Terima Kasih Sahabat

22 April 2013

863 : langkah-langkah mengundi...

dalam masa 13 hari lagi kita rakyat Malaysia yang boleh mengundi akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 5 Mei 2013....hari yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia untuk menunaikan hak mereka....aku rasa seperti nak hari raya je....ini kali ketiga untuk aku mengundi bagi tahun ni....rasa tak sabar plak...

tapi ada juga adik-beradik dan kawan-kawan aku yang baru 1st time nak mengundi....mesti ada yang tidak tahu pasal apa yang perlu dilakukan semasa hari mengundi kan....yang pastinya masa hari mengundi tu sila keluar awal coz pusat mengundi akan dibuka seawal 8 pagi hingga 5 petang....jangan lewat-lewat plak...

Langkah 1 : Pertama sekali, sebelum keluar mengundi, anda harus membawa bersama Kad Pengenalan anda yang akan disemak oleh kerani pengundian.

Langkah 2 : Seterusnya, kemukakan Kad Pengenalan anda untuk disemak oleh kerani pengundian pertama. Anda juga perlu tunjukkan tangan anda untuk diperiksa bagi memastikan tiada kesan dakwat pada jari-jari anda. 

Langkah 3 : Selepas itu, gerak ke kerani pengundian kedua yang akan minta anda meletakkan tangan anda di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari.

Langkah 4 : Sebelum anda menerima kertas undi dari kerani pengundian ketiga, nombor dan nama anda akan ditanda oleh kerani pengundian pertama. Setelah nama anda disebut, ambil kertas undi daripada kerani pengundian ketiga.

Langkah 5 : Langkah seterusnya ialah untuk anda bergerak ke petak undian dan tanda ‘X’ pada ruang calon dalam kertas undi anda. Ingat, anda hanya boleh memilih satu calon sahaja.

Langkah 6 : Selepas selesai membuat pilihan calon, masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Langkah 7 : Apabila sudah selesai mengundi, anda tidak dibenarkan menunggu di dalam bilik mengundi dan harus keluar dari bilik mengundi dengan segera.

Kat sini video untuk lebih mudah memahami langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pengundi....video ni ada juga ditayangkan di televisyen....



hope informasi yang diberikan dapat membantu kekawan aku dalam proses nak mengundi nati ye....tanda "X" tu elok-elok ye...jangan buat undi rosak yea....rugi je kalu buat undi rosak...huhu

No comments: