Terima Kasih Sahabat

03 April 2013

860 : Admitted...

23 Mac 2013 (Sabtu) - Nur Insyirah mula demam, selsema dan batuk...

24 Mac 2013 (Ahad) - pukul 6.00 pagi bawa Nur Insyirah ke Hospital Putrajaya kerana panasnya makin bertambah...panasnya ketika itu 39 C...doktor hanya berikan ubat paracetamol, ubat titis hidung dan ubat batuk...

24 Mac 2013 - pukul 9.30 malam bawa Nur Insyirah ke klinik swasta (Klinik Reddy Jalan Ipoh) untuk amik ubat lain...panas ketika itu 38.6 C...

25 Mac 2013 - demam Nur Insyirah tidak kebah-kebah lagi..suhu badan akan bertambah apabila kesan ubat demam akan abis....aku dah mula risau kerana Nur Insyirah tidak mahu makan dan kurang minum susu....

26 Mac 2013 - jam 3.30 pagi aku pantau suhu badan Nur Insyirah 38.9 C dan badan dia dah mula mengigil....aku bawa Nur Insyirah ke Hospital Putrajaya...ketika sampai di hospital suhu badan sudah 40.1 C...terus masuk ke zon semi kritikal...amik darah dan masuk drip ketika menunggu result darah....result darah ok, lung pun clear...masuk wad hanya untuk 1 jam setengah....

27 Mac 2013 - aku bawa Nur Insyirah ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Tan di Taman Sri Sinar segambut....ketika itu doktor buat influeza test sebab takut ada virus coz dah buat blood test...influeza test pun clear...doktor beri 6 jenis ubat makan dan 2 ubat untuk selsema (titis hidung dan nasal spray)...


balik dari klinik swasta tu, demam Nur Insyirah dah mula kebah....aku dah mula rasa hepi...coz demam dah hampir 6 hari...aku risau coz Nur Insyirah memang benar-benar lemah dan kurang bermaya...tidak mau makan, main dan hanya hendak tidor saje...sian sangat aku lihat anak aku....

28 Mac 2013 (Khamis) - jam 1.00 petang badan Nur Insyirah mula panas kembali...aku dah mula risau...check suhu badan dah mendadak naik ke 38.5 C...padahal ubat tak penah miss pun untuk dimakan....Nur Insyirah pun asyik merengek sahaja...


29 Mac 2013 (Jumaat) - jam 12.30 tengah malam aku dan hubby nekad bawa Nur Insyirah ke HKL....coz risau demam dah hampir hari ke 7 dan dah makan pelbagai ubat namun masih belum baik....doktor telah minta Nur Insyirah di masukkan wad di Institut Pediatrik....jam 2.15 pagi aku sampai di KK2 dan Nur Insyirah di admitted....


kesian aku lihat anak aku kerana diamik darah dan telah dipasang line di tangan kanannya....semasa mengambil darah dan memasang line ni aku tidak dibenarkan masuk...kesian sungguh aku dengar Nur Insyirah menangis...Nur Insyirah telah hilang suara....result darah menunjukkan ada virus dan disahkan Nur Insyirah menghadapi penyakit
acute tonsillopharyngitis....kesiannya anak ibu....

Nur Insyirah perlu dimasukkan antibiotik untuk membunuh virus tersebut....dan Nur Insyirah perlu dipantau kerana suhu badannya tidak stabil...alhamdulilah, ada perubahan setelah dimasukkan antibiotik setelah 2 hari....

31 Mac 2013 - alhamdulilah demam Nur Insyirah dah mula turun namun pada jam 4.00 pagi, suhu badan Nur Insyirah naik kembali 37.7 C...padahal suhu badan dah stabil...memang sah tidak bole keluar wad huhu...

doktor pun hairan kenapa suhu badan bole naik kerana antibiotik sudah diberikan...oleh itu doktor mahu buat urine test....susah juga la nak mengambil urine...namun Allah menolong, dapat juga la dapat urine walaupun sedikit....

urine test menunjukkan virus yang sama ada dalam result darah....tiada apa-apa virus atau penyakit lain yang dikesan....virus ini datangnya daripada tekak dan saluran kencing....yang pasti Nur Insyirah virus ini daripada saluran tekaknya yang merah...alhamdulilah suhu badan Nur Insyirah dah mula stabil....dan Nur Insyirah pun dah mula berselera untuk makan, main dan makin aktif...aku juga mula tidak sabar nak keluar dari wad....

alhamdulilah duduk di wad KK2 ini tidak straight sangat jururawat dan guardnya....hubby boleh keluar masuk wad untuk melihat Nur Insyirah tanpa mengira masa...hubby juga tido di hospital untuk menemani kami berdua...

1 April 2013 - Nur Insyirah dah bole keluar wad...alhamdulilah....aku berharap sangat yang Nur Insyirah akan cepat sihat, ceria, aktif dan sentiasa senyum....

1 comment:

Anonymous said...

彼と彼の労働力を旅している、拡張方法からそのホーム川はポールコールマン。これは、彼らは米国との合併を検出することができます

Feel free to visit my page duvetica