Terima Kasih Sahabat

04 March 2013

857 : hari pertama..

4 Mac 2013 adala hari pertama Nur Insyirah duduk di taska...buat pertama kalinya aku meninggalkan dia daripada pandangan mata ahli keluarga aku sendiri...kalu ikutkan hati memang tak sampai hati tapi dah memang lumrah kehidupan macam gitu....aku perlu tawakalkan diri untuk meletakkan Nur Insyirah di sana...semoga semuanya selamat insya'allah...


sejak dari hari Jumaat aku dah kata pada Nur Insyirah yang dia akan duduk di taska bukan lagi di rumah opah...aku pesan dengan Nur Insyirah jangan nangis-nangis, jangan nakal, jangan buat perangai....Insyirah kena tinggal dengan teacher, kena tidur bawah dah tak boleh tido buai....nati Nur Insyirah akan dapat kawan ramai...dan hujung minggu nati kita akan pergi umah opah...setiap kali menyusukan atau masa Nur Insyirah main aku akan pesan cam gitu....aku harap sangat yang Nur Insyirah faham aku cakap....

alhamdulilah pagi tadi masa aku masukkan Nur Insyirah duduk di car seat dia senyap je...aku rasa dia faham....padahal sebelum ini kalu duduk dalam car seat confirm nangis...alhamdulilah perjalanan dalam 15 minit berjalan dengan lancar...


sampai di taska, aku kata dengan Nur Insyirah 'kita dah sampai taska.....Insyirah kena dok dengan teacher, petang nati ibu datang ambil....'aku masuk taska, Nur Insyirah pandang je sekeliling...aku letak dia di bawah, dia tak nangis pun...aku uruskan semua urusan pendaftaran, dan terangkan segalanya pada pengasuh....

aku plak tak sampai hati nak tinggalkan Nur Insyirah tapi aku kena kuat....rasa nak menitik gak air mata huhu...tak pernah aku tinggalkan Nur Insyirah dengan orang lain....masa aku nak keluar tu, Nur Insyirah tengah tengok baby lain menangis...aku cium Nur Insyirah dan pesan nati ibu ambik Insyirah petang nanti...

Ya Allah aku bermohon padaMu agar anak aku di permudahkan untuk tinggal di taska...moga keputusan yang aku lakukan ini adalah yang terbaik....

aku berterima kasih pada mak kerana telah menjaga Nur Insyirah sejak dari lahir sehingga umur Nur Insyirah 8 bulan sekarang ini...sedar tak sedar hampir 5 bulan aku berulang alik KL - Putrajaya....tidak dapat aku balas jasa mak sehingga bila-bila...tima kasih mak...timah kasih opah sebab menjaga Nur Insyirah selama ini...

tak sabar ye nak tunggu pukul 5.00 petang...tak sabar nak jumpa Nur Insyirah....




No comments: