanggup mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga dan menghantar aku ke klinik, hospital dan tempat kerja....

bulan April 2012, aku dan hubby mendapat rezki untuk berpindah ke kuarters kerajaan di Putrajaya....mungkin rezeki baby dalam perut...lagi pun tak sanggup nak berulang alik dari KL Putrajaya setiap hari menaiki bas....ketika itu, kandungan masih kecik, namun doktor dah bagi warning kerana menghadapi risiko yang tinggi untuk kehilangan baby....itu la yang tidak sanggup didengar....rezki dari Allah, aku dapat kuarters di Putrajaya...jadi la kami warga Putrajaya....


bulan Jun 2012, bulan yang dinantikan dengan penuh debaran....bulan yang ditunggu oleh kami suami isteri setelah sekian lama mendirikan rumah tangga....tanggal 24 Jun 2012 lahir seorang puteri kesayangan kami....setelah dok 'menginap' kat wad selama 4 hari, baru la aku bersalin secara ceaser....

namun Allah menduga aku sekali lagi, aku perlu masuk ke wad kembali setelah bersalin 7 hari kerana luka tempat ceaser dijangkiti virus....hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu...kena tinggalkan baby di rumah, sakit yang teramat di tempat ceaser dan macam-macam perasaan takut yang perlu dihadapi...memang stress sungguh ketika itu....namun aku dapat menghadapinya dengan tabah dan sabar....tima kasih aku ucapkan kepada mak dan my hubby yang banyak bersusah payah menjaga aku di dalam pantang....

tahun 2012, memberikan aku status dan tanggungjawab yang baru...status sebagai seorang ibu dan tanggungjawab yang amat berat yang harus aku pikul....aku dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mendidik dan membesarkan anak ku Nur Insyirah untuk menjadi insan yang solehah, taat dan beriman kepadaNya....

6 bulan pertama aku merasai pengalaman sebagai wanita yang mengandung....dan 6 bulan yang terakhir, aku merasai tanggungjawab sebagai seorang ibu....kedua-dua pengalaman yang tidak akan ku lupa sepanjang hidupku....

tahun 2012 adalah tahun yang memberi makna dan pengalaman yang manis, pahit, masam dan pelbagai lagi....terima kasih Ya Allah kerana aku dikurnia seorang anak yang comel dan seorang suami yang penyayang....aku teramat sayang kedua-dua insan yang amat penting dalam hidupku ini....hanya padaMu aku memohon agar hubungan kami akan kekal untuk selamanya...semoga aku dapat memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang mithali dan ibu yang solehah....insya'allah....





27 December 2012

844 : makanan pertama...

 get ready untuk makan....

alhamdulilah 24 Disember 2012 yang lalu, genap Nur Insyirah 6 bulan...macam tak percaya je dah setengah tahun Nur Insyirah lahir ke bumi Allah ini....aku juga macam tak percaya dah 6 bulan aku bergelar seorang ibu....dan masih tak percaya lagi sehingga kini....

alhamdulilah juga sehingga kini aku masih menyusukan Nur Insyirah dengan SI...insya'allah akan aku teruskan sehingga titisan yang terakhir....


disebabkan Nur Insyirah ini 'kecik' sangat, nurse kat klinik suruh bagi makan bila dah genap 6 bulan...kalu nak bagi makan pun kena bagi bubur nasi yang dimasak sendiri....jangan diberikan cerelac dalam masa terdekat ini, takut berat badan Nur Insyirah makin kecik lagi.....kesian anak ibu kan....kecik je...setiap bulan naik 500 gram je...last timbang hari tu, berat baru je 5.6 kg....tapi yang pasti Nur Insyirah sihat, aktif dan ceria sangat...kecik-kecik berisi orang kata....

makanan pertama Nur Insyirah...

hari Isnin lepas, aku bersungguh masakkan bubur nasi yang diletakkan lobak merah....aku nak sangat lihat macamne rupa Nur Insyirah makan dengan hidangan pertama dia....rasa teruja sangat aku dan hubby nak tengok....

suapan pertama untuk Nur Insyirah....

coz selama ini, bila Nur Insyirah tengok orang makan, mulut tu terkumat kamit je nak rasa makanan tu...kekadang tu, kalu pegang dia sibuk nak amik apa yang kita masuk dalam mulut kita....Nur Insyirah macam geram je bila tengok orang makan...macam-macam anak ibu ini....

yang pasti Nur Insyirah hanya makan tak sampai 1 sudu besar pun....hanya makan sikit je....baru makan 3 suap, Nur Insyirah dah pandai menyembur...sabar jelah anak ibu ini....ingatkan nak makan beria-ia....tapi hampes....

Insya'allah ibu akan pelbagaikan makanan Nur Insyirah....ibu akan cari resipi yang sedap-sedap untuk anak ibu....ibu akan masak dan akan beri Nur Insyirah makan....tapi yang pasti ibu akan tetap berikan SI pada Nur Insyirah....ibu nak Nur Insyirah membesar dengan sihat, aktif dan ceria dengan minum SI....

19 December 2012

843 : Tomyam Khung...


 12.12.12 yang lepas aku dan my hubby gi makan di Restoran Tomyam Khung di Presint 15 Putrajaya...ini adalah kali ke 2 aku gi makan di sini...sebelum ini makan dengan kawan-kawan opis pada waktu tengahari....waktu lunch hour dan ditambah dengan waktu bekerja memang penuh sungguh tempat ini....

masa aku makan dengan hubby hari tu waktu malam, nampak lenggang sikit la restoran ini...memang boleh makan dengan selesa sambil menghirup udara yang nyaman huhu...


aku order tomyam khung, sayur baby kailan ikan masin, paprik ayam, set sambal belacan dan nasi putih....bagi aku memang sedap la tomyam ini walaupun agak mahal...tapi berbaloi...rasa masam, pedas dan kepekatan tomyam nye tu....sampai sekarang terasa kuah nya di tekak...huhu...rasa cam nak gi makan lagi je kat sini....

makanannya yang lain pun menarik gak...cuma paprik ayam dia terlebih minyak sikit...tu yang agak kureng sikit....sayur baby kailan dia pun sedap....aku tengok hubby makan laju je huhu...

lain kali boleh la gi makan lagi....yang pasti akan order tomyam khung lagi....

18 December 2012

842 : durian oh durian...

hujung minggu yang lalu aku dan my hubby memang betul-betul kepingin makan durian...almaklum la musim durian skrg ni...memang merata-rata bole beli durian tapi bila dah dok kat Putrajaya ni berpusing juga la nak membeli durian....

selalu balik ke KL tak penah rasa nak makan durian....ntah tak tahu kenapa masa hari Jumaat lepas aku nak sangat makan durian...bukan nak makan banyak pun, dapat rasa 3 ulas pun dah cukup...

aku ajak my hubby gi tengok durian kat pasar tani Putrajaya....kitorang nak cari durian longgok je coz durian dah banyakkan....takmo la beli durian musang king atau D24...just nak makan durian longgok dan murah-murah je memandangkan ekonomi kurang memberansangkan huhu...durian longgok ni lagi sedap dari durian musang king....hari tu rasa durian musang king takdelah sedap mana pun...harga je yang melambung sebiji hampir RM25 hubby beli....rasa cam tak berbaloi je....

yang pasti kecewa sangat gi pasar tani putrajaya coz yang ada hanya durian timbang huhu....kecewa sungguh....

keesokkan harinya aku ajak my hubby gi pasar malam bandar baru bangi kat seksyen 16....aku baca kat blog pasar malam ni yang paling panjang dan paling ramai yang meniaga....mesti menarik dan best....

pukul 5.15 petang bertolak dari rumah dan gi mencari pasar malam bandar baru bangi seksyen 16 tu...berpusing gak la huhu...sampai pakai google maps la...nampok sangat jarang terjah bangi walaupun bangi dan putrajaya berjiran huhu....


memang puas hati la dapat terjah pasar malam ini...semuanya ada...kat sini masih ada lagi yang berniaga jual sayur dan buah-buahan jenis longgok-longgok dalam pinggan....kalu kat putrajaya semuanya timbang....sampai beli sayur 2 jenis pun boleh cecah RM5...


memang sonok sangat aku gi pasar malam bandar baru bangi ini...pelbagai sayur, buah-buahan dan ikan yang aku beli....termasuk la buah durian....aku dapat beli3 longgok dengan harga RM20....isi duriannya memang marveles la...kalah durian D24 huhu...memang puas la makan sampai boleh bawa balik KL bagi kat mak dan mak mertua....dan ada juga aku masak serawa durian....

bak kata my hubby cukup la makan durian untuk tahun ini....padahal nak ke tahun depan ada je 15 hari lagi huhu....kire macam lama je kan...padahal tak lama dah nak masuk 2013....sekejap je rasa dah berlalu tahun 2012....

lain kali nak gi lagi pasar malam bandar baru bangi....macam-macam makanan ada....

12 December 2012

841 : Nur Insyirah...

dah lama tak update cerita pasal anak ibu Nur Insyirah sayang....


yang pasti Nur Insyirah dah pandai meniarap, maju ke hadapan dengan cepat, sibuk menjilat lantai kalu dah kuar dari totonya, mulut yang riuh nak bercakap dan sekarang ini semasa meniarap sibuk mengangkat kedua-dua tangannya untuk merangkak plak....

alhamdulilah Nur Insyirah mengikut perkembangan baby...baru 5 bulan setengah tapi semua keja nak dilakukan....kesian kat opahnya kena buli kalau Nur Insyirah buat hal....tido paling lama pun 30 hingga 45 minit sahaja....sibuk mencari akal ketika tido...bak kata orang tua, masa tido mata tak tutup rapat sedang mencari akal...huhu...sabar jelah anak ibu ni...entah apa yang nak di explore pun tak tahu....

semoga anak ibu dan ayah akan menjadi anak yang sihat, cergas dan cerdik insya'allah...

840 : tanggal 12 12 12 ....

12 12 12 atau 12 Disember 2012....tarikh yang menarik dan cantik....maybe ramai yang akan buat kenangan dengan tarikh ini....

bagi aku takde yang spesel cuma aku suka tengok tarikh genap tu...dan ini adalah tarikh yang terakhir yang cantik....pas ni dah takde bulan ke 13...that means takdelah tarikh 13 13 13 huhu....

tahun lepas ramai yang kejar tarikh 11 11 11....tahun ni maybe ramai gak yang akan mengejar tarikh 12 12 12 untuk tarikh kawin ke, tunang ke atau hari untuk dijadikan kenangan....

05 December 2012

839 : rindu...

rindu nak menulis...rindu nak mengomel...rindu nak mengarang...namun kerana kesibukan yang melampau teramat membuatkan masa aku terhad...nak menulis selepas waktu pejabat memang tak dapat la...ye la nak berkejar ke KL plak nak jumpa anak tersayang.... 

nak wat camne bersawang la sementara blog ini...tapi setiap hari aku buka untuk menghilangkan rasa rindu huhu...tahun ini adalah tahun yang paling sikit aku menulis....dengan mengandung, bersalin dan macam-macam hal lagi membuatkan batasan masa untuk menulis....

yang pasti aku akan tetap menulis walaupun cerita yang aku akan tulis dah basi....aku ingin jadikan segalanya kenangan manis atau pahit dalam kehidupan ini agar aku tidak lupa segala memori tersebut....