Terima Kasih Sahabat

31 January 2013

851 : Cuti-Cuti Malaysia....

alhamdulilah percutian keluarga yang dirancang sejak bulan Disember yang lepas, berjaya juga dilaksanakan....kami sekeluarga bercuti ke Melaka pada cuti minggu yang lalu...sempena cuti panjang Thaipusam...3 hari 2 malam....

kami sekeluarga menginap di Homestay Mahadi di Taman Kesidang....harganya berpatutan..untuk satu malam RM 180...ada 3 bilik dan sebiji macam rumah kita sendiri....ada kelengkapan memasak, mesin basuh, peti ais, yang pasti kami sekeluarga memang selesa la...kami seramai 11 orang iaitu 7 orang dewasa dan 5 kanak-kanak....Taman Kesidang terletak di daerah Tengkera dan tak jauh dari Bandar Melaka...tapi disebabkan sesat amik masa juga kami ke sana.....huhu...

kami bertolak dari KL jam 10 pagi dengan 2 kereta...memang padat la kereta...kalu ikutkan nak pergi 3 kereta tapi disebabkan abang ipar ada keja, maknanya kena la berhimpit dalam 2 kereta....

Nur Insyirah yang teruja dok dalam stroller...

dari KL jalan bergerak biasa saje...tapi jalan menuju dari Nilai ke RNR Seremban memang jem sesangat...dengan cuaca panas yang amat terik, memang mencabar keimanan dan kesabaran....kesesakan itu berpunca kerana kemalangan yang berlaku di lorong kecemasan dan ada juga kereta rosak...

kami keluar dari tol Ayer Keroh jam 12.45 tengahari....kami telah mendapat arahan tunjuk ajar jalan daripada tuan home stay melalui....memang tepat sekali arahan yang diberikan...setiap kali simpang dan selekoh diberitahu....kesesakan yang amat teruk sangat nak menuju ke homestay...kami terperangkap dalam jem hampir 1 jam...kalu ikutkan boleh je sampai dalam masa 20 minit....memang dugaan sungguh...nasib baik la Nur Insyirah tak meragam dalam kereta.... 

kami sampai di depan pintu rumah homestay jam 1.45 petang....yang pasti cuaca di Melaka adalah sangat panas terik....panas yang amat menyengat kulit...rasa tak sabar je nak masuk rumah huhu...nak pasang air cond full blast huhu....tapi kunci mangga pagar ada problem....tersalah kunci...kena tunggu tuan homestay 15 minit untuk hantar kunci yang betul...dengan perut yang lapar dan panas, rasa letih sangat....

yang pastinya masuk je rumah, teruk serbu makanan yang mak dan kakak aku dah siap masak dari KL....memang bagus mak aku ini...dah tau akan kebulur bila sampai di Melaka hehe...lepas makan, kami lepak-lepak sebab keletihan...lepas asar dalam jam 5.30 petang kami keluar ke Banda Hilir....


yang pastinya kami sesat nak kena banda hilir...haha...walaupun ikut sign board pun boleh sesat kan...nampak sangat dah lama tak ke Melaka....seingat aku last ke Melaka 5 tahun lepas kerana ada kursus di sini...tu pun driver opis yang hantar....memang totally dah berubah bandar Melaka ini....parking di belakang Mahkota Parade....kami berjalan menuju ke A'Famosa....

 lepak-lepak di depan kota A'Famosa...

kami dok lepak-lepak di A'Famosa....yang pastinya di A'Famosa ini ada kenangan antara aku dan hubby....masa zaman bercinta 14 tahun yang lalu kami pernah ke Melaka dan mengambil gambar di depan kota A'Famosa ini...rasa tak percaya je setelah 14 tahun kami datang kembali dengan dah bertiga....tak sangka hubungan kami kekal selama ini....alhamdulilah....adik-adik aku gi naik bukit St. Paul....aku je tak larat nak naik bawa Nur Insyirah menaiki tangga tu....aku, mak dan kakak dok lepak kat bawah je....


kalu ikut plan kami nak naik river cruise malam hari pertama tapi disebabkan mak tak berapa nak sihat, kami just pergi survey sahaja tempat tu....lagipun kami semuanya dah kepenatan....jalan-jalan di pasar malam di belakang Mahkota Parade tu, kami bergerak pulang....masa nak balik ke Taman Kesidang kami sesat sekali lagi...hampir 1 jam sesat haha....kalu ikutkan boleh je sampai dalam masa 15 minit....nak wat camne kan kena je la redha....


hari kedua di Melaka, kami keluar dari homestay jam 10 pagi menuju ke Zoo Melaka selepas bersarapan pagi....sampai di Zoo Melaka jam 11.00 pagi....kami dapat diskaun daripada tuan homestay...untuk dewasa dapat 20% dan kanak-kanak 50%....


 anak-anak buah aku la yang paling excited masuk ke Zoo Melaka ini...ye la bebudak tengok binatang memang seronok la...yang pastinya kami berjalan hampir 2km kot mengelilingi Zoo Melaka....hampir 2 jam kami di dalam Zoo Melaka ini....semua binatang kami tengok gajah, harimau, singa, ular, kuda, monyet, orang utan, buaya dan banyak lagi la....

semuanya mendongak ke atas utk melihat aksi monyet di atas pokok...suka tengok pict ni hehe...

kami keluar dari Zoo Melaka jam 1.00 petang dan mencari tempat makan tengahari....kami makan di Medan Selera yang berhampiran di sini....disebabkan Melaka popular dengan masakan asam pedas, kami pun mengorder asam pedas namun memang menghampakan...sedap lagi mak aku masak asam pedas....rasa macam apa je asam pedas tu...memang tak puas hati langsung...tapi disebabkan dah lapar makan saje la....

kami pulang ke homestay untuk berehat kerana kepenatan...lagipun kepanasan yang melampau sangat membuatkan badan cepat rasa letih....kami berehat di homestay dan keluar kembali jam 6 petang....kami pergi ke banda hilir untuk naik Menara Taming Sari....yang naik hanya adik-adik dan anak-anak buah aku saje...kami hanya menunggu di bawah saja....



selepas itu, kami pergi beratur untuk naik river cruise...hanya Allah saja yang tahu betapa ramainya manusia nak naik river cruise...nasib baikla masa adik aku gi beratur beli tiket, kami plak gi beratur untuk naik river cruise....kalu tak memang lagi berjanggut la...masa beratur tu pun hampir 1 jam lebih kami menunggu...punye ramai la manusia yang teruja nak naik river cruise ini...memang tarikan utama la....

memang puas hati la dapat naik river cruise ini...dapat plak orang yang membawa river cruise ini memberi info yang bagus dan bersikap peramah memang terbaik la..rasa berbaloi la setelah penat beratur lama....hampir 40 minit di dalam river cruise, kami bertolak nak makan seafood di Muara Sg. Duyung....masa nak ke sana pun dah hampir jam 9.30 malam...dalam hati ada ke tak lagi seafood yang nak dimakan huhu...nak ke Umbai tapi takut sesat je....

kami sampai di Muara Sg Duyung jam 10.15 malam....punyela banyak kereta dan manusia....yang pasti plat kereta majoritinya dari KL dan Selangor....nasib baik la ada meja yang bole kami duduk...tapi beratur untuk memilih seafood hampir 40 minit....

makanan seafood yang tinggal hanya udang, sotong dan ikan siakap sahaja....dah memang takde rezki kami nak makan kerang, ikan pari, lala, dan ketam huhu....lagipun masa tu dah jam 11.30 malam...perut pun dah berkeroncong...makan saje la apa yang ada.....lain kali kalu nak gi makan seafood kena pergi awal-awal....baru la dapat makan seafood yang diidamkan....belajar dari pengalaman....sampai homestay hampir 1 pagi...semuanya kepenatan dan kami tidur dengan lena....

hari ketiga, kami keluar dari homestay jam 10 pagi dan ke banda hilir untuk gi shopping...beli sourvenir, tshirt Melaka, dan macam-macam makanan dari Melaka untuk dibawa pulang ke KL...

sebelum pulang ke KL, kami gi Taman Chen di daerah Alor Gajah untuk bertemu dengan jiran lama kami iaitu Acik Ju...kami dijamu asam pedas Melaka yang marveles...akhirnya dapat gak makan asam pedas Melaka huhu....memang rezki kami alhamdulilah....

kami pulang ke KL jam 230 petang dan sampai di KL jam 5.00 petang....satu percutian yang menarik dan memberi pelbagai pengalaman manis bagi kami sekeluarga....



No comments: