Terima Kasih Sahabat

17 April 2013

861 : beransur sembuh....

alhamdulilah, Nur Insyirah sudah beransur sembuh dan sihat setelah demam panas, selsema dan batuk selama 3 minggu....hanya Allah sahaja yang tahu betapa gusar, risau dan tiada selera nak makan apabila melihat anak yang tersayang jatuh sakit....hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu....jika boleh ditukar sakit ketika itu pun aku sanggup....


aku tidak pernah melihat Nur Insyirah jatuh sakit macam gitu....bila makan ubat paracetamol suhu badan akan turun, tapi bila nak masuk ke jam ke 4 je, badan Nur Insyirah akan mula mengigil, masa tidur dah mula bercakap-cakap (seperti orang mengerang kesakitan), tangannya akan digenggam dan suhu badannya akan meningkat dalam masa yang sekejap...ada satu masa tu dalam masa 10 minit sahaja suhu badannya meningkat sehingga 39.9 C....

aku sangat takut bila suhu badan Nur Insyirah mula meningkat...aku takut kena sawan demam iaitu kejang otot dan kancing gigi je...that why aku akan pastikan setiap masa akan menjaram kepala dan badannya dengan air atau tuala basah....jika suhu badannya tinggi, confirm air di kepala dan tuala basah tu sekejap je dah kering....memang tak tidur malam la bila anak demam....aku akan pantau setiap masa suhu badannya coz suhu badan akan meningkat naik apabila tengah malam nak ke subuh....

memang masa Nur Insyirah demam ni, pergi HKL atau hospital pukul 1 hingga 4 pagi tu dah jadi lumrah....masa tu tak fikir elok ke tak bawa anak kuar rumah ketika itu....aku fikir nak pastikan demam Nur Insyirah kebah dan suhu badannya turun....

memang pengalaman menjaga anak ketika demam panas adalah satu pengalaman yang tidak aku lupakan sehingga bila-bila...sehingga sekarang walaupun Nur Insyirah dah mula beransur sembuh dan pulih, aku masih tidak tidur dengan lena...aku akan memantau juga suhu badannya....aku jadi trauma apabila suhu badan Nur Insyirah yang cepat meningkat....

sekarang ini aku akan pastikan di rumah ada ubat demam (jenis makan dan masuk punggung), kool fever dan termometer....

aku berharap dan berdoa sesangat yang Nur Insyirah akan sihat, sembuh dan pulih sepenuhnya dari demam, batuk dan selsema....moga Nur Insyirah akan sihat membesar, ceria dan aktif....

sekarang ini Nur Insyirah dah mula nak melepaskan tangan sambil berdiri, tepok amai-amai, menjelirkan lidah dan mulutnya yang makin becok...rasa seronok sangat apabila Nur Insyirah dah mula tersenyum gembira, ceria selalu...alhamdulilah....

No comments: