Terima Kasih Sahabat

20 March 2013

859 : dugaan seorang ibu...

mulai hari ini 20 hingga 22 mac 2013 iaitu selama 3 hari 2 malam aku perlu berkursus di Cameron Highlands....



buat pertama kalinya aku akan berpisah dengan Nur Insyirah anak tersayang....selama hampir 9 bulan sejak dari lahir sehingga ke hari ini aku akan berpisah untuk pertama kalinya...tega kah aku untuk menahan rindu...huhu....baru je tinggalkan Nur Insyirah 8 jam kat taska pun aku dah jadi macam nak meroyan....jangan sampai Cameron Highlands aku jadi tak betul plak....ibu rindu Nur Insyirah....

mohon aku dikuatkan semangat untuk menempuh perasaan rindu ini....aku perlu ke Cameron untuk  urusetia Bengkel Penambahbaikan Talian Nur....hanya 4 orang sahaja yang handle Talian Nur ini...tapi sorang tu dah tak sihat maknanya tinggal bertiga sahaja....moga aku dapat handle bengkel ini dengan sukses walaupun yang pasti hati dan perasaan aku berada di KL....

semoga Nur Insyirah tak lupakan 'tek bu' ye....confirm ibu akan rindu senyuman, tangisan, gelak tawa, tingkah laku dan macam-macam pasal Nur Insyirah....moga anak ibu sihat....masa aku tinggalkan Nur Insyirah di rumah mak tadi, dia selsema dan gusi atas bengkak maybe nak tumbuh gigi bahagian atas....jangan la anak ibu meragam dan merengek ye....insya'allah...kalu anak Nur Insyirah tak sihat memang aku akan cari bas balik ke KL masa tu juga....ibu sanggup buat apa sahaja untuk anak ibu walaupun perlu naik bas turun bas untuk lihat sendiri keadaan anak ibu...

yang pasti aku akan terlalu rindu dengan Nur Insyirah....


14 March 2013

858 : tumbuh gigi...

alhamdulilah Nur Insyirah dah tumbuh gigi 2 batang di bahagian bawah....masa tu berusia 7 bulan....


tak sangka anak ibu dah makin besar, dah makin cergas dan dah makin cerdik....sekarang ini kalu apa yang ibu dan ayah makan, confirm kena suap jugak kat mulut dia...kalu tak bising mulut dia nak....sekarang ini kalu tak bagi Nur Insyirah dah pandai ambik kat tangan ibu dan ayah....sabar jelah....padahal bukan semua makanan yang boleh dimakan...tapi itu la Nur Insyirah nak ikut kepala dia je....

muka tensen kena dok dalam car seat...

24 Mac 2013 ini genap Nur Insyirah 9 bulan....dah pandai berdiri dan bertatih sambil pegang kerusi, meja atau apa sahaja tempat untuk bertahan....tak sabar nak tengok Nur Insyirah pandai jalan....tak tahu la bila plak dia boleh jalan....sekarang ini pun dah pandai nak lepaskan tangan masa berdiri....sabar jelah kan...kita takut dia jatuh terlentang tapi muka Nur Insyirah relax je....bila dah jatuh menangis sekuat-kuat hati...huhu....

minggu depan aku perlu pergi ke bengkel....tak sanggup nak berpisah dengan Nur Insyirah...kalu ikutkan hati tidak mahu pergi coz aku tak pernah berenggang dengan Nur Insyirah sejak dari lahir lagi....aku mesti rindu sesangat dengan Nur Insyirah....hope Nur Insyirah tak meragam la...dah la bengkel tu 3 hari 2 malam....bole ke aku berpisah dengan Nur Insyirah???rasa tak sanggup ye....kalu tak pergi boleh ke???aku takut Nur Insyirah lupa dengan ibu dan 'tek bu'...tak sanggup ye nak berpisah....

04 March 2013

857 : hari pertama..

4 Mac 2013 adala hari pertama Nur Insyirah duduk di taska...buat pertama kalinya aku meninggalkan dia daripada pandangan mata ahli keluarga aku sendiri...kalu ikutkan hati memang tak sampai hati tapi dah memang lumrah kehidupan macam gitu....aku perlu tawakalkan diri untuk meletakkan Nur Insyirah di sana...semoga semuanya selamat insya'allah...


sejak dari hari Jumaat aku dah kata pada Nur Insyirah yang dia akan duduk di taska bukan lagi di rumah opah...aku pesan dengan Nur Insyirah jangan nangis-nangis, jangan nakal, jangan buat perangai....Insyirah kena tinggal dengan teacher, kena tidur bawah dah tak boleh tido buai....nati Nur Insyirah akan dapat kawan ramai...dan hujung minggu nati kita akan pergi umah opah...setiap kali menyusukan atau masa Nur Insyirah main aku akan pesan cam gitu....aku harap sangat yang Nur Insyirah faham aku cakap....

alhamdulilah pagi tadi masa aku masukkan Nur Insyirah duduk di car seat dia senyap je...aku rasa dia faham....padahal sebelum ini kalu duduk dalam car seat confirm nangis...alhamdulilah perjalanan dalam 15 minit berjalan dengan lancar...


sampai di taska, aku kata dengan Nur Insyirah 'kita dah sampai taska.....Insyirah kena dok dengan teacher, petang nati ibu datang ambil....'aku masuk taska, Nur Insyirah pandang je sekeliling...aku letak dia di bawah, dia tak nangis pun...aku uruskan semua urusan pendaftaran, dan terangkan segalanya pada pengasuh....

aku plak tak sampai hati nak tinggalkan Nur Insyirah tapi aku kena kuat....rasa nak menitik gak air mata huhu...tak pernah aku tinggalkan Nur Insyirah dengan orang lain....masa aku nak keluar tu, Nur Insyirah tengah tengok baby lain menangis...aku cium Nur Insyirah dan pesan nati ibu ambik Insyirah petang nanti...

Ya Allah aku bermohon padaMu agar anak aku di permudahkan untuk tinggal di taska...moga keputusan yang aku lakukan ini adalah yang terbaik....

aku berterima kasih pada mak kerana telah menjaga Nur Insyirah sejak dari lahir sehingga umur Nur Insyirah 8 bulan sekarang ini...sedar tak sedar hampir 5 bulan aku berulang alik KL - Putrajaya....tidak dapat aku balas jasa mak sehingga bila-bila...tima kasih mak...timah kasih opah sebab menjaga Nur Insyirah selama ini...

tak sabar ye nak tunggu pukul 5.00 petang...tak sabar nak jumpa Nur Insyirah....