Terima Kasih Sahabat

31 January 2013

851 : Cuti-Cuti Malaysia....

alhamdulilah percutian keluarga yang dirancang sejak bulan Disember yang lepas, berjaya juga dilaksanakan....kami sekeluarga bercuti ke Melaka pada cuti minggu yang lalu...sempena cuti panjang Thaipusam...3 hari 2 malam....

kami sekeluarga menginap di Homestay Mahadi di Taman Kesidang....harganya berpatutan..untuk satu malam RM 180...ada 3 bilik dan sebiji macam rumah kita sendiri....ada kelengkapan memasak, mesin basuh, peti ais, yang pasti kami sekeluarga memang selesa la...kami seramai 11 orang iaitu 7 orang dewasa dan 5 kanak-kanak....Taman Kesidang terletak di daerah Tengkera dan tak jauh dari Bandar Melaka...tapi disebabkan sesat amik masa juga kami ke sana.....huhu...

kami bertolak dari KL jam 10 pagi dengan 2 kereta...memang padat la kereta...kalu ikutkan nak pergi 3 kereta tapi disebabkan abang ipar ada keja, maknanya kena la berhimpit dalam 2 kereta....

Nur Insyirah yang teruja dok dalam stroller...

dari KL jalan bergerak biasa saje...tapi jalan menuju dari Nilai ke RNR Seremban memang jem sesangat...dengan cuaca panas yang amat terik, memang mencabar keimanan dan kesabaran....kesesakan itu berpunca kerana kemalangan yang berlaku di lorong kecemasan dan ada juga kereta rosak...

kami keluar dari tol Ayer Keroh jam 12.45 tengahari....kami telah mendapat arahan tunjuk ajar jalan daripada tuan home stay melalui....memang tepat sekali arahan yang diberikan...setiap kali simpang dan selekoh diberitahu....kesesakan yang amat teruk sangat nak menuju ke homestay...kami terperangkap dalam jem hampir 1 jam...kalu ikutkan boleh je sampai dalam masa 20 minit....memang dugaan sungguh...nasib baik la Nur Insyirah tak meragam dalam kereta.... 

kami sampai di depan pintu rumah homestay jam 1.45 petang....yang pasti cuaca di Melaka adalah sangat panas terik....panas yang amat menyengat kulit...rasa tak sabar je nak masuk rumah huhu...nak pasang air cond full blast huhu....tapi kunci mangga pagar ada problem....tersalah kunci...kena tunggu tuan homestay 15 minit untuk hantar kunci yang betul...dengan perut yang lapar dan panas, rasa letih sangat....

yang pastinya masuk je rumah, teruk serbu makanan yang mak dan kakak aku dah siap masak dari KL....memang bagus mak aku ini...dah tau akan kebulur bila sampai di Melaka hehe...lepas makan, kami lepak-lepak sebab keletihan...lepas asar dalam jam 5.30 petang kami keluar ke Banda Hilir....


yang pastinya kami sesat nak kena banda hilir...haha...walaupun ikut sign board pun boleh sesat kan...nampak sangat dah lama tak ke Melaka....seingat aku last ke Melaka 5 tahun lepas kerana ada kursus di sini...tu pun driver opis yang hantar....memang totally dah berubah bandar Melaka ini....parking di belakang Mahkota Parade....kami berjalan menuju ke A'Famosa....

 lepak-lepak di depan kota A'Famosa...

kami dok lepak-lepak di A'Famosa....yang pastinya di A'Famosa ini ada kenangan antara aku dan hubby....masa zaman bercinta 14 tahun yang lalu kami pernah ke Melaka dan mengambil gambar di depan kota A'Famosa ini...rasa tak percaya je setelah 14 tahun kami datang kembali dengan dah bertiga....tak sangka hubungan kami kekal selama ini....alhamdulilah....adik-adik aku gi naik bukit St. Paul....aku je tak larat nak naik bawa Nur Insyirah menaiki tangga tu....aku, mak dan kakak dok lepak kat bawah je....


kalu ikut plan kami nak naik river cruise malam hari pertama tapi disebabkan mak tak berapa nak sihat, kami just pergi survey sahaja tempat tu....lagipun kami semuanya dah kepenatan....jalan-jalan di pasar malam di belakang Mahkota Parade tu, kami bergerak pulang....masa nak balik ke Taman Kesidang kami sesat sekali lagi...hampir 1 jam sesat haha....kalu ikutkan boleh je sampai dalam masa 15 minit....nak wat camne kan kena je la redha....


hari kedua di Melaka, kami keluar dari homestay jam 10 pagi menuju ke Zoo Melaka selepas bersarapan pagi....sampai di Zoo Melaka jam 11.00 pagi....kami dapat diskaun daripada tuan homestay...untuk dewasa dapat 20% dan kanak-kanak 50%....


 anak-anak buah aku la yang paling excited masuk ke Zoo Melaka ini...ye la bebudak tengok binatang memang seronok la...yang pastinya kami berjalan hampir 2km kot mengelilingi Zoo Melaka....hampir 2 jam kami di dalam Zoo Melaka ini....semua binatang kami tengok gajah, harimau, singa, ular, kuda, monyet, orang utan, buaya dan banyak lagi la....

semuanya mendongak ke atas utk melihat aksi monyet di atas pokok...suka tengok pict ni hehe...

kami keluar dari Zoo Melaka jam 1.00 petang dan mencari tempat makan tengahari....kami makan di Medan Selera yang berhampiran di sini....disebabkan Melaka popular dengan masakan asam pedas, kami pun mengorder asam pedas namun memang menghampakan...sedap lagi mak aku masak asam pedas....rasa macam apa je asam pedas tu...memang tak puas hati langsung...tapi disebabkan dah lapar makan saje la....

kami pulang ke homestay untuk berehat kerana kepenatan...lagipun kepanasan yang melampau sangat membuatkan badan cepat rasa letih....kami berehat di homestay dan keluar kembali jam 6 petang....kami pergi ke banda hilir untuk naik Menara Taming Sari....yang naik hanya adik-adik dan anak-anak buah aku saje...kami hanya menunggu di bawah saja....



selepas itu, kami pergi beratur untuk naik river cruise...hanya Allah saja yang tahu betapa ramainya manusia nak naik river cruise...nasib baikla masa adik aku gi beratur beli tiket, kami plak gi beratur untuk naik river cruise....kalu tak memang lagi berjanggut la...masa beratur tu pun hampir 1 jam lebih kami menunggu...punye ramai la manusia yang teruja nak naik river cruise ini...memang tarikan utama la....

memang puas hati la dapat naik river cruise ini...dapat plak orang yang membawa river cruise ini memberi info yang bagus dan bersikap peramah memang terbaik la..rasa berbaloi la setelah penat beratur lama....hampir 40 minit di dalam river cruise, kami bertolak nak makan seafood di Muara Sg. Duyung....masa nak ke sana pun dah hampir jam 9.30 malam...dalam hati ada ke tak lagi seafood yang nak dimakan huhu...nak ke Umbai tapi takut sesat je....

kami sampai di Muara Sg Duyung jam 10.15 malam....punyela banyak kereta dan manusia....yang pasti plat kereta majoritinya dari KL dan Selangor....nasib baik la ada meja yang bole kami duduk...tapi beratur untuk memilih seafood hampir 40 minit....

makanan seafood yang tinggal hanya udang, sotong dan ikan siakap sahaja....dah memang takde rezki kami nak makan kerang, ikan pari, lala, dan ketam huhu....lagipun masa tu dah jam 11.30 malam...perut pun dah berkeroncong...makan saje la apa yang ada.....lain kali kalu nak gi makan seafood kena pergi awal-awal....baru la dapat makan seafood yang diidamkan....belajar dari pengalaman....sampai homestay hampir 1 pagi...semuanya kepenatan dan kami tidur dengan lena....

hari ketiga, kami keluar dari homestay jam 10 pagi dan ke banda hilir untuk gi shopping...beli sourvenir, tshirt Melaka, dan macam-macam makanan dari Melaka untuk dibawa pulang ke KL...

sebelum pulang ke KL, kami gi Taman Chen di daerah Alor Gajah untuk bertemu dengan jiran lama kami iaitu Acik Ju...kami dijamu asam pedas Melaka yang marveles...akhirnya dapat gak makan asam pedas Melaka huhu....memang rezki kami alhamdulilah....

kami pulang ke KL jam 230 petang dan sampai di KL jam 5.00 petang....satu percutian yang menarik dan memberi pelbagai pengalaman manis bagi kami sekeluarga....



21 January 2013

850 : telatah Nur Insyirah...

dah lama sangat tak update blog ini...tiada ceta yang menarik dan kebetulan plak takde idea...idea dah sesejuk beku ais....aku pun tak tahu ke mana perginya mood untuk menulis...makin lama makin kurang bukannya makin bertambah....


bila ada semangat nak update blog masa tu la masa penuh dengan keja...tapi bila masa tengah senggang, idea plak takde..itu la realiti kehidupan yang harus aku aki sekarang...


sekarang ini aku nak cetakan coretan tentang anak kesayangan aku iaitu Nur Insyirah....dah nak masuk 7 bulan pada 24 Jan ini....rasa sekejap je...semua keja Nur Insyirah nak buat...nak merangkak, nak duduk dan nak berdiri....kalu nampak orang berdiri memang confirm orang tu akan dipanjatnya....selalu yang menjadi mangsanya adalah opah dan aku la...pantang nampak baring je confirm Nur Insyirah akan akan datang 'menyerang'...


sekarang ini Nur Insyirah dah makin cerdik....takmo duduk dalam stroller, takmo duduk dalam car sear dan takmo duduk dalam baby carrier....nak berdukung je....pastu pandai memilih orang plak tu....ayah dia takmo nak ibu sahaja....memang sah-sahla aku tak larat nak mendukung sepanjang masa...dengan berat yang makin hantap...huhu....

Nur Insyirah dah pandai makan dan kekadang tu pandai demand makanan....Nur Insyirah paling suka makan buah kurma....kalu bubur nasi letak buah kurma memang akan makan abis la...kalu letak benda lain tu, 'bercinta' sikit la nak makan ye...amik masa....

Nur Insyirah yang makin cerdik, makin aktif dan suka senyum ini, kekadang akan menjerit atau menangis bila kemahuannya tidak dituruti....Nur Insyirah akan marah bila dia dah pergi ke sesuatu tempat tu, kita tarik, for sure menjerit la dia...huhu...

pastu Nur Insyirah dah pandai mengeleng kepala jika dia takmo sesuatu...terutama bila minta sayang dengan dia...confirm dia akan mengeleng kepala bila mak cu dia minta sayang walaupun tengah mamai tidur...makin lama makin pandai...kena banyak bersabar la...

sekarang kalu aku tinggal berdua di rumah dengan Nur Insyirah  confirm rumah tu tak sunyi dah....ada sahaja yang akan dibebelkan oleh mulut mungil Nur Insyirah...dia akan bersuara dan bercakap bahasa "jerman" dia...terhibur rasa hati aku....kalu tiba-tiba Nur Insyirah senyap je mesti ada benda yang menarik perhatian dia...mesti ada something yang masuk dalam mulut dia....apa sahaja Nur Insyirah akan masuk dalam mulut dia...memang kena banyak bersabar la...

moga Nur Insyirah akan menjadi anak yang sihat, bijak, pandai dan anak yang solehah insya'allah....

08 January 2013

849 : Satay Wiliy...

ahad lepas, aku dan hubby gi Kajang semata-mata untuk mencari Satay Wiliy...rasanya majoriti orang dah kenal atau penah dengar nama Satay Wiliy ini coz dah masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) baru-baru ini...


disebabkan jarak Kajang dan Putrajaya ini tak bape nak jauh, apa lagi aku pun mengajak hubby gi mencari tempat bertapaknya Satay Wiliy ini...lagipun tengok cara makan si Iqram Dinzliy hari tu memang 'mencuit' perasaan sungguh....tu yang nak jugak gi cari....

memang mudah je nak cari tempat Satay Wiliy ini....tempat ini terletak di Ramal Junction Food Court....kalu dari SKVE, exit keluar di Sg Ramal Luar...nampak 7 Eleven kat exit tu terus je belok kiri, tak jauh dari situ dalam 300 meter dah nampak Ramal Junction Food Court ini...memang boleh je nampak dari SKVE...dan yang pasti kalu dah masuk exit tu confirm akan terbau aroma sate hehe....

aku sampai kat situ dalam pukul 4.45 petang....mak ai, tak sangka dah beratur orang yang nak membelinya....disebabkan Nur Insyirah tido, aku minta hubby gi je beli bungkus....punye lama menunggu dalam keta, Nur Insyirah pun bangun...apa lagi aku pun kuar dari keta coz nak tengok tempat food court tu....rupanya ketika itu, hubby memang nak call aku coz nak makan sate je kat situ....hubby kata kalu beli bungkus akan amik masa hampir 1 jam untuk menunggu...kalu makan akan cepat sikit la...tapi cepat2 pun hampir 40 minit juga la yang menunggu....


memang sate wiliy ini agak special sikit bagi aku dari sate-sate yang lain...coz isi daging nya agak tebal dari sate lain....pastu untuk sate ayam ye plak takde lemak yang dicampur seperti sate-sate lain...tapi yang agak kureng bagi aku adalah kuah kacang ye...sedap lagi kuah kacang yang mak aku masak hahaha...tu yang pasti la...air tangan mak la katakan....



aku order sate ayam, daging dan kambing beserta ketupat...harga untuk sate ayam, daging dan perut RM0.70 sen secucuk....untuk sate kambing RM 1 secucuk....untuk ketupat plak seketul RM 0.60 sen...


bukan sate saje yang ada kat food court...macam-macam jenis makanan pun ada...ada burger bakar abang burn...pun beratur juga orang membelinya...ada mee udang kuala sepetang, nasi ayam sempoi, ikan bakar dan macam-macam lagi....walaupun ketika itu baru jam 5.30 petang, aku tengok meja-meja memang dipenuhi dengan orang...kebetulan cuaca ketika itu cerah dan terang benderang....kalu ujan aku tak pasti la camne...coz tempat makannya majoriti terbuka...yang bawah bumbung tak banyak meja....

yang pasti, pasni nak bawa mak dan adik-adik makan kat sini...coz diorang pun teruja nak rasa makan sate wiliy ini...tapi kena gi awal la nampaknya....

03 January 2013

848 : Selamat Hari Lahir Bapak...

3 Januari 2013 adalah hari kelahiran bapak kesayangan...hari ini genap bapak berumur 66 tahun.....


aku doakan moga bapak akan dipanjangkan usia, dimurahkan rezki dan mendapat kesihatan yang baik-baik...alhamdulilah setakat ini kesihatan bapak dalam keadaan baik...tiada sakit yang berat, cuma kekadang batuk dan selsema....moga Allah akan sentiasa merahmati bapak...

terima kasih kerana membesarkan kami adik beradik sehingga kami berjaya....segala pengorbanan bapak tiada kami dapat membayarnya walaupun segunung berlian atau selautan emas....kasih sayang bapak sehingga ke akhir hayat....selamat hari lahir bapak...

847 : 3 Januari 2013..

hari ini adalah hari pertama aku bekerja bagi tahun 2013....sepatutnya semalam 2 Januari tapi disebabkan aku tidak sihat kerana demam selsema dan batuk, doktor telah memberi aku MC untuk berehat di rumah....lagi pun Nur Insyirah pun tidak sihat jugak...sian kat anak ibu...moga cepat-cepat sihat yea...

aku mohon aku dipermudahkan dalam menguruskan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja yang berdedikasi...genap bulan Mei 2013 ini aku sudah berkhidmat di sini 8 tahun....kekadang tu rasa bosan bila buat benda yang sama, nak jugak belajar benda baru...tapi bila difikir-fikirkan seronok bila dah ada kat sini..boleh jadi taiko haha...taiko la sangat...

semoga aku dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan semangat yang kuat, gigih berusaha dan tidak mudah putus asa...insya'allah....


01 January 2013

846 : Selamat Tahun Baru 2013...

.

dah masuk tahun baru 2013...rasa sekejap sahaja...umur bertambah setahun lagi...bukan umur sahaja tapi tanggungajwab juga bertambah....

azam tahun 2012 ada juga yang tak tercapai...kena carry forward ke tahun 2013 haha...sendiri punye azam kan maknanya bole je kita rearrange kan mengikut kesesuaian.....

macam-macam azam untuk tahun 2013 ini...antaranya ingin menjadi seorang ibu yang solehah, isteri yang mithali, anak yang terbaik dan pekerja yang berdedikasi....

perlu bersiap sedia untuk menghadapi tahun 2013...kena kuatkan fizikal, mental dan segala-galanya...

perlu kuatkan azam dan semangat untuk mereliasasikan azam untuk tahun 2013 ini...insya'allah..

selamat tahun baru kekawan semua....