Terima Kasih Sahabat

26 April 2013

866 : aura gwiyomi...

lately ni semua orang termasuk artis atau sapa sahaja akan memperkatakan tentang gwiyomi....memang aura nya terbukti jelas semua orang suka mendengar lagu nya...tak kira lelaki ataupun perempuan....

ini gara-gara media sosial iaitu facebook, keek dan twitter yang banyak bercakap pasal gwiyomi ini...semua orang nak tengok video clip pasal gwiyomi ini...dan ramai jugak artis dan orang perseorangan membuat video pasal gwiyomi ini....

aku juga adalah salah seorang yang melihat video dan gaya gwiyomi ini....memang nampak comel dan cute je...

pagi ini aku nak mencari asal usul gwiyomi ini di pak google...rupa-rupanya gwiyomi ini datangnya daripada korea yang baru dimulakan pada Februari 2013 oleh artis k-pop Korea...dulu kecoh pasal lagu Gangnam Style...skrg ni plak gwiyomi...memang artis korea ini pandai menarik perhatian dunia tentang perubahan yang hendak dilakukan oleh mereka...

ini aku amik daripada wikipedia :

The Gwiyomi Song, or Kwiyomi Song (귀요미 송), is a K-pop single by South Korean singer Hari and was released on February 18, 2013. It was inspired by a gesture from rapper South Korean Jung Ilhoon of boy group BtoB. The gesture is called 'Gwiyomi Player', which became an Internet meme in October 2012 followed by its first appearance on South Korean reality show by SBS MTV named MTV Diary. The gesture has also inspired many Asian netizens to upload their own versions onto the internet.

memang lagu yang dibawakan pun memang menarik dan rasa cute je bila mendengarnya di kala stress...kita rasa nak gerakkan semua tangan dan kepala apabila mendengar lagu ini...kita akan rasa dirikan akan cute je haha...memang lawak sungguh aku berangan....

first video clip yang aku tengok adalah video clip perempuan bertudung ini...memnang nampak cute je...memang kena je dia wat video dia tu....

 
ini plak lirik lagu tersebut yang aku tak tau apa maksudnya haha...

Gwiyomi - Hari
 
Choko meopin han jogak sikyeonoko
Gosohan uyuhanjaneul gidaryeoyo
Oppahago nahago kkok maju anjaseo
Seoro sonbadak wie yeppeun nakseoreul hajyo

Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
Saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

Ildeo hagi ileun gwiyomi, ideo hagi ineun gwiyomi
Samdeo hagi sameun gwiyomi, gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
Sadeo hagi sado gwiyomi, odeo hagi odo gwiyomi
Yukdeo hagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi

Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
Saekki songarak geolgo kkok yaksokhae jwoyo
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

Hana dul set nun gamgo naege dagawa
Du soneuro nae boreul manjimyeo ppoppoharyeoneun
Geu ipsul makgoseo

Ildeo hagi ileun gwiyomi, ideohagi ineun gwiyomi
Samdeo hagi sameun gwiyomi, gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
Sadeo hagi sado gwiyomi, odeo hagi odo gwiyomi
Yukdeo hagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi

Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
Saekki songarak geolgo kkok yaksokhae jwoyo
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

25 April 2013

865 : Putih Putih Melati

lately ini stesen radio selalu sangat pasang lagu Putih Putih Melati ini...walaupun baru pertama kali dengar pun dah jatuh cinta....kalu tak salah aku lagu ini femes masa zaman aku kecik-kecik dulu...cuma lirik sahaja digubah sikit...memang bole layan la lagu ini...jom kita layan....

Putih Putih Melati

Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati
Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati

Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima



24 April 2013

864 : 10 bulan sudah...

24 April 2013 genap hari ini Nur Insyirah 10 bulan...macam tak percaya je Nur Insyirah dah 10 bulan...rasa macam baru 10 hari je aku melahirkan dia ke dunia ini....namun itu la kenyataan...tiba-tiba aku rasa rindu sangat masa Nur Insyirah baru dilahirkan....

dah pandai jelir lidah tu...

rindu masa Nur Insyirah tidur terlentang sahaja tanpa tahu buat apa-apa.....rindu dengan bau Nur Insyirah masa baby dahulu....rindu dengan kaletah Nur Insyirah masa baby...rindu segalanya....

kena buli dgn mak cu nya pakai reben...

sekarang ini Nur Insyirah dah pandai berdiri, bertatih dan mulutnya macam bertih jagung....dah pandai menjelir lidah dan juga dah pandai mengamuk bila barang yang diinginkan tidak diberi....itu la Nur Insyirah yang makin besar....aku tak dapat bayangkan kalu Nur Insyirah dah pandai berjalan dan berlari...mungkin masa tu aku akan berlumba lari dengan dia sekali la....aku kena get ready...huhu

nak tunjukkan 4 batang gigi yg dah tumbuh....

sekarang ini makin payah nak amik pict Nur Insyirah....coz dia tahu yang aku akan amik pict atau video dia...sabar je la kan...Nur Insyirah akan memalingkan muka dia apabila aku tekan je punat on di handphone...memang susah nak amik pict dia sekarang....kena banyak bersabar la huhu....

dah pandai berdiri dan bertatih...

lagi 2 bulan Nur Insyirah dah nak masuk setahun....rasa sekejap sahaja Nur Insyirah di muka bumi ini namun rasa nyilu dan trauma bersalin aku masih rasakan sehingga kini....mungkin kenangan yang tidak dapat dilupakan seumur hidup...

22 April 2013

863 : langkah-langkah mengundi...

dalam masa 13 hari lagi kita rakyat Malaysia yang boleh mengundi akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 5 Mei 2013....hari yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia untuk menunaikan hak mereka....aku rasa seperti nak hari raya je....ini kali ketiga untuk aku mengundi bagi tahun ni....rasa tak sabar plak...

tapi ada juga adik-beradik dan kawan-kawan aku yang baru 1st time nak mengundi....mesti ada yang tidak tahu pasal apa yang perlu dilakukan semasa hari mengundi kan....yang pastinya masa hari mengundi tu sila keluar awal coz pusat mengundi akan dibuka seawal 8 pagi hingga 5 petang....jangan lewat-lewat plak...

Langkah 1 : Pertama sekali, sebelum keluar mengundi, anda harus membawa bersama Kad Pengenalan anda yang akan disemak oleh kerani pengundian.

Langkah 2 : Seterusnya, kemukakan Kad Pengenalan anda untuk disemak oleh kerani pengundian pertama. Anda juga perlu tunjukkan tangan anda untuk diperiksa bagi memastikan tiada kesan dakwat pada jari-jari anda. 

Langkah 3 : Selepas itu, gerak ke kerani pengundian kedua yang akan minta anda meletakkan tangan anda di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari.

Langkah 4 : Sebelum anda menerima kertas undi dari kerani pengundian ketiga, nombor dan nama anda akan ditanda oleh kerani pengundian pertama. Setelah nama anda disebut, ambil kertas undi daripada kerani pengundian ketiga.

Langkah 5 : Langkah seterusnya ialah untuk anda bergerak ke petak undian dan tanda ‘X’ pada ruang calon dalam kertas undi anda. Ingat, anda hanya boleh memilih satu calon sahaja.

Langkah 6 : Selepas selesai membuat pilihan calon, masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Langkah 7 : Apabila sudah selesai mengundi, anda tidak dibenarkan menunggu di dalam bilik mengundi dan harus keluar dari bilik mengundi dengan segera.

Kat sini video untuk lebih mudah memahami langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pengundi....video ni ada juga ditayangkan di televisyen....



hope informasi yang diberikan dapat membantu kekawan aku dalam proses nak mengundi nati ye....tanda "X" tu elok-elok ye...jangan buat undi rosak yea....rugi je kalu buat undi rosak...huhu

19 April 2013

862 : makin ceria...

alhamdulilah Nur Insyirah dah makin ceria dan aktif....asyik nak main saje dengan sepupunya Nur Husnina...dua-dua orang ini asyik membuli opahnya sahaja....asyik nak dengar kata diorang je...sian kat opah....


skrg ni Nur Insyirah dah kurang nak tido...asyik nak main saje..dan asyik nak buat keja yang belum siap...bila opahnya masukkan dalam buai bukannya nak tido...abis je susu, akan menyanyi dalam buai tu....lama la opahnya nak mengenjutnya...kekadang tu opahnya akan kuarkan balik diorang tu dan bagi diorang main balik...sampai penat baru la tidokan kedua-duanya....


skrg ni juga Nur Insyirah dah pandai memilih makanan....dah takmo makan nasi bubur...nak makan nasi butir macam orang besar...pastu kalu opahnya masak sup ikan confirm makan banyak tapi kalu sup sayur makan sikit je....kalu Nur Insyirah takmo lagi makanan tu confirm dia akan tutup mulut dia atau juihkan balik apa yang dimasukkan dalam mulut tu...sabar jelah anak ibu ni....makin besar makin nakal....hope Nur Insyirah akan banyak makan coz badan tu dah la kecik...nak kena naikkan berat badan tu coz doktor kata Nur Insyirah under weight....

bila dah pukul 9.45 malam confirm akan cari ibu coz nak mengempeng ibu....nak tido katanya...tengah buat apa pun, kalau dah pukul 9.45 malam confirm Nur Insyirah akan cari ibu...macam tau-tau je dah time untuk tido...bila Nur Insyirah apalagi ibunya pun tido la kan...sambil menyelam minum air....hehe...


dah aktiviti terbarunya, Nur Insyirah dah pandai cakap kat telefon...kalu ada apa je kat tangan confirm akan buat gaya pegang telefon sambil mulut bercakap...sweet je nengok Nur Insyirah dah pandai wat gitu....nati nak rakam la aksi video Nur Insyirah tu...mesti best buat kenangan....

moga anak ibu akan membesar dengan sihat...insya'allah...

17 April 2013

861 : beransur sembuh....

alhamdulilah, Nur Insyirah sudah beransur sembuh dan sihat setelah demam panas, selsema dan batuk selama 3 minggu....hanya Allah sahaja yang tahu betapa gusar, risau dan tiada selera nak makan apabila melihat anak yang tersayang jatuh sakit....hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu....jika boleh ditukar sakit ketika itu pun aku sanggup....


aku tidak pernah melihat Nur Insyirah jatuh sakit macam gitu....bila makan ubat paracetamol suhu badan akan turun, tapi bila nak masuk ke jam ke 4 je, badan Nur Insyirah akan mula mengigil, masa tidur dah mula bercakap-cakap (seperti orang mengerang kesakitan), tangannya akan digenggam dan suhu badannya akan meningkat dalam masa yang sekejap...ada satu masa tu dalam masa 10 minit sahaja suhu badannya meningkat sehingga 39.9 C....

aku sangat takut bila suhu badan Nur Insyirah mula meningkat...aku takut kena sawan demam iaitu kejang otot dan kancing gigi je...that why aku akan pastikan setiap masa akan menjaram kepala dan badannya dengan air atau tuala basah....jika suhu badannya tinggi, confirm air di kepala dan tuala basah tu sekejap je dah kering....memang tak tidur malam la bila anak demam....aku akan pantau setiap masa suhu badannya coz suhu badan akan meningkat naik apabila tengah malam nak ke subuh....

memang masa Nur Insyirah demam ni, pergi HKL atau hospital pukul 1 hingga 4 pagi tu dah jadi lumrah....masa tu tak fikir elok ke tak bawa anak kuar rumah ketika itu....aku fikir nak pastikan demam Nur Insyirah kebah dan suhu badannya turun....

memang pengalaman menjaga anak ketika demam panas adalah satu pengalaman yang tidak aku lupakan sehingga bila-bila...sehingga sekarang walaupun Nur Insyirah dah mula beransur sembuh dan pulih, aku masih tidak tidur dengan lena...aku akan memantau juga suhu badannya....aku jadi trauma apabila suhu badan Nur Insyirah yang cepat meningkat....

sekarang ini aku akan pastikan di rumah ada ubat demam (jenis makan dan masuk punggung), kool fever dan termometer....

aku berharap dan berdoa sesangat yang Nur Insyirah akan sihat, sembuh dan pulih sepenuhnya dari demam, batuk dan selsema....moga Nur Insyirah akan sihat membesar, ceria dan aktif....

sekarang ini Nur Insyirah dah mula nak melepaskan tangan sambil berdiri, tepok amai-amai, menjelirkan lidah dan mulutnya yang makin becok...rasa seronok sangat apabila Nur Insyirah dah mula tersenyum gembira, ceria selalu...alhamdulilah....

03 April 2013

860 : Admitted...

23 Mac 2013 (Sabtu) - Nur Insyirah mula demam, selsema dan batuk...

24 Mac 2013 (Ahad) - pukul 6.00 pagi bawa Nur Insyirah ke Hospital Putrajaya kerana panasnya makin bertambah...panasnya ketika itu 39 C...doktor hanya berikan ubat paracetamol, ubat titis hidung dan ubat batuk...

24 Mac 2013 - pukul 9.30 malam bawa Nur Insyirah ke klinik swasta (Klinik Reddy Jalan Ipoh) untuk amik ubat lain...panas ketika itu 38.6 C...

25 Mac 2013 - demam Nur Insyirah tidak kebah-kebah lagi..suhu badan akan bertambah apabila kesan ubat demam akan abis....aku dah mula risau kerana Nur Insyirah tidak mahu makan dan kurang minum susu....

26 Mac 2013 - jam 3.30 pagi aku pantau suhu badan Nur Insyirah 38.9 C dan badan dia dah mula mengigil....aku bawa Nur Insyirah ke Hospital Putrajaya...ketika sampai di hospital suhu badan sudah 40.1 C...terus masuk ke zon semi kritikal...amik darah dan masuk drip ketika menunggu result darah....result darah ok, lung pun clear...masuk wad hanya untuk 1 jam setengah....

27 Mac 2013 - aku bawa Nur Insyirah ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Tan di Taman Sri Sinar segambut....ketika itu doktor buat influeza test sebab takut ada virus coz dah buat blood test...influeza test pun clear...doktor beri 6 jenis ubat makan dan 2 ubat untuk selsema (titis hidung dan nasal spray)...


balik dari klinik swasta tu, demam Nur Insyirah dah mula kebah....aku dah mula rasa hepi...coz demam dah hampir 6 hari...aku risau coz Nur Insyirah memang benar-benar lemah dan kurang bermaya...tidak mau makan, main dan hanya hendak tidor saje...sian sangat aku lihat anak aku....

28 Mac 2013 (Khamis) - jam 1.00 petang badan Nur Insyirah mula panas kembali...aku dah mula risau...check suhu badan dah mendadak naik ke 38.5 C...padahal ubat tak penah miss pun untuk dimakan....Nur Insyirah pun asyik merengek sahaja...


29 Mac 2013 (Jumaat) - jam 12.30 tengah malam aku dan hubby nekad bawa Nur Insyirah ke HKL....coz risau demam dah hampir hari ke 7 dan dah makan pelbagai ubat namun masih belum baik....doktor telah minta Nur Insyirah di masukkan wad di Institut Pediatrik....jam 2.15 pagi aku sampai di KK2 dan Nur Insyirah di admitted....


kesian aku lihat anak aku kerana diamik darah dan telah dipasang line di tangan kanannya....semasa mengambil darah dan memasang line ni aku tidak dibenarkan masuk...kesian sungguh aku dengar Nur Insyirah menangis...Nur Insyirah telah hilang suara....result darah menunjukkan ada virus dan disahkan Nur Insyirah menghadapi penyakit
acute tonsillopharyngitis....kesiannya anak ibu....

Nur Insyirah perlu dimasukkan antibiotik untuk membunuh virus tersebut....dan Nur Insyirah perlu dipantau kerana suhu badannya tidak stabil...alhamdulilah, ada perubahan setelah dimasukkan antibiotik setelah 2 hari....

31 Mac 2013 - alhamdulilah demam Nur Insyirah dah mula turun namun pada jam 4.00 pagi, suhu badan Nur Insyirah naik kembali 37.7 C...padahal suhu badan dah stabil...memang sah tidak bole keluar wad huhu...

doktor pun hairan kenapa suhu badan bole naik kerana antibiotik sudah diberikan...oleh itu doktor mahu buat urine test....susah juga la nak mengambil urine...namun Allah menolong, dapat juga la dapat urine walaupun sedikit....

urine test menunjukkan virus yang sama ada dalam result darah....tiada apa-apa virus atau penyakit lain yang dikesan....virus ini datangnya daripada tekak dan saluran kencing....yang pasti Nur Insyirah virus ini daripada saluran tekaknya yang merah...alhamdulilah suhu badan Nur Insyirah dah mula stabil....dan Nur Insyirah pun dah mula berselera untuk makan, main dan makin aktif...aku juga mula tidak sabar nak keluar dari wad....

alhamdulilah duduk di wad KK2 ini tidak straight sangat jururawat dan guardnya....hubby boleh keluar masuk wad untuk melihat Nur Insyirah tanpa mengira masa...hubby juga tido di hospital untuk menemani kami berdua...

1 April 2013 - Nur Insyirah dah bole keluar wad...alhamdulilah....aku berharap sangat yang Nur Insyirah akan cepat sihat, ceria, aktif dan sentiasa senyum....