Terima Kasih Sahabat

22 May 2013

873 : Toys 'R' Us...

ahad lepas, my hubby telah mengofferkan aku ke iKea...macam percaya tak caya je...tapi itu la kenyataannya...macam orang mengantuk disorongkan bantal, memang confirm la aku nak pergi...dah lama tak terjah ke sana....tak salah last pergi masa aku mengandungkan Nur Insyirah...hampir setahun setengah....


kebetulan memang aku ada misi nak beli barang mainan untuk Nur Insyirah...sian kat anak ibu asyik main mainan yang sama je...mainan yang Nur Insyirah suka main adalah botol air mineral...kekadang tu berebut dengan sepupunya tu...sabar jelah kan...

bear pilihan Nur Insyirah...sayang bear....


aku ada target nak belikan Nur Insyirah barang mainan yang memerlukan fikiran atau logik...nak soh Nur Insyirah berfikir dan menambah pengalamannya semasa bermain...sabar je la kan...tapi aku nak Nur Insyirah menggunakan otak kanan dan otak kirinya semasa bermain...bukan main saje gitu je...sabar jelah kan hehe...

aku ajak my hubby ke Toys 'R' Us di IPC....baru first time sebenarnya aku masuk...sebelum ini hanya lalu sahaja...almaklumla tempat mainan yang 'agak' mahal harganya....tapi disebabkan anak tersayang aku masuk gak...

memang pelbagai mainan yang terdapat di sini...dari pelbagai peringkat umur....pastu semuanya boleh dicuba...kalu ada duit semua mainan nak dibelikan....aku dah jumpa barang yang aku target nak beli....

yang my hubby sibuk soh belikan xylophone untuk Nur Insyirah...alasannya coz Nur Insyirah suka ketuk-ketuk dan sukakan bunyian....kalu ikutkan hati, aku nak belikan Nur Insyirah bear...tapi adik aku kata tak elok belikan baby bear sehingga umur 3 tahun...katanya berbulu dan boleh mengakibatkan asma...huhu...sian anak ibu...padahal Nur Insyirah minat satu anak patung ini...warna hijau iaitu Carebear....aku juga terpikat....comel je...nati akan aku belikan untuk Nur Insyirah...maybe next month untuk hadiah present besday Nur Insyirah...insya'allah....

barang mainan yang dibeli...

alhamdulilah dapat juga aku belikan Nur Insyirah mainan seperti yang diinginkan...aku beli xylophone, kiub dan mix and match...hope dapatlah Nur Insyirah memberangsangkan otaknya apabila bermain kiub dan mix dan match tu...


sonok nengok Nur Insyirah main hehe...

seronok je aku tengok bila Nur Insyirah bermain...Nur Insyirah cuba untuk berfikir bagaimana untuk bermain dengan permainan baru tersebut...tapi yang pasti Nur Insyirah ni cepat bosan bila bermain...Nur Insyirah akan sepahkan semua mainan yang ada di depannya...sabar jelah anak ibu....layan je lah asal Nur Insyirah dapat manfaat bermain dengan permainan yang ibu dan ayah belikan....

20 May 2013

872 : Nur Insyirah ke taman....

petang sabtu hari tu buat pertama kalinya selepas Nur Insyirah sembuh dari demam panas, bawa Nur Insyirah ke taman permainan....berhampiran dengan kawasan perumahan mak aku....takde lah jauh sangat....

ambik angin dan perkenalkan Nur Insyirah dengan suasana taman...lagipun sejak sembuh dari demam hari tu, ni baru nak bawa kuar dari umah....tu pun my hubby kata bawa balik sebelum maghrib....

sambil bawa Nur Insyirah ke taman, sambil tu bawa makanan dia....ingatkan nak bagi dia makan sambil ambil angin dan udara luar...tapi hampes...makannya sikit je coz Nur Insyirah leka melihat kaletah orang lain....suap dia makan tapi dia takmo...dia keluarkan balik...sabar jelah anak ibu.......


buat pertama kalinya bagi Nur Insyirah naik kerusi berhenjut bentuk burung kat situ...teruja je dia naik benda tu...mulut bising tak henti....seronok nengok Nur Insyirah tengok keliling taman...

tepat kul 7pm bawa balik Nur Insyirah...lain kali ibu dan ayah bawa Nur Insyirah ke sana lagi ye....

16 May 2013

871 : 8 tahun sudah...

16 Mei 2005 adalah hari pertama aku melaporkan diri sebagai penjawat awam di SPA...dan tarikh Mei 2005 ini juga hari pertama aku melaporkan diri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)....

16 Mei 2013, sudah 8 tahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam di Kementerian yang sama....macam tak percaya...sekejap sahaja sudah 8 tahun aku bekerja di sini...

pelbagai dugaan, rintangan, pahit dan manis bekerja di sini....pengalaman mengajar aku menjadi seorang yang lebih dewasa dan matang....pengalaman mengajar aku mengenal erti susah payah mencari sesuap nasi dan rezeki yang halal....pengalaman mengajar aku erti tanggungjawab, intergriti, amanah dan kejujuran dalam melakukan kerja....pengalaman juga mengajar aku untuk mengenal sikap seseorang kawan yang bekerja di sekeliling aku....

sepanjang 8 tahun aku bekerja di sini sudah banyak perubahan yang berlaku....sudah 3 kali berpindah tempat...dari Jalan Dato' Onn ke Sime Darby dan sekarang bermaustatin di Putrajaya.....

sepanjang 8 tahun ini juga sudah 2 big boss yang bertukar dan sudah 6 bos Ketua Unit aku yang bertukar/berganti....pelbagai ragam dan macam perangai boss yang harus aku fahami....setiap boss ada sikap dan perangainya masing-masing....kita perlu tahu sikap mereka agar semua kerja yang diarahkan menjadi lancar.....

alhamdulilah, di sini juga aku pernah mengecapi sebagai anugerah pekerja cemerlang setelah 5 tahun berkhidmat di sini.... kenangan yang tidak dapat dilupakan....aku pun tak sangka aku akan dapat anugerah tersebut....

kalu ikutkan tak sabar ye nak naik pangkat dan bertukar ke mana-mana Kementerian/Jabatan lain...bukan tak suka dekat sini tapi aku memerlukan pengalaman lain...pengalaman baru dengan pekerjaan lain, kekawan baru dan kawasan sekeliling yang baru....

kekadang masa tengah tensen dengan kerja dan kekawan masa tu juga nak minta tukar....tapi kalu masa tengah relax aku rasa selesa je dok keja kat sini sampai bila-bila...itu la manusia kan...cepat berubah fikiran dan moodnya....

moga aku terus sukses untuk bekerja....moga aku diberikan kesabaran, ketabahan dan ketenangan untuk melakukan semua keja yang diamanahkan pada aku...insya'allah semoga aku dapat melakukan yang terbaik dalam diri aku...

15 May 2013

870 : Sambutan Hari Ibu...

alhamdulilah buat pertama kalinya tahun ini aku dapat menyambut hari Ibu seperti ibu-ibu yang lain setelah aku berkahwin 8 tahun....baru aku rasa keterujaan dan betapa bertuahnya menjadi seorang ibu....

selalunya aku hanya wish pada mak, mak mertua, my twin dan kawan-kawan yang telah bergelar ibu...namun tahun ini aku juga dapat merasa menjadi sorang ibu....tahun lepas, pada sambutan hari ibu, aku tengah sarat mengandung...masa tu baru menjadi pra ibu haha...


takde apa yang special pada sambutan hari ibu, cuma my husband telah menemani aku dan Nur Insyirah untuk bershopping di Sogo....memang best dapat shopping dan berjalan dengan family tersayang...walaupun sekejap dan cuaca panas, tapi aku dapat jugak membeli barang yang aku inginkan...alhamdulilah....


lepas balik dari Sogo, aku, my hubby dan Nur Insyirah pergi ke rumah mak mertua aku....my hubby belanja makan sate kajang samuri...


selepas tu, malam kami menyambutnya pulak di rumah mak aku....aku telah belanja makan KFC dan adik-adik aku plak beli kek sempena hari ibu....dan buat pertama kalinya my twin wish pada aku...selama ini aku yang wish pada dia...rasa nak menitik air mata ini...rasa sedih dan syahdu je huhu...

rasa macam tak percaya je aku dah bergelar seorang ibu hampir setahun...sekejap sahaja rasanya....tahun lepas mengandung, bersalin dan tahun ini Nur Insyirah akan menyambut hari lahirnya yang pertama...macam tidak percaya namun itu la kenyataanya....rasa sekejap sahaja Nur Insyirah dah besar....dari telentang dan sekarang ini dah pandai  bertatih...cuma belum lepas tangan nak berjalan saja...mungkin lagi beberapa bulan akan mula berlari....sekejap sahaja masa berjalan dan berputar....

hari-hari adalah hari Ibu sebenarnya....bagi aku setiap masa kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu....jasa mereka yang tidak terbalas walaupun dengan harta setinggi gunung...aku terlalu sayang mak...jasanya tidak terbalas oleh aku sampai bila-bila...tambahan plak sekarang ini mak pula yang menjaga dan mendidik Nur Insyirah...lagi banyak jasanya terhadap aku dan hubby....moga mak dan mak mertua aku akan sentiasa sihat, ceria dan bahagia selama-lamanya....

10 May 2013

869 : mama aku ingin pulang...

gara-gara dengar AM krew HotFM pagi ini cerita pasal kisah hari ibu yang akan menjelma hari ahad ni, aku terus buat entry pasal lagu ini...ini kerana AG nyanyian lagu ini tapi tak tahu sapa penyanyi nye..

aku memang suka sangat lagu nyanyian Nike Ardilla ini...aku rasa sedih sangat bila menghayati lagu ini...ntah la kita layan kan jelah lagu ini ye....

Mama Aku Ingin Pulang - Nike Ardilla

Mama oh mama
Aku ingin pulang
Ku rindu padamu
Dulu tak mendengar nasihatmu
Mama maafkan anakmu
Mama oh mama
Aku ingin pulang
Ku rindu padamu
Dia yg ku cinta telah berdusta
Kini tinggalkan anakmu
Hidupku kini tiada arti
Bagaikan burung di dalam sangkarnya
Ku ingin bebas dari derita
Mama tolonglah diriku
Dari belenggu cintanya
Cincin emas melingkar
Dia berikan dulu
Untuk apa kalau ia tak cinta
Gaun bersulam sutra
Dia berikan dulu
Untuk apa kalau ia tak rindu
Keringlah sudah airmataku
Mama aku ingin pulang 


Sama-sama kita menghayati lagu ini ye...

08 May 2013

868 : restoran saba...


masa cuti hari pekerja haritu, my hubby telah bermurah hati untuk membelanja aku dan adik-adik makan nasi arab...my hubby sibuk mengajak makan di Saba Restoran di Dataran Jelatek Setiawangsa...

ini kali kedua aku makan di restoran saba...kali pertama makan di Cyberjaya....kali ini makan di cawangan yang kedua plak iaitu di Setiawangsa...masa sampai restoran dah pukul 8.45 malam....punye ramai la manusia yang dok makan kat dalam....nasib baik la restoran ini 2 tingkat...tapi apa yang aku perhatikan kat cawangan CYberjaya pun ramai orang tak kira masa...kebetulan masa tu public holiday dan poket tengah penuh...



nasib baiklah tunggu tak ramai....dapat bilik special gitu...my hubby memang dah target nak makan nasi mandy kambing dan aku plak nak makan mandy ayam....hubby amik yang portion untuk dan aku plak amik portion untuk 2 orang....lagi sorang adik aku order kebab ayam....




tak sammpai dalam 10 minit makanan dah siap di atas meja....memang cepatlah servis dia...walaupun ramai orang tapi servis memang bagus....relevan dengan harga cukai perkhidmatan yang perlu dibayar....kalu tak mahu mengamuk semua orang kan...servis lembab dan tax mahal huhu....

memang puas ati lah makan nasi mandy ini....aku rasa aku makan dah banyak tapi macam tak kenyang je...maybe nasi mandy ni tak sama dengan nasi briyani seperti Malaysia...lagi satu nasi mandy ni kering je dan tak nasi yang dimasak tak berkanji...tu yang rasa lapar kenyang hehe...

yang pasti memang bestlah makan nasi mandy dan kebab ayam ye....tapi aku tak boleh nak makan selalu huhu....

07 May 2013

867 : 5 Mei 2013...

tanggal 5 Mei 2013 adalah tarikh bersejarah untuk semua rakyat Malaysia kerana berlakunya peristiwa Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13)....

kalu ikutkan ini adalah kali ketiga aku mengundi...aku memang tak sabar nak mengundi...yelah 5 tahun sekali kan...bukan macam hari raya setiap tahun huhu...that why walaupun dah berlalu hampir 2 hari aku tetap nak menulis di dalam blog sebagai kenangan...

kali ini aku mengundi membawa anak Nur Insyirah...kali pertama masa tu solo lagi...kali kedua aku dah kawin tapi aku pergi mengundi dengan kawan baik sebab tempat mengundi aku dan husband lain-lain....dan kali ketiga ini aku membawa anak dan husband...saat-saat dan kenangan yang indah...mungkin kalu umur dah panjang masa tu Nur Insyirah dah 5 tahun...dah pandai berjalan...mesti best kan...sekarang ini Nur Insyirah dok atas dukung ayahnya dan melihat je orang yang ramai...


aku mengundi di Sekaolah Menengah Taman Setapak Indah untuk Parlimen Wangsa Maju (P116)...masa PRU lepas aku mengundi di Sekolah Menengah Taman Melati tapi kali ini dah bertukar tempat....

masa masuk je sekolah tu memang punya la ramai manusia coz masa tu dalam pukul 10 pagi...dengan kesesakan jalan raya...nak mencari parking lagi...tapi alhamdulilah Allah permudahkan segalanya....masa aku sampai tu ada plak parking....tapi berjalan jugakla....


aku mengundi di saluran 7 dan ketika aku sampai kat sekolah tu, hanya satu tangga sahaja yang dibuka untuk naik ke semua saluran....aku pun tak tahu kenapa SPR perlu buat cam gitu...tiba-tiba je aku dengar ada sorang lelaki menjerit dan mengamuk...yelah orang ramai datang nak mengundi pastu kena beratur kat satu tangga...dah la cuaca panas....marah la orang yang bersemangat nak pergi mengundi ni...huhu....

tak lama pastu baru la SPR buka tangga lain untuk ke saluran lain....nasib baik la kalu tak mana nak beratur nak naik tangga, mana nak beratur kat saluran....yang pasti kat saluran 7, aku perlu beratur hampir satu jam...kat saluran lain pun sama gak kena beratur...cuma kat saluran 8 dan 9 sahaja orang nye kurang...tapi disebabkan semangat aku berdiri di dalam kepanasan haha....


risau gak kalu Nur Insyirah menangis, tapi alhamdulilah Nur Insyirah berkelakuan baik sahaja...maybe Nur Insyirah faham yang ibunya nak menunaikan tanggungjwab sebagai seorang rakyat Malaysia hehe....


masa aku beratur tu, memang aku tweet je la....kalu tak memang bosan giler la sambil beratur tanpa buat apa-apa...nasib baikla ada twitter....masa tu semua orang pos pasal PRU....lagi nak dekat giliran aku lagi berdebar-debar huhu...dah macam nak jawab exam atau interview keja je...haha...macam-macam kan....


sampai giliran aku tak sampai 2 minit dah keluar dari bilik saluran 7 tu...tapi berdiri hampir 1 jam...yang pasti aku lega dan seronok kerana sudah dapat menunaikan tanggungjawab dan hak bersuara....hehe....

pas aku dah menunaikan tanggungjawab aku, giliran my hubby plak kat Sekolah Rendah Taman Setiawangsa untuk Parlimen Setiawangsa....yang pasti aku dan Nur Insyirah tak ikut my hubby....kami berdua melepak kat umah mak mertua...kesian plak nak bawa Nur Insyirah tengah kepanasan tu....

yang pasti aku dah menunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia...aku dapat menunaikan hak bersuara dan memilih pilihan aku....untuk Parlimen Wangsa Maju dimenangi oleh PKR dan untuk Parlimen Setiawangsa dimenangi oleh BN....yang pasti sapa pun yang menang, wakil rakyat tersebut perlu menunaikan tanggungjawab mereka plak...aku berharap Malaysia akan terus aman sejahtera tanpa persengketaan atau peperangan....