Terima Kasih Sahabat

21 January 2013

850 : telatah Nur Insyirah...

dah lama sangat tak update blog ini...tiada ceta yang menarik dan kebetulan plak takde idea...idea dah sesejuk beku ais....aku pun tak tahu ke mana perginya mood untuk menulis...makin lama makin kurang bukannya makin bertambah....


bila ada semangat nak update blog masa tu la masa penuh dengan keja...tapi bila masa tengah senggang, idea plak takde..itu la realiti kehidupan yang harus aku aki sekarang...


sekarang ini aku nak cetakan coretan tentang anak kesayangan aku iaitu Nur Insyirah....dah nak masuk 7 bulan pada 24 Jan ini....rasa sekejap je...semua keja Nur Insyirah nak buat...nak merangkak, nak duduk dan nak berdiri....kalu nampak orang berdiri memang confirm orang tu akan dipanjatnya....selalu yang menjadi mangsanya adalah opah dan aku la...pantang nampak baring je confirm Nur Insyirah akan akan datang 'menyerang'...


sekarang ini Nur Insyirah dah makin cerdik....takmo duduk dalam stroller, takmo duduk dalam car sear dan takmo duduk dalam baby carrier....nak berdukung je....pastu pandai memilih orang plak tu....ayah dia takmo nak ibu sahaja....memang sah-sahla aku tak larat nak mendukung sepanjang masa...dengan berat yang makin hantap...huhu....

Nur Insyirah dah pandai makan dan kekadang tu pandai demand makanan....Nur Insyirah paling suka makan buah kurma....kalu bubur nasi letak buah kurma memang akan makan abis la...kalu letak benda lain tu, 'bercinta' sikit la nak makan ye...amik masa....

Nur Insyirah yang makin cerdik, makin aktif dan suka senyum ini, kekadang akan menjerit atau menangis bila kemahuannya tidak dituruti....Nur Insyirah akan marah bila dia dah pergi ke sesuatu tempat tu, kita tarik, for sure menjerit la dia...huhu...

pastu Nur Insyirah dah pandai mengeleng kepala jika dia takmo sesuatu...terutama bila minta sayang dengan dia...confirm dia akan mengeleng kepala bila mak cu dia minta sayang walaupun tengah mamai tidur...makin lama makin pandai...kena banyak bersabar la...

sekarang kalu aku tinggal berdua di rumah dengan Nur Insyirah  confirm rumah tu tak sunyi dah....ada sahaja yang akan dibebelkan oleh mulut mungil Nur Insyirah...dia akan bersuara dan bercakap bahasa "jerman" dia...terhibur rasa hati aku....kalu tiba-tiba Nur Insyirah senyap je mesti ada benda yang menarik perhatian dia...mesti ada something yang masuk dalam mulut dia....apa sahaja Nur Insyirah akan masuk dalam mulut dia...memang kena banyak bersabar la...

moga Nur Insyirah akan menjadi anak yang sihat, bijak, pandai dan anak yang solehah insya'allah....

No comments: