Terima Kasih Sahabat

19 February 2013

856 : Mr.Steak House...




hari tu aku, hubby dan Nur Insyirah telah menerjah atau gi jalan-jalan cari makan ke Mr. Steak House yang terletak di Alam Seri Seksyen 13 Shah Alam....ini gara-gara menonton cerita Safiyah di TV9 pada 3 Februari yang lalu...kebetulan masa tu memang nak pergi ke Karnival Karangkraf yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam...

cendawan sup dan garlic bread...

dah kebetulan ke Shah Alam apa lagi gi la berubah angin untuk makan-makan plak...bukan selalu pun ke Shah Alam walaupun hubby dok keja di Shah Alam...sambil menyelam minum air gitu...dan plak masa tu memang tingin nak makan western food...aku ingat lagi masa mengandungkan Nur Insyirah tak langsung dan tak berminat nak makan western food...masa tu tekak hanya nak makan masakan kampung saje huhu...skrg ni baru teringin nak makan chicken chop, lasangna, spagetti dan macam-macam lagi la....macam-macam tekak ni kalu dia dah mula wat hal....

selalunya kalu sesuatu tempat yang masuk TV confirm orang akan ramai...tapi masa aku sampai kat restoran Mr. Steak House hanya beberapa meja yang penuh...maybe baru pas makan lunch...

lamb chop..

aku orden chicken chop, hubby plak lamb chop dan sup cendawan....harganya reasonable dan restoran ni kepunyaan orang Melayu...pekerjanya pun semuanya Melayu....tak lama order makanan pun sampai....

chicken chop........

masa tengah makan tu orang makin lama makin ramai plak...aku tengok persekitran restoran tu di deco dengan cara ala-ala koboi...dah di depan kaunter bayaran ada logo Jalan-Jalan Cari Makan....maknanya tempat ini pernah diterjah oleh krew TV3 la tapi tak tau musim mana yang punye....

bagi aku makanan nya takdelah superb sangat...just memenuhi rasa tekak dan dikategori boleh pergi lagi la...kalu ke Shah Alam lagi maybe akan ke sana lagi...bukan senang nak cari western food yang harganya reasonable dan sedap kan...apa-apa pun alhamdulilah...

18 February 2013

855 : Sambutan Besday...

 besday girl Suraya aka Andak....

besday girl Suhaila aka Ucu...

entry kali ini aku nak ceta yang dah basi...tapi sebagai kenangan nak juga ceta...sambutan besday kedua-dua orang adik aku iaitu Suraya dan Suhaila pada 2 Februari yang lalu...sambutan di kalangan family saje....sambutan dengan adik beradik dan anak buah...itu pun dah cukup meriah...

besday girl bersama anak-anak buah...

untuk makan malam, lauk pauknya adalah ikan bakar pari, kembung dan cencaru...yang marvelesnya adalah air asam yang pedas meletup...ikan bakar pasti nangis punye huhu....bakar pakai arang gitu....memang puas ati bakar sendiri....sotong goreng dan sambal udang....cuma takde kerang rebus je...ni namanya membalas dendam gara-gara tak dapat makan di Muara Sg Duyung Melaka haha....


ada 2 jenis kek...coz ada 2 orang yang sambut besday kan...satu perasa mocha dan satu lagi perasa pandan....puas hati makan kek daripada King's Confectionary ini...tak manis sangat...lagipun adik aku tempah kek ini...tu yang cantik...kalu yang instant memang susah sikit la nak dapat perasa yang dikehendaki...yang pasti Nur Insyirah pun makan kek walalupun baru 7 bulan....sabar jelah anak ibu ini...nampak orang makan semuanya dia nak...kalu tak bagi memang confirm dia mengamuk...sabar jelah...makin besar makin banyak perangai yang Nur Insyirah belajar....

makan jangan tak makan huhu...

comotnya anak ibu...

06 February 2013

854 : Selamat Hari Lahir Ella & Su...

hari ini adalah hari lahir adik bongsu aku iaitu Suhaila aka Ella aka mak cu....


moga panjang umur, dimurahkan rezki dan ceria-ceria selalu....

sambutan hari lahir telah dibuat 4 hari awal dari hari lahir dia...sambutan pada hari Sabtu lepas...sambutan dibuat bersama adik aku yang second last iaitu Suraya aka Su aka mak andak...


hepi belated besday juga aku nak wish pada Su yang dilahirkan pada 1 Februari yang lepas....sempena cuti Hari Wilayah Persekutuan tu yang cuti dan entry wish pun kena diletakkan pada hari ini hehe...

moga panjang umur, dimurahkan rezki dan moga cepat bertemu jodoh...insya'allah....

05 February 2013

853 : Selamat Ulangtahun Perkahwinan...

tanggal 5 Februari datang lagi untuk tahun ini tanpa jemu....datang menjelmakan diri dan memberi tambahan tahun pada hubungan cinta kami....alhamdulilah sudah 8 tahun kami bersama mengharungi alam rumah tangga yang penuh dengan pancaroba ini....


selama 6 tahun kami hidup berdua tanpa kehadiran cahaya mata...namun kami tetap bahagia dan bersama walaupun pelbagai dan macam-macam orang kata kan....kami berjaya untuk pekakkan telinga asalkan kami bersama....Allah memberi kami masa selama 6 tahun untuk mengenali antara satu sama lain agar kami lebih mesra bersama....


tahun ke 7 kami bersama, kami sudah pra untuk menjadi ayah dan ibu....alhamdulilah aku sudah mengandung cahaya mata yang selama ini kami natikan....Allah telah memakbulkan doa kami untuk menjadi seorang ibu dan ayah....hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan kami, apabila aku disahkan mengandung....perasaan bersyukur dan gembira yang tidak terkata...saat yang kami natikan akhirnya tiba jua...


alhamdulilah untuk tahun ke 8 kami bersama, kami telah dikurniakan seorang puteri yang telah lahir ke dunia ini pada bulan Jun tahun lalu..seorang cahaya mata yang amat comel, aktif dan sangat-sangat kami sayang....kehadiran cahaya mata ini iaitu Nur Insyirah memberi makna yang amat besar tentang tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah....kehadiran cahaya mata ini membuka mata semua orang yang selama ini mencaci dan mengutuk kami yang tidak mempunyai anak...


pelbagai dugaan yang kami telah lalui bersama sebagai seorang suami dan isteri...dan pelbagai dugaan yang akan datang yang harus kami lalui bersama untuk membesarkan cahaya mata yang amat kami sayang....

hanya padaMu Ya Allah kami memohon agar hubungan kami akan kekal selamanya...moga kesetiaan kami berdua sehingga hujung nyawa....semoga kami akan kuat dan tabah menghadapi segala dugaan yang harus kami tempuhi....

Selamat Ulangtahun Perkahwinan abang....saya sayang abang sehingga nafas saya yang terakhir insya'allah....

04 February 2013

852 : Karnival Kumpulan Karangkraf...

semalam my hubby wat surprise....surprise ajak gi Karnival Kumpulan Karangkraf yang berlansung di Seksyen 15 Shah Alam...tak sangka plak my hubby ajak gi ke sana....


kalu ikutkan hati memang nak ajak gi ke karnival tu tapi disebabkan banyak plan yang nak dibuat masa hujung minggu tu yang tak jadi nak ajak hubby ke sana...tak sangka plak pagi semalam, masa iklan tentang karnival tu di televisyen, hubby tanya "ayang takmo gi ke karnival ni ke"...rasa macam tak caya je bila hubby tanya cam gitu....macam orang ngatuk yang disorongkan bantal, memang aku nak pergi la....apa lagi lepas mengemas rumah dan membasuh aku siapkan Nur Insyirah dan tepat pukul 12 tengahari kami bertiga bergerak ke Shah Alam....

dalam pukul 12.45 pm dah sampai ke tempat karnival...alhamdulilah kami dapat parking yang tak jauh sangat dengan tempat karnival....manusia punye la ramai hanya Allah sahaja yg tahu...dengan kereta yang banyak....siap ada shuttle services kalau sesapa yang parking jauh...kira bagus la....nasib baik gak semalam cuaca mendung ketika kami sampai....

masa baru sampai tu, aku ternampak signboard yang mengatakan jam 12 tengahari hingga 1 petang ada Aaron Aziz di pentas utama untuk pelancaran buku bibilografi dia kot....aku yang tak bape nak teruja sgt dengan artis ini, just lalu je di depan pentas utama tu...novel-novel lagi melambai-lambai kat aku huhu....orang memang ramai la kat depan pentas utama tu....

memang banyak booth yang aku nampak..antaranya TV Alhjirah....dan booth-booth lain adalah booth di bawah kumpulan karangkraf seperti Majalah Pa&Ma, Pengantin, Media Hiburan dan banyak lagi la...tapi tempat yang aku nak terjah dulu adalah tempat jualan novel la....tak bole nak melengah-lengah coz ada anak ini lain sikit....kalu mood dia nak mengamuk habis semuanya tak jadi....

 novel yang popular diadaptasi ke drama sekarang....

aku soh hubby pilih buku yang dia nak sementara aku menjaga Nur Insyirah....lepas hubby dah pilih giliran aku plak untuk memilih novel-novel yang terpampang di depan mata....kalu ikutkn hati semua novel aku nak beli....semuanya nampak menarik...lagipun dah lama dah aku tak membeli novel...tu yang teruja terlebih-lebih sangat....


banyak penulis-penulis baru yang aku tak kenal...yang pasti aku hanya memilih penulis novel yang aku familiar iaitu Aisya Sofea, Anis Ayuni dan Aleya Annesa...novel-novel lain pun mengujakan tapi bajet tak bape nak ada kan....semua novel dan buku ada diskaun 30% untuk setiap pembelian...ada gak pembelian kombo....aku harap sangat dapat jumpa novelis Aisya Sofea untuk dapat sign dari dia tapi takde dalam jadual untuk hari tu...rugi sungguh....

bila dah siap bayar semua, my hubby kata Nur Insyirah buat projek huhu....kena la carik toilet....nak gi jalan-jalan kat booth lain tu memang tak dapat la tambahan plak hujan dah mula renyai-renyai....takde rezki la nak nengok booth lain...tapi alhamdulilah aku dah dapat pergi ke karnival ini...thanks to my hubby....thank you abang!!!


6 novel, 3 majalah wanita dan 2 buku Islamik yang aku dan my hubby beli...alhamdulilah...kalu ada rezki lebih memang banyak yang aku nak beli...