Terima Kasih Sahabat

05 February 2013

853 : Selamat Ulangtahun Perkahwinan...

tanggal 5 Februari datang lagi untuk tahun ini tanpa jemu....datang menjelmakan diri dan memberi tambahan tahun pada hubungan cinta kami....alhamdulilah sudah 8 tahun kami bersama mengharungi alam rumah tangga yang penuh dengan pancaroba ini....


selama 6 tahun kami hidup berdua tanpa kehadiran cahaya mata...namun kami tetap bahagia dan bersama walaupun pelbagai dan macam-macam orang kata kan....kami berjaya untuk pekakkan telinga asalkan kami bersama....Allah memberi kami masa selama 6 tahun untuk mengenali antara satu sama lain agar kami lebih mesra bersama....


tahun ke 7 kami bersama, kami sudah pra untuk menjadi ayah dan ibu....alhamdulilah aku sudah mengandung cahaya mata yang selama ini kami natikan....Allah telah memakbulkan doa kami untuk menjadi seorang ibu dan ayah....hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan kami, apabila aku disahkan mengandung....perasaan bersyukur dan gembira yang tidak terkata...saat yang kami natikan akhirnya tiba jua...


alhamdulilah untuk tahun ke 8 kami bersama, kami telah dikurniakan seorang puteri yang telah lahir ke dunia ini pada bulan Jun tahun lalu..seorang cahaya mata yang amat comel, aktif dan sangat-sangat kami sayang....kehadiran cahaya mata ini iaitu Nur Insyirah memberi makna yang amat besar tentang tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah....kehadiran cahaya mata ini membuka mata semua orang yang selama ini mencaci dan mengutuk kami yang tidak mempunyai anak...


pelbagai dugaan yang kami telah lalui bersama sebagai seorang suami dan isteri...dan pelbagai dugaan yang akan datang yang harus kami lalui bersama untuk membesarkan cahaya mata yang amat kami sayang....

hanya padaMu Ya Allah kami memohon agar hubungan kami akan kekal selamanya...moga kesetiaan kami berdua sehingga hujung nyawa....semoga kami akan kuat dan tabah menghadapi segala dugaan yang harus kami tempuhi....

Selamat Ulangtahun Perkahwinan abang....saya sayang abang sehingga nafas saya yang terakhir insya'allah....

No comments: