Terima Kasih Sahabat

31 December 2012

845 : 2012....2012...2012

tahun 2012 adalah tahun yang amat bermakna bagi aku dan hubby....
tahun 2012 mengubah segalanya kehidupan aku sebagai seorang isteri....
tahun 2012 akan aku kenang sehingga bila-bila...
tahun 2012 adalah tahun kelahiran seorang khalifah Allah di muka bumi ini....
tahun 2012 memberikan aku tanggungajawab yang baru iaitu seorang ibu....

yang nyata pelbagai kenangan manis dan pahit yang aku rasakan untuk tahun 2012 ini....di awal tahun 2012, aku belajar, memikul dan merasai pengalaman sebagai wanita yang mengandung....pengalaman yang tidak pernah aku rasa selama ini...pengalaman membawa kandungan ku selama hampir 9 bulan 10 hari....pelbagai dugaan, pahit dan manis yang aku rasakan sepanjang aku mengandung....

diduga batuk dan selsema sepanjang mengandung....perlu menghadiri temujanji dengan 3 pakar doktor...doktor endokrin, doktor E&T dan doktor pakar sakit puan.....namun semua dugaan itu aku menerima nya dengan tabah...aku berterima kasih pada Allah kerana dikurniakan seorang suami yang memahami diri aku...sanggup menjaga aku siang dan malam sepanjang aku mengandung....sanggup mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga dan menghantar aku ke klinik, hospital dan tempat kerja....

bulan April 2012, aku dan hubby mendapat rezki untuk berpindah ke kuarters kerajaan di Putrajaya....mungkin rezeki baby dalam perut...lagi pun tak sanggup nak berulang alik dari KL Putrajaya setiap hari menaiki bas....ketika itu, kandungan masih kecik, namun doktor dah bagi warning kerana menghadapi risiko yang tinggi untuk kehilangan baby....itu la yang tidak sanggup didengar....rezki dari Allah, aku dapat kuarters di Putrajaya...jadi la kami warga Putrajaya....


bulan Jun 2012, bulan yang dinantikan dengan penuh debaran....bulan yang ditunggu oleh kami suami isteri setelah sekian lama mendirikan rumah tangga....tanggal 24 Jun 2012 lahir seorang puteri kesayangan kami....setelah dok 'menginap' kat wad selama 4 hari, baru la aku bersalin secara ceaser....

namun Allah menduga aku sekali lagi, aku perlu masuk ke wad kembali setelah bersalin 7 hari kerana luka tempat ceaser dijangkiti virus....hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu...kena tinggalkan baby di rumah, sakit yang teramat di tempat ceaser dan macam-macam perasaan takut yang perlu dihadapi...memang stress sungguh ketika itu....namun aku dapat menghadapinya dengan tabah dan sabar....tima kasih aku ucapkan kepada mak dan my hubby yang banyak bersusah payah menjaga aku di dalam pantang....

tahun 2012, memberikan aku status dan tanggungjawab yang baru...status sebagai seorang ibu dan tanggungjawab yang amat berat yang harus aku pikul....aku dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mendidik dan membesarkan anak ku Nur Insyirah untuk menjadi insan yang solehah, taat dan beriman kepadaNya....

6 bulan pertama aku merasai pengalaman sebagai wanita yang mengandung....dan 6 bulan yang terakhir, aku merasai tanggungjawab sebagai seorang ibu....kedua-dua pengalaman yang tidak akan ku lupa sepanjang hidupku....

tahun 2012 adalah tahun yang memberi makna dan pengalaman yang manis, pahit, masam dan pelbagai lagi....terima kasih Ya Allah kerana aku dikurnia seorang anak yang comel dan seorang suami yang penyayang....aku teramat sayang kedua-dua insan yang amat penting dalam hidupku ini....hanya padaMu aku memohon agar hubungan kami akan kekal untuk selamanya...semoga aku dapat memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang mithali dan ibu yang solehah....insya'allah....





No comments: